Beauty with brains! Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik malah Athisha Khan juga bijak orangnya. Nama personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Noor Neelofa tersebut menjadi bualan warga net sejak foto terkini Athisha yang lengkap mengenakan jubah konvokesyen bertebaran di Internet.
Ads
Perkongsian momen-momen indah bersama keluarga itu dimuat naik Athisha di media sosial miliknya selepas dia berjaya menamatkan pengajian di United Kingdom. Difahamkan Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan tersebut kelihatan Athisha dan keluarga tersayang meraikan meraikan kejayaan dengan mengadakan majlis ringkas di rumah.
Selain kedua-dua ibu bapanya iaitu Datin Noor Kartini dan Datuk Abdul Halim Khan, Athisha turut diraikan oleh adik-beradik termasuk Neelofa, Sara, Aqief, Ameera Khan dan Faliq.
Ads
Berusia 23 tahun, Athisha juga merupakan vlogger popular dan mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.
Ads
Sementara itu, Datin Noor Kartini di IG miliknya menzahirkan rasa syukur atas khabar gembira itu. “Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatMu Ya Rabb. Sungguh kasih sayangMu amat luas dan nikmatMu amat hebat. Wahai pencipta langit dan bumi peliharalah kami dan lindungi kami dari segala bala malapetaka.
Selamatkan kami di duniaMu dan di akhiratMu Ya Rabbul Alamin. Terima kasih Allah untuk segala nikmatMu. Terima kasih anakku sayang Athisha Khan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat. Amiin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramuan utama yang menjadikan sesuatu masakan itu enak dan menyelerakan bergantung kepada bahan yang baik dan berkualiti. Sayur terung misalnya menjadi pilihan utama untuk penyediaan masakan tradisi seperti kari dan sambal. Malah, ia juga lazat dinikmati hanya dengan menggoreng.
PILIH YANG TERBAIK!
Terung atau nama saintifiknya solanum melongena bersifat mudah busuk dan rosak kerana tempoh paling lama terung boleh digunakan adalah selama tiga hari. Apabila melebihi jangka masa itu ia akan menjadi layu selain menghasilkan rasa pahit. Untuk mengelak rasa masakan berasaskan terung terjejas, amat penting untuk memilih terung yang berkualiti dan baik di samping cara penyimpanan yang betul agar nutrisi yang terkandung di dalamnya kekal terjaga.
Terung yang berkeadaan baik dan segar lazimnya memiliki permukaan kulit berkilat, halus dan tidak lembik. Kulit terung yang telah berkedut menandakan ia sudah tua dan isi lebih pahit.
Selain mengenalpasti bentuk fizikal terung, anda juga harus ketahui ‘usia’ terung tersebut. Misalnya, terung yang muda mempunyai warna kulit lebih gelap adalah terbaik digunakan untuk masakan. Jika terung berwarna pudar, ia bermakna biji terung juga sudah keras dan tidak elok.
Elakkan memilih terung dengan kulit yang berbintik coklat kerana ia dikhuatiri sudah dijangkiti bakteria.
Terung bersaiz sederhana biasanya memiliki biji lebih sedikit tetapi isi yang lebih lembut dan tidak pahit.
Kenalpasti keadaan terung dengan menekan permukaan menggunakan jari atau mengetuk perlahan terung dengan kuku jari untuk memastikan bijinya tidak mengeras dan kering. Jika mengeluarkan bunyi kosong saat diketuk bermakna biji terung sudah kering.
Seelok-eloknya guna terung yang telah dibeli tidak lebih daripada dua hari.
Sebelum menggunakan terung, pastikan ia dibasuh terlebih dahulu kerana mengandungi racun solamine yang boleh menyebabkan alahan.
Cara penyimpanan terbaik bagi terung adalah dengan tidak meletakkannya di dalam peti sejuk. Sebaliknya hanya simpan terung dalam suhu bilik kerana ia mampu bertahan selama dua ke tiga hari.
BENTUK FIZIKAL TERUNG
Batang : bercabang dan warna yang pelbagai mengikut jenis terung tersebut. Juga terdapat bulu-bulu halus pada batangnya.
Daun : Seperti pada batang terung, di bahagian daunnya juga memiliki bulu halus dan perbezaan warna daun mengikut jenis.
Buah : Ada yang berbentuk panjang, pendek dan bulat. Begitu juga warnanya yang terdiri daripada ungu, hijau atau putih.
JENIS-JENIS TERUNG
Kebanyakan terung berasal dari negara Asia dan digunakan secara meluas dalam masakan di negara seperti India dan China.
TERUNG UNGU
Paling terkenal di antara jenis terung yang lain yang memiliki warna ungu tetapi berlainan bentuk. Ia dikatakan mampu mencegah kanser, kaya dengan antioksidan, menurunkan kolestrol, menangani anemia dan sesuai dinikmati penghidap diabetes dan jantung.
TERUNG TELUNJUK
Berbentuk panjang, kurus dan berwarna hijau. Ia membekalkan serat yang mampu mencegah sembelit, menguatkan gigi dan tulang serta kaya dengan vitamin C. Ia juga dipercayai dapat meredakan batuk dengan meminum air rebusannya.
TERUNG BELANDA
Pilihan terung yang paling digemari untuk membuat jus. Ia memiliki bentuk bulat, berwarna merah, isi dan biji yang banyak. Terung belanda baik untuk penglihatan, stamina, melancarkan aliran darah dan bersifat anti kanser.
TERUNG PUTIH
Ia memiliki bentuk yang pelbagai seperti bulat telur tetapi lazimnya berbentuk lonjong memanjang berwarna putih. Selain mempunyai isi yang banyak dan berlendir sedikit. Salah satu manfaat terung putih adalah untuk mencegah kekejangan saraf dan serangan epilepsi.
TERUNG PIPIT
Juga dikenali terung mini ini memiliki bersaiz kecil berbanding terung lain. Bentuknya bulat kecil dan berwarna hijau. Meskipun kecil, terung pipit mengandungi zat besi, protein dan karbohidrat yang membantu meredakan sakit perut dan melancarkan aliran darah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan persahabatan dua pelakon Bollywood termasyhur, iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan sememangnya diketahui ramai. Kedua-dua mereka mula berkawan rapat selepas membintangi filem blockbuster Karan Arjun pada 1995, malah mereka pernah berkongsi skrin dalam filem Har Dil Jo Pyar Karega dan Om Shanti Om.
Walaupun persahabatan mereka sering mengalami pasang surutnya, kes Aryan Khan baru-baru ini bagaimanapun telah membawa mereka dan keluarga masing-masing menjadi semakin rapat lebih dari dulu.
Memetik laporan India Today, Salman Khan dikatakan adalah selebriti pertama yang melawat rumah Shah Rukh Khan selepas penahanan anaknya itu.
Dan semalam, bersempena hari ulang tahun kelahiran yang ke 57, Shah Rukh Khan turut hadir memenuhi jemputan majlis yang diadakan di rumah Salman.
Menerusi video dan gambar yang tular, terserlah kemesraan kedua-dua aktor hebat itu yang saling berpelukan beberapa kali ketika Salman menghantar Shah Rukh Khan pulang menaiki kereta mewahnya.
Rata-rata ramai yang teruja dengan persahabatan dan ‘brotherhood’ yang ditonjolkan oleh kedua-duanya dan memuji sikap rendah diri masing-masing walaupun mereka berdua kekal bersaing secara sihat dalam pentas filem Bollywood.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada 12 Januari lalu, kita digemparkan dengan berita pemergian ibu tercinta chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan. Dan isnin lalu, Chef Wan dijemput secara eksklusif ke konti Buletin FM berkongsikan kisah di sebalik pemergian ibunya Noraini Abdullah menghadap Ilahi.
Dan keaadan bertukar pilu apabila lagu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini diputarkan.
Difahamkan, ketika temu bual berlangsung, Chef Wan mengakui bukan mudah untuk seseorang itu berdepan dengan kehilangan insan yang tersayang, namun sebagai manusia itu adalah lumrah dalam kehidupan yang perlu diterima.
“Dalam hidup ini, memang ada saat kita gembira dan bersedih dan itu adalah lumrah dalam kehidupan. Sama ada kita suka mahupun tidak.”Apa yang penting ialah pengajaran yang kita dapat dari hidup ini untuk menjadi orang yang baik dan bertanggungjawab.
“Dalam kehidupan ni kita hanya ada satu mak dan satu ayah, dan sebab itu ketika pengkebumian orang tengok saya tenang, rilek je. Dah balik tu barulah saya rasa sangat sampai hari ni kan?
“Sebab saya tahu macam mana kita sedih pun, saya akan kata dekat diri saya sendiri, yang saya dah jaga mak saya sehabis baik. Jadi saya fikir daripada saya sedih, tertekan dan selalu menangis kerana apa sahaja yang saya buat macam makan lontong dan sebagainya, itu secara tidak langsung membuatkan saya teringat dekat mak saya,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet di luar sana turut berdukacita melihat Chef Wan, malah ada yang dapat merasai kesedihan yang dialami akibat kehilangan insan tersayang.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...