Terpikat dengan pesona Datin Seri Haflin Saiful. Mana tidaknya, dalam usia 40 tahun dia tampil menawan dan cantik dalam kelas tersendiri. Apatah lagi, Datin Seri Haflin memiliki cita rasa fesyen mewah dan membuatkan apa saja busana yang digayakan kelihatan cantik terletak.
Ads
Bergelar suri hati kepada Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas menteri tersebut dia dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jean Pierre Azize atau mesra disapa dengan nama panggilan JP.
Terbaharu, khabar gembira mengenai suami tercinta yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menarik perhatian ramai.
Berkongsi momen istimewa di samping Datuk Seri Nazri di Instastory miliknya, kelihatan Datin Seri Haflin yang mengenakan persalinan tradisi hijau dan berselendang hitam menyaksikan suaminya meninggalkan catatan di sebuah buku di Istana Negara.
Semalam, Wisma Putra mengumumkan pelantikan Datuk Seri Nazri sebagai salah seorang daripada 10 individu Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Meskipun timbul pelbagai persoalan mengenai pelantikan Datuk Seri Nazri, Kementerian Luar Negeri menjelaskan beliau dipilih kerana mempunyai pengalaman yang luas sebagai anggota pentadbiran negara.
Sekitar tahun 2019, Nona pernah bertemu jelitawan ini yang ketika itu melancarkan buku masakannya iaitu Cook With Love by Haflin.
Dalam majlis eksklusif tersebut, Datin Seri Haflin akhirnya mendedahkan wajah anak tersayang selepas tiga tahun menyembunyikan wajah JP daripada tatapan umum. JP kini sudah menginjak usia enam tahun dan menjadi seorang anak yang lincah serta bijak.
Ads
Diaju perkembangan anak waktu itu, Datin Seri Haflin dalam nada mesra memberitahu, “Baik suami mahupun saya sendiri, kami sepakat untuk menggunakan Bahasa Inggeris ketika bercakap dengannya. Memang kami mahu dia didedahkan dengan bahasa tersebut.”
Menjengah Instagram Datin Seri Haflin, dia seorang wanita yang gemar mengembara dan aktif mengamalkan gaya hidup sihat menerusi senaman. Patutlah sentiasa nampak langsing dan awet muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pencinta muzik era 90-an, pastinya cukup mengenali penyanyi wanita ini. Inka Christie atau nama penuhnya Rinni Chries Hartono merupakan salah seorang rocker wanita yang amat popular ketika zamannya.
Penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia yang terkenal di Malaysia serta Indonesia ini seangkatan dengan Allahyarhamah Nike Ardilla dan Poppy Mercury. Antara lagu popular Inka Christie ialah Nafas Cinta dan Gambaran Cinta.
JUMPA JODOH PADA USIA 44 TAHUN
Memetik laporan InsertLive.com setelah sekian lama tidak muncul di kaca TV, nama Inka Christie kembali menjadi bualan setelah dia mengumumkan akan berkahwin pada usia 44 tahun.
Kata Inka, sebelum ini dia terlalu sibuk bekerja dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin awal. Sehinggalah suatu hari ibunya meluahkan hasrat agar Inka berkahwin. Mendengar permintaan itu, pada 2019 Inka ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah. Inka turut berdoa agar dipertemukan jodoh sebelum bulan Ramadan.
Siapa sangka doa itu dimakbulkan Allah. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Sandiego Africo datang ke rumah Inka dengan niat mahu meminangnya. Inka kemudiannya dilamar pada Disember 2018. Rupa-rupanya, sudah sembilan tahun mereka saling mengenali, asalnya sebagai kawan biasa.
Tidak berlengah, mereka terus melakukan persiapan perkahwinan. Hanya dua bulan setengah masa yang diambil. Pada 27 April 2019 mereka sah bergelar suami isteri.
Pada hari bahagianya itu, Inka tampil menawan dalam persalinan gaun pengantin rona ungu lengkap dengan mahkota di kepala. Manakala suaminya yang 12 tahun lebih muda dari Inka, tampil kacak dengan persalinan tradisi Sunda rona senada. Majlis lebih bermakna dan meriah apabila ia turut dihadiri isteri Gabenor Jawa Barat, Atalia Praratya.
AWET MUDA
Pada usia 48 tahun, Inka masih kelihatan cantik dan bertenaga. Kongsi Inka, dia rajin bersenam untuk mengekalkan kecergasan. Ini ternasuklah bersenam sebelum memulakan nyanyian. Selain itu, Inka juga mengelakkan makanan bergoreng dan menjaga kualiti tidur.
Inka Christie sememangnya aktif di media sosial seperti Instagram untuk berkongsi perkembangan dan aktiviti-aktiviti hariannya.
Kredit Foto: Instagram Inka Christie
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak perlu mengupah jemari profesional untuk bersolek, asalkan anda tahu mengaplikasi warna untuk menyerlahkan sepasang mata yang menarik. Nona merungkai 10 helah bijak dari jurusolek terkemuka agar stail solekan mata yang dioles membuat aset wajah terlihat lebih bermaya!
Seperti magnet, mata setiap wanita punya daya kuasa yang mempesona. Menjadi penarik, jikalau pandai melirik serta dirias warna-warna etnik. Biru firus, hijau nilam dan ungu, tiga nuansa misteri yang bila dipadu, mencipta keindahan yang membingkai wajahmu. Mata itu ibarat jendela, lalu serlahkannya agar sempurna…
Helah #1 – Atasi visual mata ‘jatuh’ dengan pembayang rona cerah atau nude, betul-betul di atas garisan kening anda. Menurut Pengarah Artistik Trucco Cosmetics, Jo Davis, rona cerah ini akan mencipta ilusi kening yang tinggi dan membuatkan mata yang letih nampak segar.
Helah #2 – Bimbang jika garisan eyeliner menjadi comot? Samarkan dengan sapuan serbuk pembayang mata rona sepadan. Trik untuk memastikan garis ini berkekalan, pastikan anda menyapu krim mata, diikuti sapuan bedak terlebih dahulu.
Helah #3 – Jadikan mata anda tampak lebih besar dengan menggunakan alat pelentik bulu mata. “Mulakan dari bahagian yang paling hampir dengan pangkal mata dan perlahan-lahan gerakkan pelentik hingga ke hujung.” Kata pakar solekan Napoleon Perdis.
Helah #4 – Gemarkan maskara kalis air tapi malas untuk mencucinya? Menurut jurumekap selebriti, Nick Barose, kenakan selapis maskara biasa dahulu kemudian diikuti maskara kalis air di atasnya.
Helah #5 – Cipta pandangan yang segar dengan penggunaan penggaris mata rona putih atau nude di bawah alis mata. Tekan pipi ke bawah sehingga anda dapat melihat garis ‘dalam’ mata. Menggunakan pensel, layangkan garisan nipis.
Helah #6 – Dapatkan rupa mata yang muda dengan mengusap krim mata di sekeliling lingkaran mata untuk mengurangkan visual garis kedutan. Kemudian pedapkan penyamar cela di bahagian lingkaran gelap agar warna kulit muncul sekata.
Helah #7 – Pembayang mata adalah asas solekan terbaik untuk melindungi kedutan. Berbanding rona-rona lembut, pilihlah rona-rona tanah atau gelap bagi menampakkan kesegaran. Highlight bahagian dalam mata dengan rona emas dan kenakan maskara.
Helah #8 – Sesekali tampil seksi dengan solekan wanita Arab pasti dapat menyerlahkan wajah, apa lagi jika matamu dilatari warna-warna gelap dan dicalit serbuk emas atau perak pada kelopak mata. Ciri utama yang penting adalah calitan celak bersayap pada penjuru mata (cat eyes) dengan gincu berona pucat.
Helah #9 –Pastikan anda melabur pada lensa kaca mata yang berkualiti dan tidak memantul cahaya (anti-reflection) agar solekan mata kelihatan menyerlah. Solekan yang ringkas cukup dengan sekadar menggaris mata dan kening yang kemas.
Helah #10 – Lihatlah solekan sebagai satu pakej yang lengkap. Solekan mata galak harus dipadukan gincu tipis dan sedikit pucat, manakala gincu yang terang harus dipadankan solekan mata yang neutral.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bolehkah wajah diremajakan semula? Well, kenapa tidak? Persis gadis sunti, impian anda untuk menikmati paras muka rupawan kini termakbul dengan satu rawatan ajaib iaitu APPELUTION.
Berbeza daripada rawatan lain, APPELUTION adalah salah satu konsep Celmonze The Signature yang dicuba sendiri oleh selebriti, Shiha Zikir. Terkenal dengan julukan Rossa Malaysia, Shiha selalu menjadi bualan kerana bakat nyanyian dan kecantikan yang dimilikinya.
Nak tau macam mana APPELUTION menyerlahkan kecantikannya?
“Mula-mula saya susah nak percaya tentang rawatan macam ni. Bagi saya kebanyakan iklan memang direka untuk menarik perhatian pengguna semata-mata.
Tapi pandangan saya berubah setelah dipelawa mencuba Celmonze The Signature. Ia betul-betul efektif! Liang pori lebih halus, muka lebih cerah dan anjal! Wah, teruja betul saya.
Sewaktu mencuba APPELUTION, saya menikmati pengalaman yang hebat. Suasana di salun kecantikan profesional ni bukan saja menenangkan, malah saya gembira menjalani semua rawatannya. Rasa relaks!
Sambil membelai wajah, mereka juga mengurut dan menggunakan hot stone untuk melancarkan aliran darah. Tiba-tiba kulit saya jadi berseri-seri malah keesokannya tambah cerah dan tegang! Of course saya nak buat APPELUTION selalu!” akui Shiha tanpa berselindung.
Perkongsian Shiha sememangnya mengujakan ramai wanita berusia 25 tahun ke atas. Nona tertarik dengan keputusan serta-merta yang dijanjikan, maklumlah, siapa pun tak sabar nak tengok hasilnya!
Di Mana Keindahan Bertemu Inovasi
Melalui kempen ‘Di Mana Keindahan Bertemu Inovasi’, Celmonze The Signature membawakan tiga wanita berjaya iaitu Carey Ng, Anjoe Koh dan Shiha Zikir yang telah berjaya melakukan pembaharuan bagi mencapai matlamat mereka.
Mereka membuktikan bahawa setiap orang perlu mempunyai keberanian peribadi, kesabaran dan keupayaan yang tinggi apabila menempuh pembaharuan dalam hidup. Tiga wanita muda ini berkongsi pengalaman mereka dalam kempen tersebut.
Dalam banyak-banyak pusat rawatan kecantikan di negara kita, Nona tertarik dengan konsep Celmonze The Signature untuk penjagaan kulit yang profesional. Sambil memelihara dan membelai wajah, kita turut ‘dimanjakan’ dalam suasana istirahat yang sebenar. Minda, tubuh badan dan jiwa turut berehat sekali tau!
APPELUTION diperkenalkan untuk menyelesaikan 5 masalah utama kulit iaitu:
Dehidrasi
Kulit kendur
Kulit kusam
Pori-pori terbuka
Jeragat
Nampaknya semua masalah ni memang menghantui ramai wanita Malaysia! Jadi dengan gabungan Swiss Apple Stem Cell dari spesies epal yang jarang ditemui (Uttwiler Spatlauber), 7 tahun penyelidikan saintifik dan 21 bahan semula jadi, keremajaan kulit anda dapat dipercepatkan!
Menggunakan bahan-bahan yang mujarab dan kaedah tekanan tinggi, rawatan tanpa pembedahan ini tidak dapat dicapai dengan cara tradisional. Lebih menarik, kini Celmonze turut mempromosikan tawaran menarik untuk Appelution Stem Cell Complex 30ml atau The Flash Lifting Essence 60ml berharga RM388 beserta Appelution Travel Kit (7 produk) bernilai RM488 secara percuma!
5 TAHAP PENGAKTIFAN
Selain membuat rawatan di pusat kecantikan Celmonze The Signature, ikhtiar untuk meremajakan kulit harus diteruskan di rumah. Menerusi penggunaan produk-produk termaju yang dirumus secara intensif, anda dapat menggandakan prestasinya dengan cara yang mudah.
Penyelidikan di Celmonze International Laboratories berjaya melahirkan rejim APPELUTION oleh Celmonze The Signature. Ia merupakan sebuah konsep penjagaan kulit terkini di Malaysia dan Singapura yang boleh dipercayai dan dikendalikan oleh profesional.
Terdapat 5 tahap pengaktifan iaitu:
#1 Fresh Makeover
Untuk penghidratan pantas. Dengan manfaat asid hyaluronik dan ekstrak mikro alga biru, ia meningkatkan kesegaran kulit sekaligus menjadikannya berseri.
#2 Fast Recharger
Untuk memberi ‘skinergy’. Dengan ekstrak alga makro, kafein dan serbuk ruby, ia berfungsi dengan cepat untuk memulihkan peredaran mikro kulit agar ia lebih bertenaga.
#3 Quick Fixer
Untuk mengurangkan garisan halus. Ditambah dengan Beech Shoot Extract, ia mampu memperbaiki kulit kering dan tanda-tanda penuaan.
#4 Insta Younger
Untuk mengecilkan liang pori. Dipertingkatkan dengan Pseudo-Collagen dari ekstrak yis dan Q10, ia berfungsi dengan pantas untuk menghaluskan permukaan kulit dan mengurangkan minyak tidak diingini.
#5 Visi-Illuminator
Untuk mencerahkan kulit. Dirangsang dengan Retinol Liposomes (Phosphatidylcholin), ia berfungsi secara mendalam untuk menyerikan kulit.
So kenapa tidak? Takkan masih berkira-kira nak kekalkan kemudaan, itukan usaha dan hadiah terbaik untuk diri kita sendiri!
Ketahui lebih lanjut tentang rawatan APPELUTION dan kempen ‘Dimana Keindahan Bertemu Inovasi’ melalui laman web atau Facebook Celmonze. Tiga pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi rawatan ini secara percuma! Klik www.celmonzethesignature.com/campaign atau hubungi 016-7759925 sekarang!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...