Penantian lebih setahun aktivis kemasyarakatan, Mona Din untuk bertemu dan mendekati Adik Bella berakhir hari ini, apabila beliau dapat juga bertentang mata dengan anak istimewa tersebut setelah sekian lama berjuang mendapatkan keadilan untuk Adik Bella. Menerusi hantaran di Facebooknya, Mona Din memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana diberikan peluang menemui adik Bella di Mahkamah Jalan Duta yang dijangka (ketika artikel ini ditulis) akan memberikan keterangan berhubung siri penderaan yang dialaminya ketika menginap di Rumah Bonda.

IKLAN

“Cantiknya Bella..!!” Hadir Di Mahkamah Dengan Persalinan Frozen, Adik BELLA Nampak Sihat, MONA DIN Panjat Kesyukuran

Selaku ‘whistle-blower’ atau orang pertama yang membongkar kes penderaan yang dihadapi kanak-kanak Kurang Upaya, Bella; Mona Din di laman facebooknya turut sempat memberikan hadiah buat Bella, iaitu sepersalinan baju kurung.

Mona Din sudah diketahui umum antara aktivis yang lantang bersuara menegakkan keadilan bagi Bella dan sering kali mengikut rapat dan berkongsi perkembangan kes penderaan kanak-kanak malang tersebut di laman sosialnya.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan serta sisipan video, kelihatan Mona Din tidak dapat menyembunyikan keterujaan serta menahan air mata sebaik saja Bella berjalan masuk ke perkarangan mahkamah.

“Cantiknya Bella..!!” Hadir Di Mahkamah Dengan Persalinan Frozen, Adik BELLA Nampak Sihat, MONA DIN Panjat Kesyukuran “Cantiknya Bella..!!” Hadir Di Mahkamah Dengan Persalinan Frozen, Adik BELLA Nampak Sihat, MONA DIN Panjat Kesyukuran

Melihat pada hantaran Mona Din di akaun Facebooknya, komen warga maya mula membanjiri dengan kata-kata pujian, kesyukuran serta semangat buat adik Bella.

“Cantiknya Bella..!!” Hadir Di Mahkamah Dengan Persalinan Frozen, Adik BELLA Nampak Sihat, MONA DIN Panjat Kesyukuran “Cantiknya Bella..!!” Hadir Di Mahkamah Dengan Persalinan Frozen, Adik BELLA Nampak Sihat, MONA DIN Panjat Kesyukuran

IKLAN

Untuk rekod, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan, Bella sehingga menyebabkan remaja perempuan Sindrom Down itu mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju, ibu negara.

“Cantiknya Bella..!!” Hadir Di Mahkamah Dengan Persalinan Frozen, Adik BELLA Nampak Sihat, MONA DIN Panjat Kesyukuran

Mengikut pertuduhan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, tertuduh boleh dijatuhi hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

IKLAN

Foto: Akaun Facebook @mona.din.3

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI