Tahukah anda, kira-kira 80% wanita tidak memakai pakaian dalam atau bra yang sesuai dengan saiz payudara mereka? Malah majoriti beranggapan saiz bra akan kekal meskipun selepas melalui pelbagai fasa hidup seperti mengandung, menyusukan anak dan meningkat usia.
Sebenarnya mengukur saiz bra yang betul penting untuk keselesaan dan membuat diri kita yakin sepanjang hari.
Melalui maklumat sempena pelancaran UNIQLO Wireless Bra Shape Lift, wanita diajar cara-cara mengukur saiz bra yang betul di rumah, sekaligus memudahkan kaum Hawa membuat pesanan pakaian dalam secara online di rumah.
Klik video di bawah untuk cara-cara mudah…
Faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukur lilit tulang rusuk dan saiz payudara itu sendiri.
Tiga barang yang diperlukan hanyalah pita pengukur, kertas dan pensel.
CARA-CARA
- Ambil ukuran ukur lilit top bust dan under bust dalam cm.
- Semak ukuran cup mengikut jadual di bawah.
Bila dah tahu ukuran yang tepat, mudahlah nak beli pakaian dalam baru secara online. Kini semuanya kan di hujung jari, yakin sikit nak pesan dari jenama kesukaan!
KERAP UKUR SAIZ YANG BETUL
Mengetahui ukuran yang betul sangat penting dalam memilih bra. Peningkatan usia, perubahan saiz badan, perubahan gaya hidup dan kehamilan menjadikan saiz dan ukuran payudara berubah-ubah.
Jadi anda tidak boleh mengikut saiz yang sama sejak mula membeli bra dahulu sehingga sekarang.
Selaras dengan peredaran masa tubuh anda juga turut berubah. Saat akil baligh, mengandung, merancang keluarga, peningkatan usia dan stres fizikal tubuh juga berubah.
Payudara anda boleh membesar dan mengecil mengikut perubahan tubuh. Oleh itu, tukar bra mengikut perubahan tubuh anda.