Fesyen

Cantiknya Dia! Jom Intai Aksi Fazura Di New York Fashion Week Sempena Persembahan Fesyen COACH 1941 Spring 2018

Bukan calang-calang selebriti yang dijemput ke minggu fesyen utama antarabangsa dan duduk di barisan paling hadapan. Orang itu perlulah memiliki daya penarik dan juga karisma yang tinggi dalam berfesyen. Baru-baru ini selebriti serba boleh, Nur Fazura telah menghadiri persembahan fesyen Coach 1941 yang berlangsung di kota New York, Amerika Syarikat.

Kelihatan cantik dalam persalinan lengkap Coach dari hujung kaki ke hujung rambut, aura gadis melayu ini menyerikan lagi suasana kehangatan minggu fesyen. Jom kita intai gaya dan juga aksi kandid gadis yang berasal dari negeri Pahang ini.

Bersama selebriti Indonesia Cinta Laura (Berambut Perang) dan Teman
Khusyuk Meneliti Setiap Helaian Yang Dipersembahkan
Eeverybody Is On Thier Phone. Dan Semestinya Fazura Juga. Instagram!

Jom kita intai rekan-rekaan fesyen Coach 1941 Spring 2018 yang disaksikan oleh selebriti ini.

 

Share
Published by
Fiezreen