Natural beauty! Gebu dan mulusnya kulit. Manis sungguh anak dara kepada aktres dan penyanyi terkenal dari seberang, Mulan Jameela yang dikenali sebagai Tiarani Savitri.
Berusia 21 tahun, Tiarani merupakan anak hasil perkahwinan Mulan Jameela yang terdahulu (sebelum bersama Ahmad Dhani).
Patutlah Tiarani jarang terlihat di media sosial kerana dia lebih bersifat privasi. Namun apabila sesekali berkongsi wajahnya yang cantik manis itu di Instagram peribadi, dia sering menerima pujian daripada para pengikutnya.
CANTIK NATURAL
Sering tampil dengan wajah yang polos tanpa solekan di akaun peribadinya, Tiarani dilihat sebagai seorang gadis yang pandai menjaga kecantikan kulit. Malah, raut wajah juga mewarisi kecantikan ibunya yang kini kekal jelita di usia 40an.
Meilhat kepada personalitinya pula, Tiarani seorang yang sederhana dalam soal penampilan, mungkin faktor usianya yang baru menginjak ke fasa remaja. Kesimpulannya, Tiarani punya daya tarikannya yang tersendiri.
Kredit Foto: Instagram @tiaransvtr
Ibu Anak 5 Makin Cantik Pada Usia 50, Wajah Terkini WILMA MUHAMMAD Raih Perhatian
Masih ingat lagi filem Ghazal Untuk Rabiah yang popular sekitar tahun 90an dulu?
Wilma Muhammad merupakan pelakon utama filem ini bergandingan pula dengan hero kacak, Jamal Abdillah.
Siapa yang tidak kenal dengan Wilma aktres dan model kelahiran Lahad Datu, Sabah yang suatu ketika dulu cukup terkenal dengan imej seksi dan menggoda dalam drama mahupun filem.
Selain Ghazal Untuk Rabiah, Wilma turut membintangi filem Pasrah sekitar tahun 2000.
KEKAL CANTIK
Terbaharu, menerusi Instagram peribadi Wilma memuat naik satu hantaran penampilan terkininya yang masih kelihatan cantik serta langsing.
Sekilas pandang nampak seperti baru berusia 30an je, kan?
Namun siapa sangka, usia sebenar ibu anak lima ini dah mencecah 50 tahun! Memang awet muda betul. Paling tertarik bila melihat senyuman Wilma yang sangat menawan.
Posting Wilma di Instagram dengan kapsyen “Syukur Alhamdulillah” telah meraih pujian daripada para pengikut serta peminatnya yang teruja dengan kecantikannya.
“Sweet as always.”
“Love sangat dari dulu cantik.”
“MasyaAllah cantiknya sis pakai tudung.”
“Still maintain sweet as before.”
“Lama tak nampak..Wilma makin cantikkk..”
Memetik perkongsian Wilma suatu ketika dulu di saluran YouTube Zayan My slot Kisah Inspirasi, dia mendedahkan bagaimana kisah penghijrahannya bermula dari seorang yang berimej seksi sehinggalah berkahwin dan bertudung.
“Selepas berkahwin saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup. Mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga.
“Saya tak suka bertudung. Dari sekolah sampailah masuk universiti saya cakap tidak akan pakai tudung. Kawan-kawan termasuk rakan-rakan artis juga tahun tak mungkin saya akan pakai tudung.
“Tapi bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni berubah 360 darjah,” katanya seperti yang dipetik.
Wilma kehilangan suami (pertama) pada 2011 kerana serangan jantung.
Dalam masa yang sama, Wilma memberitahu dia pernah bermimpi arwah suaminya itu.
Ulas Wilma lagi, dia selalu berdoa agar Allah SWT kuatkan imannya untuk terus istiqamah.
Untuk info, Wilma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Jun 2012. Semoga Wilma kekal bahagia dan tenang bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Wilma Mohammad
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Pesona FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Yang Cekal Berdikari, Suara Lunak & Popular!
Kalau tengok susuk tubuh Fatin Afeefa pasti ramai yang tidak menyangka wanita ini sudah pun bergelar ibu. Iyalah, aktres ini bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik malah memiliki bentuk badan ramping bak kerengga! Bertambah kelu apabila Afeefa pernah mendedahkan ukuran sebenar pinggangnya ialah 24 inci. Dah macam saiz pinggang anak dara, sedangkan dia mempunyai dua orang anak.
Bakat lakonan figura ini mula bersinar ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan. Genap berusia 27 tahun esok, 13 Julai.. Fatin Afeefa atau nama penuhnya Nur Fatin Afifah bergelar ibu tunggal kira-kira empat tahun lalu selepas perkahwinan yang dibina bersama pelakon Adam Shah putus di tengah jalan.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak. Anak sulung lelaki Afeefa iaitu Adam Aisy Arrian berusia 8 tahun. Sementara anak perempuan Ivy Herra Sophia pula meniti usia 5 tahun.
Gemar berkongsi aktiviti harian dan foto di samping anak-anak di media sosial, ketabahan Afeefa membesarkan kedua-dua cahaya mata wajar dijadikan inspirasi. Meskipun sibuk dengan jadual seni namun ibu muda ini tidak lupa menguruskan keperluan anak.
Bahkan pada Mac tahun lalu, Afeefa meluahkan rasa rindu terhadap anak-anak apabila dia tidak dapat bertemu mereka kerana terpaksa menjalani kuarantin diri selepas pulang dari sebuah penggambaran demi mengelak jangkitan Covid-19.
Sedar gelaran ibu tunggal ada ketikanya mengganggu emosi, perkongsian Afeefa mengenai perkara tersebut nyata mengusik perasaan.
“I see myself as mom first. I’m so lucky to have that role in life. The world can like me, hate me or fall apart around me and at least I wake up with my kids and I’m happy. I’m doing my best. I’m giving my kids my all and all I can hope that every day they know that they are the greatest thing to ever happen to me. I’m way beyond blessed. Thank you for being the reason for me to push myself harder.”
Afeefa sebelum ini pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa. Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyian Afeefa juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian sekitar November tahun lepas.
Atas permintaan peminat yang mengagumi suara lunaknya, Afeefa telah merakam duet nyanyiannya bersama Tomok menerusi lagu Satu Hati Sampai Mati di saluran Youtube yang sehingga kini telah meraih hampir 4 juta tontonan!
Melihat bentuk tubuh langsing Afeefa, ada yang beranggapan usia muda selebriti ini membuatkan dia mudah memiliki susuk tubuh menawan seperti sekarang. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat wanita muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.
Kalau mengikuti perkembangan Afeefa, memang jelitawan ini aktif bersenam dan sering mengunjungi gimnasium demi menjaga stamina serta kecergasan tubuh badan. Jadi, tidak hairanlah Afeefa mampu mengekalkan ukuran pinggang 24 inci walaupun sudah beranak dan mempunyai dua cahaya mata.
Kredit: Instagram Fatin Afeefa
Cantik Macam Patung, Ameera Khan Diundang Louis Vuitton Ke Korea! Kejelitaannya Dipuji Warga Maya
Cantiknya Ameera Khan! Tak dinafikan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor ini ada pesona tersendiri.
Wajah cantiknya bukan saja jadi perhatian golongan lelaki. Bahkan kaum wanita turut mengagumi kejelitaan Ameera.
Baca https://www.nona.my/ice-facial-air-lemon-buah-delima-petua-ameera-khan-miliki-kulit-mulus-kemerahan/
Juga dikenali sebagai Little Miss Khan, Ameera kini meniti usia 23 tahun. Aktif menghiasi dan menghadiri kempen terbaharu fesyen mewah bertaraf antarabangsa, Ameera baru-baru ini diundang jenama terkenal Louis Vuitton (LV) bagi pratonton koleksi Fall 2023.
Difahamkan pertunjukan fesyen LV Prefall 2023 tersebut berlangsung di Korea Selatan dan hanya golongan kenamaan, selebriti terkemuka saja diperlawa menyaksikan acara eksklusif tersebut.
Berkongsi aktiviti sepanjang berada di sana, keanggunan dan kecantikan Ameera nyata menjadi bualan warga maya.
Ini selepas Ameera memuat naik gambar dirinya mengenakan trench coat rona terang yang dipadan bersama sneakers, seluar jeans biru, beg tangan LV kuning polka dot hitam dan luggage label mewah tersebut di platform Instagram.
Walau tanpa solekan tebal dan aksesori, gaya minimalis Ameera tetap menarik tumpuan. Apatah lagi, gaya rambut anak Datin Noor Kartini ini juga menyerlahkan sisi elegan yang tak jemu mata memandang.
Sebelum ini, Ameera pernah terlibat dalam fotografi terbaharu LV di samping kakaknya iaitu Neelofa dan Athisha.
Bersandarkan pesona yang dimiliki dan populariti dan pengaruh Ameera, tidak hairanlah dia sering dipelawa jenama-jenama eksklusif dunia.
Pendek kata, apa saja yang digayakan pasti menjadi ikutan dan membuatkan mereka turut mahu memiliki item seperti Ameera.
Ternyata, wanita berjiwa besar ini mengikut jejak langkah Neelofa yang sering ke luar negara memenuhi undangan jenama fesyen mewah dan menghadiri Fashion Week di sana.