Beauty with brain! Seorang arkitek wanita bernama Shrinkhala Khatiwada telah dinobatkan sebagai Miss Nepal 2018 sekaligus merangkul gelaran Miss Best Hair. Shrinkhala yang berasal dari Hetauda seorang graduan Akademi Hetauda dan berpindah ke Kathmandu untuk melanjutkan pelajaran.
Wanita berusia 22 ini juga merupakan penduduk asli Hetauda, Khatiwada. Shrinkhala menewaskan 24 peserta lain untuk memenangi gelaran Miss Nepal 2018 pada edisi ke 23 Treasure Hidden Miss Nepal 2018.
Dari kecil lagi, Shrinkhala amat berminat dalam mereka bentuk dan merupakan seorang yang sangat kreatif. Beliau menyertai IOE, kolej kejuruteraan Pulchowk untuk Kejuruteraan Senibina.
Selain hobi rekabentuk dan menulis, beliau sangat bersemangat untuk menjadi salah seorang peserta Miss Universe 2018
. Kini beliau mewakili Hetauda, Nepal dan bertanding dalam pertandingan ratu cantik yang sedang berlangsung di China.This website uses cookies.