
Bertuahnya aktres Bollywood ini yang dikurniakan kecantikan semula jadi serta baby face sejak dulu hingga kini.
Alia Bhatt aktres cantik dari India yang mempunyai lebih 50 juta pengikut di akaun Instagramnya.
Berusia 30 tahun, Alia Bhatt dikatakan mempunyai wajah mirip Shireen Sungkar, salah seorang aktres di Indonesia.

Dipetik daripada brilio.net dari berbagai sumber, berikut 8 fakta menarik mengenaiAlia Bhatt.
1. Dilahirkan pada 15 Mac 1993. Alia Bhatt merupakan anak kepada Mahesh Bhatt dan pelakon Soni Razdan.
2. Ketika berusia enam tahun, Alia Bhatt pernah berlakon dalam filem Sangharsh 1999.
3. Alia Bhatt pernah ‘senyap’ seketika dari industri hiburan Bollywood selama beberapa tahun dan selepas itu dia kembali memulakan kerjayanya.
4. Pada tahun 2012 dia kembali ke skrin besar, membintangi filem ‘Student of the Years’ sebagai peranan utama.
5. Selain bergelar pelakon, Alia Bhatt juga seorang penyanyi Bollywood.
6. Alia Bhatt antara pelakon yang pernah mengalami kenaikan berat badan yang drastik ketika remaja, namun kini dia sudah memiliki bentuk badan yang ideal.
7. Pada 2016, Alia Bhatt pernaah bergandingan dengan bintang Bollywood ternama Shah Rukh Khan dalam filem Dear Zindagi.
8. Sepanjang kariernya, Alia Bhatt telah membintangi lebih daripada 20 filem.
Kredit Foto: Instagram Alia Bhatt
“Tak Semua Yang Kurus Tu Cantik” Berat HAN SO HEE Hanya 45kg, Rayu Wanita Jaga Kesihatan

Nama aktres Korea, Han So Hee sekali lagi diperkatakan berikutan tular nasihat dietnya kepada peminat. Berketinggian 165cm dengan berat sekitar 45kg, bintang jelita berumur 28 tahun itu dikatakan pernah tidak bersarapan dan hanya makan sedikit dada ayam pada waktu makan malam, selain kurang minum air bagi mengelakkan perut buncit.
Han So Hee baru-baru ini menyapa peminat setianya melalui sesi Instagram Live di akaun peribadinya @xeesoxee. Antara hal yang dibicarakan oleh pelakon K-Drama popular tersebut adalah diet dan masalah berat badan.
Tanpa berselindung, beliau mengakui bahawa berat badannya kini jauh dari lingkungan ideal. Bahkan boleh dikatakan terlalu kurus.



“Kalau bukan kerana tuntutan tugas, saya juga enggan sekurus sekarang. Saya terpaksa menjaga penampilan fizikal demi pekerjaan.” Han So Hee
Tambahnya, seorang artis terpaksa kurus kerana tubuh mereka di depan layar skrin terlihat lebih besar dari yang sebenar. Kerana itu, mereka terpaksa berdisiplin soal pemakanan bagi memastikan imej yang sempurna di depan peminat.
Han So Hee dengan tegas melarang peminat-peminatnya daripada meniru tubuh kurus yang dimiliki. Beliau sempat mengingatkan agar setiap orang melupakan standard kecantikan yang tak masuk akal dan lebih fokus menjaga kesihatan dengan diet seimbang.
“Anda tidak boleh sekurus diri saya, tolong jaga kesihatan. Tak semua orang kurus itu cantik.” Han So Hee
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/padanlah-cantik-badan-pun-ramping-ini-rutin-kecantikan-han-so-hee-tidur-4-jam-sehari-dan-makan-perlahan/
Kulit Muka Kering & Dehidrasi Itu TAK SAMA, Orang Selalu Keliru Istilah-Istilah Ini!

Cuaca yang panas sekarang dikatakan akibat perubahan angin monsun. Ia akan menyebabkan kulit menjadi kering atau dehidrasi ditambah pula jika terlalu lama di bilik yang mempunyai pendingin hawa.
Kulit dehidrasi adalah keadaan kulit yang mempunyai kandungan kadar air kurang optimum sehingga dapat mempengaruhi keadaan tekstur kulit. Tapi ramai yang keliru di antara kulit dehidrasi dengan kulit kering.
Kulit kering merupakan jenis kulit yang tidak mengandungi minyak atau sebum yang mencukupi. Kebiasaannya kulit dehidrasi terjadi disebabkan pemakaian produk yang salah, faktor perubahan cuaca dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang.
Sebenarnya keadaan kulit dehidrasi tidak boleh dinilai dengan keadaan kulit kering dan bersisik semata-mata. Cara mudah untuk mengetahui anda menghadapi masalah kulit dehidrasi adalah dengan mencubit kulit pipi. Jika terlihat garis atau kedutan halus, itu bermakna kulit anda dehidrasi.
Selain itu, perhatikan juga keseluruhan kulit wajah. Wujudkah garis halus di sekitar mata atau lingkaran gelap, bersisik di kawasan dahi atau kusam? Jika begini keadaan kulit anda, maka segera lakukan sesuatu kerana sudah tergolong dalam kulit dehidrasi ini.
Jenis kulit adalah faktor genetik dan ia dipengaruhi oleh jumlah kelenjar minyak dalam kulit yang menghasilkan minyak semula jadi bawah kulit. Jadi, masalah kulit dehidrasi adalah bersifat sementara dan boleh diubah. Malah, ia boleh berlaku kepada semua jenis kulit, baik jenis kulit kering, kombinasi atau berminyak sehingga mempengaruhi struktur kulit dan kehilangan kemampuan untuk mengunci kelembapan dari dalam.
Kelembapan semula jadi kulit dipertahankan oleh serangkaian elemen yang dipanggil Natural Moisturizing Factor (NMF). Jika mengamalkan gaya hidup tidak seimbang, NMF yang berada di bawah kulit akan mengalami kerosakan yang merangsang kepada dehidrasi.
Solusi terbaik menjaga NMF adalah dengan mengambil air agar kelembapan tubuh terus terpelihara. Bukan itu sahaja air dapat memelihara keanjalan kulit dan mengunci cairan di dalam tubuh sehingga proses penyerapan dapat berjalan lebih optimum.
Cara terbaik mengambil air adalah sebelum tidur kerana ketika tidur tubuh kehilangan cairan yang cukup banyak.
Oleh itu, jika anda tergolong dalam jenis kulit berminyak tetap perlu memakai pelembap untuk menjaga cairan yang mencukupi di bawah kulit.
Anda juga perlu mengawal kelenjar minyak agar tidak menghasilkan minyak secara berlebihan. Jika produksi minyak berlebihan, mungkin terkena dehidrasi kulit kerana jika kekurangan cairan, sebagai mekanisme pertahanan, kulit akan automatik mengirim mesej ke kelenjar minyak untuk memproduksi lebih banyak minyak.
MASALAH KULIT HIDRASI
- Kusam
- Berjerawat di T-Zon sukar sembuh
- Rasa terbakar pada bahagian kulit yang kering
- Beberapa kawasan yang kering terasa gatal
- Timbulnya kemerah-merahan
- Jika memiliki jenis kulit yang kering daripada lahir, kering itu akan terasa pada seluruh tubuh hingga kulit kepala
- Kulit cenderung berkerut
7 Gaya Hidup Ini Membantu Melewatkan Proses Penuaan, Serlah Awet Muda

Terlihat ‘lebih muda’ berbanding usia sebenar adalah impian semua orang terutamanya wanita. Sebab itulah, kita disarankan agar mengamalkan gaya hdup sihat untuk mendapatkan kulit yang segar, cantik dan sihat. Begitu juga dengan kecantikan dalaman harus seimbang. Bagi yang berkemampuan boleh mendapatkan rawatan kulit yang sesuai namun pastikan ia tidak memudaratkan.

Antara selebriti wanita yang kekal awet muda ialah Shiera Ijoy, Raja Azura, Saida Tarudin dan Datin Maria Arshad. Rahsia dan gaya hidup mereka sentiasa menjadi inspirasi buat wanita agar sentiasa menjaga kecantikan luar dan dalam.

Nona kongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan agar terlihat awet muda:
AMALKAN MAKANAN ANTIOKSIDAN
Antioksidan membantu melindungi kulit dari radikel bebas yang boleh merosakkan kulit. Antioksidan memiliki kemampuan dalam merangsang penghasilan kolagen kulit. Kolagen merupakan bahagian penting dari struktur dan proses keremajaan kulit. Salah satu cara untuk tetap awet muda adalah dengan membanyakkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi antioksidan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, ikan dan lain-lain.
SUMBER PROTEIN
Selain antioksidan, pengambilan sumber protein juga dapat membantu badan menguatkan otot. Makanan yang mengandungi protein tinggi bermanfaat untuk menghasilkan kolagen pada kulit. Beberapa makanan yang mengandungi protein tinggi antaranya ialah salmon, telur, tahu dan lain-lain.
KAWAL STRES
Kajian menunjukkan, sel-sel kulit orang yang mengalami depresi akan lebih nampak berusia berbanding mereka yang tidak atau kurang depresi. Tekanan yang melampau dapat mempercepatkan proses penuaan awal. Jadi, jika anda ingin mencegah penuaan awal maka haruslah dapat mengawal tekanan yang dialami. Beberapa cara yang boleh dilakukan ialah berjalan-jalan, bersenam, atau melakukan perkara yang digemari.
CUCI MUKA SEBELUM TIDUR
Penat macam mana pun pastikan anda mencuci muka dahulu sebelum tidur. Ia membantu kulit lebih bertenaga ketika tidur. Jadi, jangan sampai terlupa atau sengaja tidak mencuci muka sebelum tidur ya terutama selepas melakukan kegiatan luar atau bersolek.
KRIM PELINDUNG MATAHARI
Jangan lupa untuk calit krim pelindung matahari utnuk melindungi kulit daripada sinaran suria di siang hari. Kajian yang dilakukan pada tahun 2013 di Annals of Internal Medicine membuktikan mereka yang menggunakan krim pelindung matahari 3-4 hari seminggu cenderung untuk tidak mengalami penuaan kulit berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
BANYAK MINUM AIR PUTIH
Minum air putih secukupnya dapat membantu menjaga keanjalan kulit dan tetap terhidrasi. Hilangnya hidrasi kulit boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut. Selain itu, air juga penting dalam menjaga kelembapan kulit kerana ia dapat memberikan nutrisi penting ke sel-sel kulit badan.
TIDUR YANG CUKUP
Rawatan kulit sederhana yang boleh dilakukan namun sering diabaikan ialah tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya, disarankan tidur 6 jam per hari bagi memudahkan proses regenerasi kulit. Tidur yang cukup juga dapat mencegah munculnya lingkaran bawah mata.