Nama Sharifah Rose kini semakin menjadi sebutan ramai.
Gadis cantik berusia 24 tahun berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar tahun 2016.
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose muncul dalam muzik video pertamanya berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira kini terus mengorak jejaknya dalam dunia lakonan.
Antara drama yang telah menaikkan namanya sebagai pelakon muda berbakat ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Ternyata usahanya selama ini membuahkan hasil.
Memetik kenyataan Sharifah Rose di akaun Instagramnya ketika memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela baru-baru ini: –
“Setiap orang ada titik permulaanya di mana sokongan peminat mampu memberi semangat untuk berusaha melakukan yang sebaik mungkin.
“Rose berharap agar bakat-bakat baru dalam industri ini diterima baik dan diberi peluang untuk berjaya bersama bintang-bintang handalan.
“Kejayaaan ini adalah kejayaan kita bersama dan Rose pasti dengan kemenangan ini kita dapat memberikan inspirasi kepada satu sama lain.”
‘NATURAL BEAUTY’
Baru-baru ini juga, Sharifah Rose ada berkongsi satu video tutorial makeup di Instagram. Video tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka.
Sambil tersemyum manis, Sharifah Rose memulakan tutorial dengan wajah yang polos. Memang natural beauty!
Ramai yang terpegun dengan kecantikan asli Sharifah Rose. Bertuahnya Sharifah Rose memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah kulit.
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Tak ketinggalan, rakan-rakan artis turut meninggalkan komen-komen pujian buat Sharifah Rose antaranya Mawar Rashid dan Nabila Razali.
USAHAWAN TUDUNG
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf
. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.
Kredit Foto: Instagram Sharifaah Rose
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.