Timberland, pemimpin global dalam reka bentuk, pembuatan dan pemasaran kasut premium dan pakaian kasual baru-baru ini memperoleh ilham bagi melahirkan cinta dan sayang bagi melawan kanser payudara. Bagi penggemar jenama ikonik yang terkenal dengan gaya kasual yang ranggi dan lasak ini pasti tidak akan melepaskan peluang memiliki koleksi but rona merah jambu yang istimewa ini.
Jenama yang terkenal dengan but original berwarna kuning asli sejak 1973 ini telah berkolabrasi bersama Susan G. Komen, dan melahirkan produk ikonik mereka yang ke-6 iaitu sepasang but kalis air rona merah jambu bagi menunjukkan sokongan terhadap program dan penyelidikan dalam melawan kanser payudara.
Di Malaysia, dianggarkan seramai 5,000 orang pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara pada setiap tahun, manakala seramai 1.6 juta orang merupakan jumlah pesakit bagi seluruh dunia.
Kekuatan dan ketahanan but Timberland melambangkan kekuatan yang harus dimiliki oleh setiap pesakit dan juga ahli keluarga mereka. Dengan warna merah jambu terang, dalaman yang dicetak serta tali kasutnya yang berwarna merah jambu sudah pastinya akan menarik perhatian.
Timberland dengan bangganya memberi sokongan mereka terhadap Susan G. Komen di atas hasil kerja beliau di dalam mencetak logo di atas but bersama dengan kepingan logam yang terletak berhampiran kaki.
Sebagai tanda sokongan, Timberland telah menyumbang sebanyak 25,000 USD kepada Yayasan Susan G. Komen bersempena dengan kerja amal mereka. Manakala sepasang but bernilai RM899 dijual di Malaysia dan boleh didapati dia stokis Timberland di seluruh dunia.
Timberland mensasarkan produk gaya hidup di bawah Timberland® dan Timberland Boot Company® dan industri kasut dan pakaian di bawah jenama Timberland Pro®. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
This website uses cookies.