Masalah gemuk air, atau digelar edema dalam terma perubatan merujuk kepada situasi kebocoron air dari salur darah ke dalam sel tubuh dan tisu-tisu. Gejala gemuk air sering berlaku pada wanita yang mengalami sindrom pra haid, pengambilan garam berlebihan, kekurangan vitamin dan mineral penting semasa berdiet serta baby blues di kalangan ibu-ibu selepas bersalin.
Ketahui 7 tip berkesan untuk mengatasi masalah ini:
Minum 8-10 gelas air. Terlalu banyak air akan melarutkan elektrolit ke dalam sel darah manakala kuantiti yang terlalu sedikit pula menyebabkan dehidrasi. Sebaik-baiknya minum kuantiti yang secukupnya.
Termasuk menjauhi makanan ringan! Sayangilah buah pinggang anda dan hadkan pengambilan garam dalam makanan.
Percaya atau tidak, kafein dalam jumlah tertentu sebenarnya bagus untuk anda. Seperti teh herba, ia membekalkan antioksidan yang penting untuk mengekalkan cecair dalam badan.
Inilah masanya untuk menikmati salad dalam menu harian anda. Sayuran berdaun hijau membekalkan segala keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.
Sekiranya berdepan masalah berat air ketika pra haid, anda boleh mengambil suplemen kalsium dan zat besi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang dos yang sesuai.
Makanan yang diperkaya protein seperti ayam, ikan dan brokoli juga membantu untuk menentang masalah gemuk air.
Berbincang dengan pakar ginekologi anda tentang senaman yang sesuai kerana ia meningkatkan perjalanan cecair dalam badan, sekaligus mengurangkan masalah kembung. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
This website uses cookies.