Cantiknya Dian Sastrowardoyo! Tak nampak macam umur 40 tahun je. Terserlah kecantikan sebenar seorang wanita Indonesia. Berkebaya lengkap bersanggul.
Bagi penulis penyanyi, model dan pelakon terkenal yang mula dikenali menerusi filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ ini adalah lambang kecantikan asli seorang wanita Indonesia.
Dian yang pernah membintangi filem epik Puteri Gunung Ledang ini merupakan selebriti wanita yang sering tampil berkebaya dan busana Jawa. Memang terserlah aura klasik pada isteri kesayangan kepada usahawan muda, Indraguna Sutowo ini.
Dian yang merupakan ibu kepada 2 anak dilihat bukan saja kerap tampil dengan kebaya bahkan gemar menggayakan busana Jawa ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.
Terkini, Dian atau sebenarnya Diandra Paramitha Sastrowardoyo adaah salah seorang aktres yang menyokong gerakan kebaya sebagai warisan budaya dunia. Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Dian mengajak masyarakat Indonesia untuk sama-sama menyokong kebaya.
Jom tengok beberapa gaya Dian Sastrowardoyo ketika menyarungkan kebaya klasik dan busana Jawa. Sangat anggun!
Kredit Foto: IG Dian Sastrowardoyo
Kagum Tengok Jualan Mee Kari Elyana Licin, Artis Popular Langsung Tak Segan Berniaga Di Gerai
10 tahun bertarung dengan kanser limfoma, berita Elyana yang disahkan sembuh sepenuhnya disambut dengan penuh kesyukuran. Kini selain masih terlibat secara aktif dalam dunia seni dan lakonan, wanita berusia 35 tahun ini tetap rajin menambah pendapatan dengan berniaga. Salah satunya bisnes makanan ‘Sembang Kari’ yang diusahakan secara sambilan.
Meskipun popular dan menjadi perhatian ramai, Elyana tanpa segan silu turun padang membuka gerai yang dinamakan ‘Sembang Kari’ di Lotus Setia Alam.
“Jom datang ke booth ‘Sembang Kari’ untuk merasai sendiri mee kari sedap hasil air tangan saya. Lokasinya di perkarangan Lotus Setia Alam bermula 29 September hingga 2 Oktober.” Elyana
Nah, tengoklah sendiri sambutan peminat Elyana ni, memang ramai puas hati makan mee kari artis kesayangan mereka…
Dalam perkongsian beliau, kelihatan ramai peminat berpusu-pusu membanjiri gerai tersebut demi merasai sendiri mee kari yang dijual. Rata-ratanya memuji rasa mee yang sedap dengan kuahnya yang pekat. Paling tak sangka, mee kari Elyana habis licin dalam tempoh yang singkat.
“Jangan lambat-lambat, dah 2 hari ramai yang frust tak sempat beli.” Elyana
Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, merupakan ibu kepada dua cahaya mata iaitu Cinta Sumayyah, 10 tahun dan Cahaya Ramadhani, 2 tahun.
Tengoklah video ni, nampak macam tak menang tangan Elyana dan team layan pembeli. Semoga usaha Elyana menambah pendapatan keluarganya dibalas dengan rezeki berlipat ganda…
SOKONGAN KANSER
Terdahulu, pada Disember 2021, pelakon Dunia Baru itu mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya bebas kanser limfoma yang dideritai sejak 10 tahun lalu.
Kekuatan diri Elyana untuk sembuh berakar dari semangat mahu bangkit demi insan tersayang. Mengimbau temu bual lalu, Elyana sudi bercerita kepada Majalah Nona pengalaman sebagai pejuang kanser selama 11 tahun.
“Saya selalu percaya apa yang kita fikir atau doa, kemungkinan akan terjadi.
Disebabkan itu, saya memasang impian nak hidup lama untuk menemani anak-anak sehingga besar, sampailah ada yang mampu menjaganya seperti saya menjaga mereka sejak kecil. Itulah antara doa saya dan Allah SWT makbulkan.
Selain itu, memberi inspirasi kepada semua individu yang sedang bertarung nyawa juga antara hal yang ingin saya realisasikan. Saya nak mereka jadi kuat melawan kesakitan.” Elyana
Penyanyi yang popular menerusi lagu Diriku Tapak Sulaiman juga terasa terasa seperti dalam mimpi sejak doktor memaklumkan dirinya sudah bebas daripada kanser yang dihidapi sejak 10 tahun lalu.
“Sampai sekarang rasa seperti mimpi, apa yang saya doakan sudah berlaku akhirnya.
Kini, barulah saya dapat rasa dan percaya frasa bahawa bersabarlah, setiap ujian pasti akan ada pelangi di hadapan.” Elyana
“Bertambah Meriah Raya Kali Ini”- DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Timang Cucu Ke -12
Kedatangan Ramadan tahun ini sememangnya memberi kenangan manis buat keluarga Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mana tidaknya, mereka baharu sahaja dikurniakan seorang cucu perempuan semalam. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut kelahiran cucu ke 12 hasil perkongsian hidup anak mereka, Nurul Ilham Anwar dan pasangannya, Luqman Watanabe.
Nurul Ilham Anwar selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 4 April lalu di salah sebuah hospital diibukota.
Khabar gembira itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook.
“Alhamdulillah!.
“Hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda (Nurul) Ilham dan Luqman Watanabe. Cucunda saya dan (isteri Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) yang ke-12. Bertambah meriah raya kali ini,” katanya.
Nurul Ilham merupakan anak keempat daripada enam adik beradik berkahwin dengan Mitsuru Luqman Watanabe pada Disember 2018.
Baru-baru ini, secara eksklusif, NONA berpeluang mendekati dan menyelami isi hati wanita berusia 35 tahun ini. Sewaktu sesi fotografi tersebut diadakan, Nurul Ilham sedang sarat hamil 8 bulan dan bakal menimang cahaya mata ke-4.
Nurul Ilham Anwar dilahirkan di Kuala Lumpur pernah bergelar guru Matematik di salah sebuah pusat pendidikan swasta. Kini, Nurul Ilham bertugas di tempat yang sama namun beralih ke bidang perniagaan pula.
Graduan Sarjana dalam Pendidikan Matematik dari King’s College London ini mengamalkan gaya hidup low profile dan bersederhana ini amat bertuah kerana mempunyai rakan-rakan sekerja yang sangat menghormati privasinya sebagai anak pemimpin nombor satu negara.
Menurut Ilham lagi, proses kelahiran berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah saya bersalin secara normal. Cuma terpaksa bermalam beberapa hari di hospital kerana demam dan doktor membuat pemantauan untuk ibu dan anak kerana bimbang jika terkena jangkitan bakteria. Baby juga dijangkiti jaundis. Jadi terpaksa di tahan di wad,” ujar Nurul Ilham ketika dihubungi NONA.
Perdana Menteri Malaysia ke 10 ini mempunyai enam orang cahayamata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Mohd Ihsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
Juliana Farhana Lebih Cakna Tenang ‘Aurat’ Wanita Sejak Berhijab, Akui Masih Banyak Perlu Belajar!
Umum sedia maklulum bahawa pelakon jelita, anak kelahhiran negeri di bawaha bayu Julia Farhana Marin telah emngambil keputusan untuk menutup aurat dan berhijab sepenuhnya sejak tahun lalu.
Malah, lebih mengejutkan apabila Julia mendedahkan dia sebenarnya sudah empat tahun memakai tudung. Namun terpaksa melakukannya secara ‘on and off’ kerana terikat dengan tuntutan kerja.
Mula Berjinak Memakai Tudung Sejak Empat Tahun Lalu!
“Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai tudung sejak empat tahun lalu secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan sepenuhnya pada ketika itu.
“Disebabkan masih belum bersedia untuk menukar imej, saya sering buka tudung apabila masuk set penggambaran dan pakai semula selepas bekerja.
“Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah,” katanya kepada NONA.
Berkongsi lanjut perjalanan penghijrahannya itu, Julia berkata dia masih lagi belajar dan terbuka dengan segala teguran yang diberikan terhadap dirinya.
Masih Banyak Perlu Dipelajari, Terbuka Terima Segala Kritikan
“Meskipun sudah bertudung, banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.
“Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.
“Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat.. jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna,” katanya lagi.
Untuk info, Julia yang berdarah kacukan Melayu-Itali ini berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom pada 14 Disember 2022.
Sekadar info, artikel ini merupakan arikel olahan semula Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Instagram Julia Farhana Marin