“Cantiknya Dua-Dua Macam Anak Dara!” Foto Mesra Puteri Sarah & Bella Astillah Tarik Perhatian

Alahai cantiknya Puteri Sarah dan Bella Astillah ni. Berseri-seri macam anak dara! Terlupa sekejap yang kedua-duanya mak anak dua.

Apatah lagi Puteri Sarah, sejak dah jadi ‘single’ ni semakin hari semakin cantik. Itu tandanya hati sedang bahagia, kan?

Apa pun, pandai betul Puteri Sarah dan Bella jaga badan walaupun kedua-duanya dah berstatus ibu. Pinggang ramping, perut kempis, kulit pun flawless je. Jealous betul!

Ramai yang terpegun dan memuji kecantikan kedua-dua selebriti ini apabila Puteri Sarah memuat naik foto berdua mereka di Instagramnya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Telenovela 9.

“My Jakarta travel partner,” tulis Puteri Sarah di ruangan kapsyen.

Ia kemudiannya dibalas oleh Bella Astillah dengan pesanan ringkas.

“Lebiuuu! Dah pindah Jakarta nanti bagitahu k.”

Dari solekan sampailah ke pakaian segalanya terlihat sempurna. Puteri Sarah kelihatan anggun mengenakan dress rona silver rekaan fashion designer terkenal Raffiey Nasir.

BEST FRIEND FOREVER
Seperti diketahui, hubungan Puteri Sarah dan Bella Astillah sangat rapat. Walaupun Bella Astillah lebih muda daripada Puteri Sarah tetapi mereka nampak sebaya. Patutlah ramai puji nampak macam anak dara.

Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang dilahirkan di kota London kini berusia 39 tahun.

Puteri Sarah dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Syaikhul Islam (5) dan Sumayyah (3) hasil perkahwinan terdahulu dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Manakala Bella Astillah berasal dari Sandakan, Sabah yang kini berusia 29 tahun.

Pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah yang juga isteri kepada penyanyi kacak Aliff Aziz ini turut dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Selain terpegun, rata-rata para pengikut dan peminat gembira melihat perubahan Puteri Sarah sekarang ini. Mereka turut menitipkan doa buat artis kesayangan mereka itu.

Semoga persahabatan Puteri Sarah dan Bella Astillah berkekalan selamanya serta bahagia dengan kehidupan masing-masing.

 

Share
Published by
Amy Mohd