Cantiknya Ibu Raja Azura, Umur 74 Tahun Tapi Nampak Awet Muda. Sporting Pula Tu!

Sempena meraikan Hari Ibu baru-baru ini, penyampai radio yang juga selebriti serba boleh Raja Azura telah memuat naik satu video ringkas bersama ibunya yang tersayang.

Dalam video tersebut, gelagat Raja Azura dan ibunya yang sedang berjalan santai di tepi sebuah jalan mencuri perhatian ramai. Nampak ‘sporting’ betul ibu Kak Engku ya.

Di ruangan kapsyen, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau mesra disapa sebagai Kak Engku ini menitipkan kata-kata ringkas buat ibunya: –

“Ini la ratu hatikuu… Terima kasih permaisuriku mendidik dan menjaga anakanda sehingga hari ini…kasih sayang yang tidak berbelah bagi..”

Raja Azura turut meluahkan, biar apa pun dugaan yang melanda dia bersyukur kerana ibunya sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak.

“Biarpun fitnah datang bertubi tubi kepada anakanda bonda permaisuri tetap mendoakan terbaik untuk perisai anak-anak tercinta..

“Terima kasih bondaku… Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu satu duniaaa.. Kerana aku juga adalah seorang ibu…”

Rata-rata para pengikut dan peminat Raja Azura memuji kecantikan ibunya. Seperti tidak makan dek usia kerana tidak seperti seorang yang berumur 74 tahun.

Antara komen-komen yang diberikan: –

“Lah ingat akak die..”

“Cantiknya mak..”

“Kenapa mak muda..”

Sejak bercerai pada 2010, Raja Azura sangat tenang dan ceria sepanjang mengharungi kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal.

Tiga anak-anak Raja ialah Megat Muhammad Raziq (21), Megat Luqman Haqim (20) dan Puteri Mia Maizura (18).

Pemilik nama sebenar, Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini masih ligat dalam industri seni sebagai penyampai radio, pengacara, pelakon serta penyanyi.

Raja Azura juga merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.

Kredit: Instagram Raja Azura

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

 

Share
Published by
Amy Mohd