Gaya Hidup

Cantik & Lulusan Bisnes Dari UK, Adik Pelakon Miera Leyana Ini Isteri Kerabat Diraja Kelantan!

Terpesona dengan kejelitaan isteri kepada kerabat diraja Kelantan, Yang Mulia (YM) Tengku Abdul Rahman Petra ini. Meniti usia 29 tahun, pemilik nama Miera Leydia Kasmi ini bertuah kerana dikurniakan raut wajah lembut dan penuh keayuan. Tidak sekadar cantik, Miera Leydia juga memiliki pakej lengkap seorang wanita sophisticated dan terpelajar.

Tidak hairanlah wanita bijak ini mampu menambat hati YM Tengku Abdul Rahman Petra!

Menelusuri latar belakang Miera Leydia, dia sebenarnya merupakan adik kepada pelakon Miera Leyana. Melihat Miera Leydia pasti terbayangkan wajah aktres filem Lebuhraya ke Neraka berkenaan.

Selain Miera Leyana, Miera Leydia turut mempunyai seorang abang iaitu Muhammed Fadley.

 

Jelitawan ini menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda kelas pertama bidang perakaunan perniagaan di University Hetfordshire, United Kingdom pada tahun 2018.

Miera Leydia sah bergelar isteri YM Tengku Abdul Rahman Petra dengan sekali lafaz pada 14 Ogos 2022. Mengimbas kembali detik indah itu kira-kira dua tahun lalu, dia yang anggun mengenakan persalinan putih gading menerima mas kahwin berupa satu dinar emas.

Lebih istimewa, Miera Leydia dinikahkan bapa kesayangan iaitu Datuk Seri Kasmi Mat Arsat. Tidak sampai dua bulan menyaksikan pernikahan anak tersayang, Datuk Seri Kasmi meninggal dunia pada 28 September 2022.

Suami Miera Leydia iaitu YM Tengku Abdul Rahman Petra merupakan anakanda kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz. Beliau merupakan sepupu kepada KDYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Tengku Tan Sri Mohamad Rizam ialah cucunda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6 iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II binti Almarhum Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Tunku Puan Sri Dato’ Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu anakanda kepada Perdana Menteri yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Abdul Rahman Petra, Tengku Yahya Aziz Petra dan Tengku Nur Qistina Petri.

Moga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

Artikel https://www.nona.my/ramai-terpegun-kecantikan-sultanah-nur-diana-petra-gaya-sisi-anggun-baginda-pikat-perhatian/

 

 

Share
Published by
Suzi