Dekorasi dapur yang memaparkan beberapa cara efektif mampu menjadikan dapur lama anda kelihatan kembali baharu. Tip dekorasi dapur yang boleh anda aplikasikan untuk pelbagai rekaan ruang dapur seperti dekorasi dapur minimalis, moden, sederhana dan cantik.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

Ads

Ataupun, untuk interior dapur dengan ukuran khusus seperti dapur kecil, mini mahupun dapur yang sempit. Tip dapur kali ini lebih menekankan kepada aspek visual. Berikut adalah tipnya.

SET DAPUR
Kini terdapat pelbagai set dapur dalam pasaran di mana rekaan serta bahannya lebih inovatif sekaligus tiada alasan untuk tidak mencubanya bagi dekorasi ruang dapur anda. Mungkin anda boleh melakukannya sedikit demi sedikit agar sentuhan dekorasi ruang dapur anda seiring dengan perubahan semasa.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!LANTAI

Lantai merupakan salah satu elemen yang memenuhi seluruh ruangan namun ia sering dilupakan. Untuk mendapatkan suasana baharu anda bolehlah beralih pula ke bahan lentur seperti kayu atau batu alam. Bahan-bahan ini akan bertahan lebih lama serta meningkatkan nilai kediaman anda. Atau, anda boleh juga mencuba jubin seramik yang kelihatan seperti kayu yang semakin menjadi pilihan masakini.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

ALMARI
Mungkin interior dalaman bagi dapur lama anda masih menggunakan almari jenis rak. Jika anda ingin meningkatkan ruang visual dapur, pertimbangkan untuk menyisihkan rak bahagian atasnya dan tinggalkan hanya rak bahagian bawah sahaja. Ia akan lebih menambahkan warna dinding sekaligus akan memberi nafas segar bagi ruang dapur anda. Ia akan kelihatan lebih segar dan moden.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

KERUSI
Dapur merupakan ruang paling sibuk dalam sesebuah kediaman. Ia umpama jantung bagi sebuah kediaman kerana ia menyatukan seluruh ahli keluarga antaranya ketika waktu makan bersama. Justeru, diperlukan perubahan untuk ruang dapur lama anda agar ia lebih fleksibel dengan keadaan semasa. Apatah lagi, jika bertambahnya ahli keluarga maka ruang yang lebih luas diperlukan untuk memberikan keselesaan buat para penghuninya. Gantikan kerusi pada ruang makan bagi mencetuskan daya tarikan baharu.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

Ads

CAT
Warnai ruang dapur anda dengan nuansa yang lebih moden. Anda mungkin sudah merasakan bagaimana pengaruh perubahan warna dinding ruangan dalam sesebuah kediaman. Ianya turut berlaku pada ruang dapur maka cuba anda lakukan pengulangan warna sewakti melakukan dekorasi. Gunakan warna-warna cerah yang mencetuskan aura moden. Ataupun, anda juga boleh menggunakan perpaduan warna yang lebih kontra serta berani.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

PENCAHAYAAN
Setelah anda melakukan modernisasi komponen utama bagi ruang dapur, jangan lupa untuk melihat kepada elemen pencayahaan ketika melakukan dekorasi. Pencahayaan dapur sangat penting demi keselamatan, suasana serta fleksibeliti. Rencanakan dengan baik dan pilihlah model pencahayaan yang tepat.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

Ads

PERLUASKAN DAPUR
Sekiranya anda ingin melebarkan atau meluaskan lagi ruang dapur serta berbahagi pandangan dengan ruang makan yang berhampiran mahupun ruang makan, anda mungkin boleh mempertimbangkan beberapa perkara. Antaranya ialah merobohkan beberapa elemen dinding tersebut. Dapur anda akan terasa lebih lebar seterusnya kelihatan luar biasa.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

TIP DAPUR BERSIH & KEMAS
Menjaga ruang dapur agar tetap kelihatan bersih dan cantik bukan sesuatu yang mudah. Ini adalah kerana ruang ini menjadi lokasi utama bagi aktiviti memasak. Dapur akan menjadi berselerak dan sampah juga akan terhasil. Semakin banyak aktiviti yang dilakukan di dapur maka semakin bertambahlah sampah. Oleh itu, bagaimana caranya untuk memastikan ruang dapur anda sentiasa bersih dan kemas? Nona kongsikan beberapa tip yang boleh anda manfaatkan untuk ruang dapur.

  • Sesuaikan konsep dapur dengan konsep utama interior kediaman anda. Rencanakan perkara ini sejak awal dan ianya sesuai dengan keperibadian anda sekeluarga.
  • Sesuaikan ketinggian meja serta kabinet agar mudah dijangkau.
  • Sebaiknya, pilih lokasi ruang dapur yang mendapat pencahayaan sinar matahari dan pengudaraan yang baik. Ini adalah kerana cahaya matahari dan pengudaraan secara langsung atau semula jadi dapat membunuh bakteria seterusnya mengelakkan kewujudan tikus mahupun lipas di sudut-sudut dapur yang tersembunyi.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

  • Sekiranya bahagian dapur terletak di ruang tengah kediaman, pastikan anda menggunakan cooker hood untuk memudahkan aliran udara.
  • Pilihlah material yang bersifat tahan api dan kepanasan untuk peralatan di sekitar dapur memasak contohnya ialah marmar, granit, seramik ataupun stainless steel.
  • Hindarkan penggunaan asbestos untuk bumbung plafon (langit-langit). Sebaliknya anda boleh memilih material lain antaranya ialah kayu.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

  • Dinding serta langit-langit (plafon) dapur sebaiknya diwarnai dengan cat dari bahan dasarnya air dan bukan minyak.
  • Sekiranya finishing dapur menggunakan varnish, angin-anginkan selama beberapa hari sebelum ruang dapur digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan bau yang terhasil.
  • Jangan meletakkan barang-barang yang mudah terbakar seperti kain lap, kertas pembungkus dan sebagainya berhampiran dengan dapur memasak. Sebaiknya, simpanlah barangan tersebut di tempat yang agak jauh sedikit. Ataupun, anda boleh juga memasukkannya ke dalam almari simpanan atau kabinet.

Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI