Pemakaian aksesori mampu menambah gaya seorang wanita agar tampil lebih menyerlah. Namun adakah anda tahu kuasa mutiara mampu memberikan kesan yang cukup memukau dalam penampilan anda? Mungkin dahuu lu kala, pemakaian aksesori mutiara didominasi oleh golongan bangsawan namun kini menjadi pilihan umum. Mutiara mampu menaikkan mood klasik dan elegan kepada si pemakai. Tidak perlu sarat dengan aksesori lain, cukup sekadar anting-anting dan rantai sudah cukup untuk look of the day kamu.

Ads

Terdapat dua jenis mutiara, iaitu mutiara air masin (salt water pearls) dan mutiara air tawar (fresh water pearls). Harga mutiara air masin lebih mahal dari air tawar kerana sukar untuk mendapatkannya berbanding mutiara air tawar. Mutiara air masin lebih berkilat berbanding air tawar. Cara paling mudah untuk mengetahui keaslian mutiara adalah dengan cara membakar mutiara itu, jika ia tidak cair bermakna mutiara itu adalah asli.

Cara menjaga aksesori mutiara:

Ads
Ads

1. Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan mahupun bahan peluntur.
2. Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindak balas kimia terhadap warnanya.
3. Bersihkan mutiara kamu setiap kali selepas memakai dengan kain lembut.
4. Simpan di tempat yang kering dan elakkan menyimpan di tempat yang suhunya cepat lembap atau dalam tempat kedap seperti plastik kerana ia boleh memudarkan warnanya.
5. Elakkan daripada memakai aksesori mutiara ketika melakukan sebarang aktiviti lasak.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI