Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik, comel, bergaya dan kaya… nama Angelababy dikenali di China dan Hong Kong. Memulakan karier sebagai pelakon dan model, personaliti ini menarik perhatian dunia apabila dia berkahwin dengan pelakon terkenal China, Huang Xiaoming yang 11 tahun berusia darinya.
Angelababy dan Huang dikatakan menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun dan hanya mendedahkan kepada umum tentang perhubungan mereka pada tahun 2014.
Ibu Angelababy berasal dari Shanghai sementara bapanya merupakan rakyat Hong Kong yang berketurunan Jerman dan China. Disebabkan perkahwinan campur itu, Angelababy mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Shanghai, Jepun dan Kantonis.
Sepanjang bergelar selebriti, nama Angelababy sering terpalit dengan kontroversi menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan cantik. Namun selebriti ini menegaskan tidak pernah melakukan prosedur tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus mengaitkannya dengan perkara tersebut demi menjaga reputasi.
Bahkan, suami Angelababy juga mengakui kecantikan isterinya adalah asli.
Ads
Sepanjang pembabitannya dalam industri perfileman, aktres ini sudah menembusi pasaran filem Hollywood antaranya menerusi filem Hitman: Agent 47 (2015) dan Independence Day: Resurgence (2016).
Sejak kecil Angelababy sudah didedahkan dengan dunia fesyen memandangkan bapanya memiliki empayar fesyen di Shanghai. Bagaikan sudah sebati dengan kerjaya bapa
tersayang, wanita berjiwa besar ini begitu tertarik dengan fesyen dan menceburkan diri dalam bidang peragaan.
Ads
Bersandarkan wajah sempurna, susuk tubuh tinggi lampai dan cita rasa fesyennya Angelababy telah menandatangani kontrak bersama Style International Management ketika usianya baru mencecah 14 tahun iaitu setahun selepas dia berhijrah ke Hong Kong.
Mewarisi bakat berniaga dari bapanya, selebriti ini juga mengusahakan perniagaan berasaskan kecantikan, kafe dan butik pakaian. Antara empayar yang diusahakan Angelababy termasuk butik merias kuku dan kafe yang dikendalikan bersama seorang aktor Hong Kong.
Malah, dia juga terlibat dalam pelaburan berskala besar serta aktif sebagai aktivis.
Ads
Berdasarkan populariti yang diraih, Angelababy telah dilantik wajah kempen Christian Dior di China selain merupakan antara artis paling kaya di Hong Kong yang memiliki kekayaan USD50 juta. Begitu juga suaminya yang mengutip USD80 juta.
Pada tahun 2016, Forbes mengiktiraf Angelababy sebagai salah seorang daripada Top 30 selebriti muzik, atlet dan bintang filem bawah umur 30 tahun yang mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
Kredit: Instagram Angelababy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baharu empat bulan berkahwin, nampaknya Maudy Ayunda dan suami tersayang, Jessie Ooi menerima kehadiran adik ipar apabila satu-satunya adik perempuan, Maudy, Amanda Khairunnisa bernikah dengan pasangannya, Tavan Dutton.
Pasangan ini memilih tarikh 18 September 2022 untuk memetrai ikatan perkahwinan yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Jakarta.
Foto: Instagram @maudyayunda
Pasangan pengantin tampil anggun dengan mengenakan busana klasik modern. Segenap ruang ballroom di hias indah dengan dekorasi glamor disertakan persalinan Amanda yang memukau dalam balutan kebaya putih. Majlis perkahwinan ini diserikan dengan adat-istiadat perkahwinan Jawa yang sememangnya menjadi susur galur keturunan keluarga.
Foto: Instagram @akhairunnisa
Amanda Khairunnisa tampil jelita mengenakan kebaya putih dengan rambut yang ditatarias gaya moden. Konsep solekan Hollywood Glam menjadi pilihan Amanda untuk majlis akad nikahnya.
Kebaya putih yang digayakan oleh Amanda mendapat sentuhan pereka fesyen popular Indonesia, Sapto Djojokartiko.
Maudy Ayunda tentunya amat bahagia atas pernikahan satu-satunya adik perempuan yang menjadi teman baiknya selama ini. Namun demikian, dia masih tidak percaya bahwa Amanda kini telah menjadi seorang isteri.
Bagi Maudy Ayunda, waktu berlalu dengan begitu cepat.
“Saya tidak percaya adik perempuan saya sudah dewasa dan menikah!!!” tulisnya di Instagram.
Foto: Instagram @maudyayunda
Penampilan Maudy di majlis pernikahan adik tersayang juga mencuri tumpuan. Maudy tampil anggun dengan mengenakan kebaya kuning off shoulder hasil sentuhan pereka fesyen popular Indonesia, Didiet Maulana.
Pernikahan Amanda Khairunnisa hanya berselang beberapa bulan dari kakaknya, Maudy Ayunda yang memilih tanggal 22 Mei 2022 untuk bergelar isteri.
Sebagai hadiah istimewa untuk Amanda dan Tavon Dutton sempena hari bahagia mereka, Maudy turut mempersembahkan beberapa buah lagu untuk menghiburkan para tetamu. Lebih istimewa, suami tersayang mengiringi persembahan isteri sambil bermain gitar!
Adik perempuan Maudy Ayunda ini bukan sahaja cantik malah terpelajar seperti kakaknya. Amanda merupakan lulusan King’s College London dalam jurusan Digital Culture.
Puteri kedua Didit Jasmedi R Irawan dan Muren Murdjoko Jasmedi ini sememangnya mempunyai banyak persamaan dengan kakak sulungnya yang gemar membaca dan berpendidikan tinggi.
Manakala Tavon Dutton juga merupakan lulusan University Of London ini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Contemporary Chinese Studies di Oxford University.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas beberapa tahun menyepi dari arena seni, kemunculan Linda Nanuwil dalam program hiburan Gegarvaganza 2020 seakan mengubat kerinduan peminat. Bukan hanya tertarik dengan wajah cantik penyanyi kelahiran Sabah ini malah Linda juga punya pakej lengkap dengan ketinggian ideal dan bentuk tubuh ramping.
Kejelitaan yang ada pada pemilik nama Norlinda Nanuwil ini turut dikatakan mirip selebriti dan aktres cantik, Nur Fazura Sharifuddin. Bahkan setiap kali penampilan Linda muncul di kaca TV peminat menyamakan wajah mereka berdua.
Pada Disember 2020, Linda dipilih sebagai Artis Tercantik 2020 berdasarkan undian pembaca Gempak yang mengenepikan pesaing terdekatnya, Siti Saleha dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Kredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwil
Berterima kasih dengan peminat yang bertungkus-lumus mengundi dirinya, Linda bagaimana pun mengakui kecantikan itu sesuatu yang subjektif.
“Walaupun bagi Linda kecantikan seseorang bukan hanya pada rupa paras, tapi juga lahir dalam diri kita iaitu ketulusan, kebaikan, adab dan keikhlasan.
Dalamannya cantik, maka terpancarlah ‘nur’ pada wajahnya. Linda anggap ini hadiah dari anda semua sebagai penutup tirai tahun 2020. Maafkan andai kata Linda ada terkasar bahasa atau secara tidak sengaja mengguris hati kalian.”
Kredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwil
Tanggal 21 Mac lalu merupakan ulang tahun kelahiran Linda yang ke-38. Nama Linda mula meniti di bibir peminat muzik apabila bakat nyanyiannya disedari menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim Kedua. Buktinya, Linda merangkul gelaran Naib Juara dan lagu-lagu dendangannya menjadi kegemaran peminat ketika itu
Linda sebelum ini melancarkan single berjudul ‘Ikhlaskan Hatimu’ dan terlibat dalam penggambaran telemovie Misteri Jam Vintage. Yang pasti, kemunculan wanita cantik ini kembali dalam industri nyata mengubat kerinduan peminat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari kelahiran ke-38 buat Yang Berbahagia, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra. Beliau meninjak usia 38 tahun pada tanggal 6 Jun lalu.
Meniti usia lewat 30an, keanggunan dan kejelitaan isteri Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra ini tetap menyerlah.
Che Puan Sofie bergelar isteri kepada Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019 dan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Pasangan diraja ini menimang cahaya mata sulung mereka yang juga bayi lelaki pada 17 Julai 2023. Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di Instagram, anakanda kesayangan yang diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra ini kian membesar sihat dan comel.
Tengku Muhammad Johan Petra juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Malah bakal meniti usia setahun tidak lama lagi. Kehadiran Tengku Muhammad Johan Petra pastinya menambah seri rumah tangga Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden menarik perhatian ramai kerana raut wajahnya yang cantik dan peribadi lemah-lembut. Bahkan beliau dilihat selesa menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu dan pandai memasak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.