Takhta Ratu Dunia seringkali menjadi milik wanita India yang terkenal dengan kecantikan eksotiknya. Bermata besar, berhidung mancung, berkulit ‘tanned’ dan berambut hitam lebat mengurai. Umpamanya Miss World India 2022, Sini Shetty yang cukup mempesona dari Negara Gajah Putih itu.
Dilahirkan di Mumbai, gadis berusia 22 tahun ini berasal dari Karnataka. Beliau merupakan seorang gadis yang meminati tarian dan mula berlatih seni tari pada usia empat tahun, sebelum menamatkan Arangetramnya dalam tarian Bharatnatyam ketika berusia 14 tahun.
Dalam acara final yang berlangsung Julai lalu, Sini Shetty berjaya menewaskan 30 peserta lain. Rubal Shekhawat dari Rajasthan telah dinobatkan sebagai naib juara. Manakala Shinata Chauhan dari Uttar Pradesh dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Bersempena perayaan Deepavali hujung minggu ini, Nona membariskan beberapa petua ringkas untuk mewujudkan kecantikan alami bak wanita India. Selamat mencuba!
(1) Gunakan Air Sejuk
Bagaimana mahu memastikan mekap tahan lama? Petuanya mudah saja. Selepas anda mengoles bedak asas cecair (liquid foundation) ke seluruh wajah, semburkan sedikit air sejuk hingga ke bahagian leher agar mekap tidak luntur. Selepas kering, barulah diikuti dengan langkah mekap seterusnya.
Tapi paling penting, penghidratan kulit selepas regim mencuci wajah harus menjadi fokus utama. Kulit sihat adalah asas kecantikan yang sebenar.
(2) Koko sebagai krim malam
Koko mengandungi kafein yang berfungsi untuk merangsang kulit agar lebih produktif dan awet muda. Anda boleh menyapu krim malam yang terbuat dari koko seperti ini dengan mudah.
Resipi Krim Malam Koko
Di atas api yang perlahan, campurkan minyak badam, lanolin dan serbuk koko hingga sebati. Pastikan anda mengacau dengan senduk kayu kerana senduk besi akan mengubah komposisi bahan tadi. Selepas sebati, tuangkan air mawar dan sejukkan di dalam bekas. Gunakan krim ini setiap malam untuk kulit yang sihat.
(3) Hilangkan kantung mata
Bawah mata anda gelap dan sembap kerana kurang tidur? Atasi dengan daun pudina. Tumbuk lima helai daun pudina dengan sedikit air, campur sedikit minyak badam dan setengah sudu teh madu. Kacau dan pupurkan ke bawah mata sebelum tidur.
Nak mudah lagi, samarkan eye bag atau under eye dark circles tu dengan krim bawah mata ni. Cari yang ringan dan melembap supaya bedak tak nampak bercapuk.
(4) Rambut bebas kelemumur
Jika rambut berkelemumur, amalkan petua wanita India dengan kuning telur ini. Campur 4 sudu besar minyak rosemary dengan sebiji kuning telur. Ratakan ke seluruh rambut dan picit dengan perlahan. Ramas rambut dan gunakan minyak zaitun hangat untuk hasil lebih sempurna.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
This website uses cookies.