Memahami situasi semasa yang masih tidak mengizinkan acara perjumpaan besar-besaran, inisiatif yang diambil oleh Kotex sempena Hari Wanita Antarabangsa ini wajar diberi pujian.
Buat julung kalinya, Nona turut serta menyertai acara dalam talian yang digelar Malaysia’s Largest Online Slumber Party sebagai memberi sokongan kepada kemajuan wanita pada 10 Mac.
Acara selama sejam yang dipancarkan melalui Instagram LIVE tersebut diisi dengan beberapa aktiviti seperti tutorial tarian TikTok bagi mengurangkan kekejangan semasa haid serta sesi perbincangan mengenai posisi tidur bagi mengelakkan kebocoran.
Menariknya kira-kira 1,000 peserta terdiri wanita dan gadis muda menyertai acara tersebut.
PENYERI
Kotex turut bergandingan dengan influencer media sosial terkenal iaitu Athalia Buswani dan Erissa Puteri bagi mengacarakan aktiviti yang menyeronokkan.
Kemunculan mereka membuktikan bahawa wanita juga dapat memiliki hari yang hebat meskipun ketika didatangi haid termasuk mendapatkan tidur malam yang bebas kebocoran.
“Online Slumber Party yang pertama dan terbesar di Malaysia ini merupakan sebuah acara yang menyeronokkan untuk memberitahu setiap wanita di Malaysia bahawa haid atau tidak, mereka tetap boleh tampil hebat.
Kami faham bahawa ramai wanita kerap resah untuk tidur malam ketika didatangi haid. Majoritinya bimbang tentang kebocoran dan kesan kotor pada pakaian atau cadar katil. Jadi sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, kami ingin memutuskan kerisauan tersebut menerusi rangkaian inovatif Overnight
terbaharu,” ujar Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Radhika Agarwal.Mesej yang disampaikan jelas untuk memastikan setiap wanita berasa selesa dengan diri sendiri termasuk pada waktu malam. Keselesaan ini merupakan rahsia keyakinan, sekaligus membuat wanita lebih cemerlang dalam kehidupan.
This website uses cookies.