Dalam kesibukan menguruskan kehidupan harian yang penuh dengan episod yang tiada kesudahannya, pastinya tubuh sering menjadi lesu dan tidak bermaya.. Sekali-sekala apa kata manjakan diri dengan perawatan tubuh dan badan untuk mengembalikan kesegaran tubuh secara optima.
Kehadiran spa berasaskan medik sememangnya menjadi tumpuan wanita yang mementingkan kecantikan wajah dan tubuh secara holisitik. Menyedari kepentingan penjagaan wajah dan tubuh baik untuk lelaki mahupun wanita yang mementingkan penjagaan diri, Skin Valet menjadi pilihan. Melihat kepada perbezaan rawatan yang ditawarkan di Skin Valet, tidak hairanlah mengapa ia sering menjadi sebutan di kalangan pelanggan yang pernah berkunjung dan mendapatkan rawatan di medispa.
Skin Valet ini bukan sahaja menyediakan terapi kecantikan untuk kulit muka bagi mengatasi masalah seperti jerawat, pigmentasi, jeragat, parut, kulit kering dan untuk mencerahkan kulit, malah ia turut menawarkan rawatan tubuh secara menyeluruh khusus untuk wanita masa kini yang ingin tampil menarik dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Lebih istimewa, ia menampilkan perkhidmatan rawatan yang mengikut kesesuaian dan masalah yang dihadapi oleh pelanggan berbanding menyediakan pakej-pakej tertentu untuk dicuba oleh pelanggan.
Skin Valet yang terletak di cawangan Ampang ini merupakan cawangan yang strategik kerana ianya terletak di lokasi yang mudah untuk dikunjungi dan menggunakan sebuah banglo mewah dengan kemudahan tempat letak kereta yang banyak untuk memudahkan pelanggan mendapatkan rawatan. Kemudahan lokasi mudah dikunjungi menjadikan spa ini pilihan kebanyakan berkerjaya yang menjadikan waktu rehat di tengah hari sebagai spa time
untuk mendapatkan rawatan wajah.Menurut pemilik Skin Valet Ampang, Narqes Raimi, sebelum pelanggan menjalani rawatan wajah, pihaknya terlebih dahulu akan melakukan analisis kulit dengan menggunakan mesin khas bagi mengenal pasti masalah kulit yang dihadapi oleh pelanggan. Mesin analisa kulit ini mampu mengenal pasti masalah kulit yang dihadapi oleh pelanggan sebelum rawatan yang sesuai akan disyorkan. Setiap rawatan wajah akan diberikan mengikut spesifikasi kulit wajah pelanggan selepas satu sesi analisis kulit terperinci dilakukan.
Antara perbezaan ketara Skin Valet dengan pusat rawatan kecantikan yang lain terletak pada pakar kecantikannya yang berpengalaman luas di dalam industri farmaseutikal. Rawatan yang disyorkan untuk mengembalikan keanjalan wajah dan membuang bintik hitam dan bintik putih pada wajah.
Mesin yang diimport khas daripada Korea ini, berfungsi untuk menyegarkan kulit yang kusam dan kering, bersihkan kulit daripada kekotoran, mengurangkan pigmentasi atau jeragat di wajah serta mengembalikan kelembapan pada wajah. Mesin ini juga mampu menyedut bintik hitam dan putih selepas wajah distim, ia menyalurkan serum pada kulit wajah pada masa yang sama.
Bagi pelanggan yang beragama Islam, Skin Valet ini merupakan sebuah medispa patuh syariah, spa muslimah dan kesemua pakar kecantikannya beragama Islam dan wanita. Bagi memenuhi tuntutan syariah dan menjaga kepentingan aurat pelanggan, ahli terapi wanita akan mengenakan sarung tangan ketika merawat pelanggan lelaki. Anda juga tak perlu risau kerana ia turut menyediakan pakej rawatan kecantikan dengan harga yang amat berpatutan.
This website uses cookies.