Cantiknya MARISSA DANIA, Sampai Kena Serbu Bergambar Masa Balik Raya!

Sejuk mata memandang anak dara Norman Hakim dan Abby Abadi ni. Dengan penampilan sopan dan rupa paras yang cantik, tak hairanlah Marissa Dania selalu menjadi perhatian terutamanya di kalangan netizen. Ingat lagi waktu mula-mula Norman dan Abby kongsi gambar anak perempuan mereka ni di Instagram, terus jadi viral sampaikan ada yang meluahkan hasrat mahu melamar Marissa. Aishh, masih bersekolah lagi tu dan baru berusia 13 tahun!

Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim (15 tahun) dan Maria Danisha (10 tahun).

Perkahwinan kedua Norman dan Memey Suhaiza pula, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Darwisz Hakim dan Muhammad Dikhriz Hakim. Lebih istimewa, mereka sekeluarga bakal menerima kehadiran orang baru memandangkan Memey kini sarat hamil anak ketiga.

Berbeza daripada Aidilfitri tahun lalu, Marissa dan Maria terpaksa menyambut lebaran kali ini tanpa abang sulung mereka yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang hafazan di Turki. Dan meskipun Norman dan Abby bukan lagi suami isteri namun mereka tetap berhubungan baik dan bergilir membawa anak mereka beraya bersama. Itu memang patut dicontohi!

Hari Raya pertama, Marissa dan Maria meraikan Syawal di samping bapa sebelum pulang ke kampung halaman bersama ibu mereka di Kelantan.

Disebabkan kisahnya pernah menjadi viral dan ramai yang mengagumi kecantikan yang dimiliki anak gadis Norman dan Abby ini, Marissa turut ditahan peminat yang ingin bergambar bersamanya ketika beraya di sana. Situasi itu dikongsikan sendiri Abby di laman Instagram.

“Marissa Dania macam artis dah.. ramai datang nak ambil gambar. Semoga dikenali kerana perkara yang baik-baik ye anak. Aminnn.”

Amboi, kecil-kecil lagi dah kena tempias dunia glamor.

Sememangnya kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.

Kini, Marissa merupakan penuntut sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan. Moga terus istiqamah menjalani hidup dan menjadi anak yang solehah kepada kedua-dua ibu bapa!

Sumber: Instagram Abby Abadi & Norman Hakim

Share
Published by
Suzi