Cantiknya Ameera Khan! Tak dinafikan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor ini ada pesona tersendiri.
Wajah cantiknya bukan saja jadi perhatian golongan lelaki. Bahkan kaum wanita turut mengagumi kejelitaan Ameera.
Baca https://www.nona.my/ice-facial-air-lemon-buah-delima-petua-ameera-khan-miliki-kulit-mulus-kemerahan/
Juga dikenali sebagai Little Miss Khan, Ameera kini meniti usia 23 tahun. Aktif menghiasi dan menghadiri kempen terbaharu fesyen mewah bertaraf antarabangsa, Ameera baru-baru ini diundang jenama terkenal Louis Vuitton (LV) bagi pratonton koleksi Fall 2023.
Difahamkan pertunjukan fesyen LV Prefall 2023 tersebut berlangsung di Korea Selatan dan hanya golongan kenamaan, selebriti terkemuka saja diperlawa menyaksikan acara eksklusif tersebut.
Berkongsi aktiviti sepanjang berada di sana, keanggunan dan kecantikan Ameera nyata menjadi bualan warga maya.
Ini selepas Ameera memuat naik gambar dirinya mengenakan trench coat rona terang yang dipadan bersama sneakers, seluar jeans biru, beg tangan LV kuning polka dot hitam dan luggage label mewah tersebut di platform Instagram.
Walau tanpa solekan tebal dan aksesori, gaya minimalis Ameera tetap menarik tumpuan. Apatah lagi, gaya rambut anak Datin Noor Kartini ini juga menyerlahkan sisi elegan yang tak jemu mata memandang.
Sebelum ini, Ameera pernah terlibat dalam fotografi terbaharu LV di samping kakaknya iaitu Neelofa dan Athisha.
Bersandarkan pesona yang dimiliki dan populariti dan pengaruh Ameera, tidak hairanlah dia sering dipelawa jenama-jenama eksklusif dunia.
Pendek kata, apa saja yang digayakan pasti menjadi ikutan dan membuatkan mereka turut mahu memiliki item seperti Ameera.
Ternyata, wanita berjiwa besar ini mengikut jejak langkah Neelofa yang sering ke luar negara memenuhi undangan jenama fesyen mewah dan menghadiri Fashion Week di sana.