Sejuk mata memandang suri hati pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Berpenampilan Muslimah sejati dan memiliki rupa paras cantik, wanita kesayangan Ustaz Don ini juga bukan calang-calang. Dr Husna Mohd Zahry ini merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan berkhidmat sebagai doktor perubatan.
Melihat peribadi Dr Husna jelas terserlah sisi positif ibu kepada empat orang anak tersebut. Setia menemani suami tercinta, kelibat Dr Husna di sisi Ustaz Don sentiasa mencuri perhatian khalayak.
Apatah lagi, dia disifatkan seorang yang tidak lokek senyuman. Manis orangnya!
Berkongsi aktiviti di media sosial, Dr Husna memuat naik video dia dan Ustaz Don ‘ride’ ke utara tanah air pada hujung Mei lalu.
Ads
Gelagat lucu dan romantis pasangan ini beriadah dari Pulau Pinang ke Ipoh dan Kuala Lumpur menarik tumpuan warga maya. Tak ubah macam pasangan kekasih tengah hangat bercinta.
Malah, Dr Husna sempat berseloroh. “Jangan kata dinda tak payung. Nanti kalau ada masa-masa yang rasa macam nak marah kat isteri, pejam mata, ingat balik saat isteri temankan merentas negara, berpanas, berhujan, berlenguh sama-sama. Okey Don Daniyal.”
Dr Husna menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 20 Januari lepas. Dia sah bergelar isteri kepada Ustaz Don Daniyal yang juga usahawan pada 23 Ogos 2012.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata lelaki yang comel dan bijak iaitu Don Mustofa, Don Ibrohim, Don Sulaiman dan Don Yunus.
Ads
Walaupun usia perkahwinan menjangkau lebih sedekad, Ustaz Don dan Dr Husna kekal bahagia bahkan makin romantik. Sentiasa berpimpin tangan setiap kali berjalan berdua.
Patutlah Janna Nick cantik, rupa-rupanya mewarisi gen jelita ibu dia! Tak sangka ibu Janna Nick ini sebenarnya sudah pun menghampiri usia 50 tahun. Tengok penampilan ibu berkenaan pasti ramai tak sangka umur sebenar sebab ‘maintain’ menawan dan awet muda!
Apatah lagi dia memiliki raut wajah baby face. Kalau orang tak tahu, mesti ada yang sangka ibu Janna ini kakaknya.
14 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran ibu Janna Nick iaitu Shahzani yang ke-49. Mesra dikenali sebagai Mama Scha, dia ialah ibu kepada empat cahaya mata.
Sebelum Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner bergelar isteri kepada pelakon kacak, Muhamad Dini Azan Schatzmann, kelibat ibu penyayang ini sering dilihat menemani anak kedua tersebut ke mana saja.
Kasih Janna juga terhadap ibu tersayang cukup mendalam, Pelantun lagu Gatal berkenaan sebelum ini pernah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada Mama Scha sempena hari lahir ratu hatinya.
Difahamkan ibu Janna berpisah dengan bapa mereka, Muner Abdullah ketika dia baru berusia sembilan tahun.
Dalam hantaran Janna di media sosialnya sebelum ini, aktres berbakat besar tersebut pernah meluahkan rasa penghargaan dan syukur dengan pengorbanan ibu.
“Thank you jadi mak dan ayah untuk kami. Thanks sebab dah susah-payah kerja, cari duit untuk besarkan angah.
Dah besar degil pulak anak mak ni. Sekarang walau pun mak tak pernah minta apa-apa. Walaupun mak yang paling jimat, tak suka barang branded, tak suka shopping.
Tapi angah tetap nak bagi, sebab angah nampak dan ingat segala pengorbanan dan kepayahan mak yang tak mungkin terbalas dengan wang ringgit dan harta dunia.
Kekasih boleh pergi, tapi seorang mak tak mungkin ada ganti. Love you!”
Janna Nick mula berkecimpung dalam industri seni seawal usia 16 tahun. Dalam temu bual bersama Janna sebelum ini, dia memberitahu, “Saya benar-benar menyayangi keluarga saya. Siapa saya tanpa mereka. Saya memang tidak pernah rasa terbeban bila melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak dalam keluarga.
Sebenarnya bila kita sebagai anak bertindak menyara keluarga ia merupakan keberkatan dalam hidup. Rezeki kita semakin berlipat kali ganda bila berkongsi rezeki dengan keluarga.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres Hollywood yang juga bintang Maleficent: Mistress of Evil, Angelina Jolie bukan saja terkenal kerana kejelitaannya bahkan sebagai aktivis kemanusiaan serta ikon kecantikan.
Selain rajin bersenam, bekas isteri Brad Pitt ini juga menjaga pemakanannya.
Angelina lebih gemar memilih makanan berkhasiat untuk tubuhnya seperti kaya protein, antioksidan, asid lemak omega-3, serat, karbohidrat kompleks dan rendah kalori.
Kredit Foto; Instagram Angelina Jolie Fans.
Bagi mengekalkan kesihatan tubuh dan kulit pula, Angelina mengamalkan minum banyak air yang dicampur dengan jus lemon.
Dia juga menghadkan pengambilan makanan ringan, alkohol, makanan tinggi gula dan garam serta bahan-bahan lain yang berpotensi menyerap air daripada tubuh.
Kredit Foto; Instagram Angelina Jolie Fans.
Seterusnya, Angelina turut membahagikan makanannya kepada 4-6 bahagian kecil setiap hari dan bukannya terus mengambil makanan yang banyak.
Cara ini dapat mengelakkan makan secara berlebihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.
Ini demikian kerana, fasa ini merupakan fasa yang paling sensitif bagi segelintir individu. Begitu juga dengan apa yang dialami oleh Ratu Rock tanahair, Norzila Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Ella.
Rasa Resah, Mudah Marah Simptom Awal Gangguan Hormon.
Menurut Ella, melalui fasa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dengan persiapan yang selayaknya wanita mampu menghadapinya. Ella turut menitipkan nasihat agar wanita di Malaysia cakna tentang peri pentingnya menjaga kesihatan hormon.
Ketika ditanya bagaimana permulaan Ella terdetik mahu menjalankan rawatan mengekang masalah hormon yang dihadapinya, ini respon yang diberikan Ella.
“Mula tak berapa nak faham sangat pasal hormon ni. Tau-tau kita dah ada masalah je. Ada satu waktu tu, Ella rasa tak sihat mengadu dekat suami. Rasa badan tak selesa, resah dan tak tenang. Suami cadangkan berjumpa dengan Dr. Linda lakukan rawatan.
“Jujurnya Ella dah cuba macam-macam daripada perubatan moden, perubatan tradisional alami dan sebagainya untuk ikhtiar selesaikan masalah hormon ini. Tapi tak dapat penyelesaianya.
“Masa permulaan Ella dapat tau tekanan darah Ella tinggi, Ella tak mahu bergantung sepenuhnya pada ubat sahaja. Bukan Ella nak kata perubatan moden tidak bagus, tetapi untuk kesan jangka panjang tidak digalakkan,” ujar Ella.
Wanita Jangan Ambil Mudah Masalah Hormon! – ELLA
Setelah bertemu Dr. Linda, Ella berkata beliau mencadangkan agar Ella menjalani rawatan Terapi Hormon Bio Identik (BHRT) untuk menyelesaikan masalah ini.
Tambah Ella lagi, keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, memberi impak buruk kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Jadi adalah lebih baik jika tindakan awal dapat diambil segera.
“Ella setuju bahawa rawatan hormon ini tidak memudaratkan dan mengganggu apa-apa pun selain menyembuhkan dan menyihatkan Alhamdulillah.
“Ada diantara kawan Ella yang baru berusia 40-an dah menopaus disebabkan masalah gangguan hormon ini, jadi bila kita dapat tahu awal mungkin dapat membantu untuk mengekang masalah ini dari menjadi lebih teruk,” ujarnya.
Konsisten ‘Kunci’ Utama, Transformasi Ella Hanya Ambi Masa Tiga Bulan Sahaja
Pakar hormon, Dr. Linda Mat Hassin menjelaskan bahawa Ella melakukan transformasi kesihatan hormon miliknya, hanya dalam tempohmasa tiga bulan sahaja.
“Ella sangat konsisten menjalankan rawatan BHRT dan dalam tempoh tiga bulan, kitai sudah dapat melihat kesan ketara yang positif. Bacaan tekanan darah tinggi Ella daripada 190 mulai normal.
“Berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an, malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.” kata Dr. Linda.
Justeru, inilah sebab mengapa Ella tidak segan berkongsikan pengalaman yang dimilikinya.
Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para wanita diluar sana agar menitikberatkan perihal kesihatan hormon dan tidak memandang enteng tentang permasalahan ini.
Sekadar info, Ella berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.