Dunia kecantikan sememangnya cukup sinonim dengan kehidupan wanita. Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ‘public figure’. Dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya mahu kelihatan sempurna. Jessica Simpson antara selebriti Hollywood yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk kekal cantik jelita.
Meraikan ulang tahun ke-43 dengan berkongsi foto close-up wajahnya di media sosial, kecantikan selebriti yang juga pemilik label kasut dan fesyen Jessica Simpson ini mencuit perhatian peminat.
Kongsi pelantun lagu popular ‘I Wanna Love You Forever’ itu, beliau tidak memakai mekap tapi hanya melentikkan bulu mata.
“43 makeup free (kinda. Ha. I did curl my lashes)” Jessica Simpson
RAHSIA CANTIK
Perkongsian itu mengundang pujian ramai yang rata-ratanya tertawan dengan tekstur kulit Jessica. Nampak segar dan berkilau, bagai langsung tak disentuh kedutan!
Ibu tiga anak yang dilahirkan pada 10 Julai 1980 ini mengekalkan kecantikannya dengan 3 produk must-have iaitu krim mata, krim pelembap kulit dan face oil.
Walaubagaimanapun, beliau sebelum ini sangat dikenali kerana suka berbelanja besar setiap tahun demi menjaga penampilan.
Antara rejim kecantikan Jessica termasuk rawatan menggelapkan kulit setiap minggu dan rawatan laser bagi menghilangkan selulit yang dilakukannya setiap bulan.
Menurut salah seorang sumber, “Dia banyak melabur untuk mengekalkan kecantikan diri khususnya dari segi kulit, wajah, kaki dan rambut. Setiap minggu dia akan melakukan rawatan tanning dan tertarik dengan eyelash extensions hingga sanggup membayar 500 dolar per sesi kepada perunding kecantikan yang datang ke rumahnya dua kali seminggu bagi memastikan ia dalam keadaan baik.”
Isteri kepada Eric Johnson ini juga khabarnya menjalani rawatan laser membuang selulit yang dianggarkan berjumlah 2,000 dolar setiap bulan selain membuat rawatan menganjalkan bahagian peha dan punggung.
Daripada USD1 juta yang dibelanjakan… 230,000 dolar pula digunakan untuk on-call hairstyling sementara 50,000 dolar lagi bagi mencantikkan buah dada.” Pelaburan besar!
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/belanja-usd-1juta-setahun-jessica-simpson-sanggup-labur-duit-demi-nak-cantik/