Anak-anak banyak ragamnya. Kadang-kadang mereka nak mendengar kata, kadang-kadang kita sampai naik hantu pula bila si kecil meragam taknak ditinggalkan. Tambahan pula bila ibu teringin untuk berjemaah bersama di masjid untuk solat sunat tarawih.
Anak-anak yang dah boleh faham, boleh juga kita slow talk, tapi masalahnya untuk anak yang masih bayi. Tak boleh nak salahkan mereka sebab seharian mereka di taska atau rumah pengasuh, tentu balik ke rumah nak bermanja dengan mak pula sampai kadang-kadang solat pun hujung-hujung waktu. Yang terpaksa qada solat pun ada sebab anak taknak berenggang.
Perkongsian cara solat dengan anak kecil oleh Insyirah Soleha di laman FBnya boleh menjadi panduan untuk mak-mak yang selalu menghadapi masalah ni.
“Selalu ibu-ibu bila ada anak kecil, tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit. Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan. Jadi, suami cadangkan untuk kami berkongsi cara untuk solat dengan anak kecil.
Mungkin ada masa anak meragam tak mahu duduk, ibu pula dah makin singkat waktu untuk solat. Daripada luput waktu solat, boleh sahaja solat dengan anak kecil.”katanya.
Apa tips diberikan?
1. Ibu ayah boleh salin pampers anak sebelum solat. Kalau memang pampers anak berat dengan air kencing atau berak, basuh dahulu. Bagi anak selesa.
2. Ibu biasanya dapat agak masa untuk salin pampers anak, jadi boleh sedia untuk tukarkan pampers anak sebelum solat.
Permasalahan dukung anak pakai pampers ;
1. Berhubung dengan najis
متصل بالنجاسة
2. Menanggung najis
حامل النجاسة
Dua perkara ini berbeza :
Contoh berhubung dengan najis ialah tahi cicak pada pakaian kita semasa solat.
Contoh menanggung najis ialah kita solat atas karpet masjid, ada najis pada hujung saf.
1. Najis pada pakaian
2. Najis pada karpet.
Apa hukum kedua-dua situasi tersebut?
1. Sah kedua-dua solat?
2. Tidak sah kedua-dua solat?
3. Salah satu sah?
“Solat tidak sah sekiranya najis pada pakaian kita semasa solat, tetapi solat sah sekiranya tahi cicak hujung karpet tempat solat. Sama juga seperti dukung bayi belum bersunat dan memakai pampers, najis tidak menempel pada tubuh kita,”katanya lagi.
Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu
Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu semasa rukuk.
Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu semasa sujud.