Tahun lalu, anak sulung kepada penyanyi dan pelakon Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha tamat pengajian dengan cemerlang serta telah meraih Anugerah Akademik.
Baru-baru ini, anak keduanya pula Putri Aleefa Antasha berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Diploma in Creative Visual dari salah sebuah universiti swasta.
Ads
Arni memuat naik satu hantaran video pendek memaparkan detik-detik manis ketika meraikan kejayaan Putri Aleefa di hari graduasinya tempoh hari.
“Alhamdulillah & tahniah Adik Aleefa atas Konvokesyen tempohari.
“Syukur pada Yang Esa berkat usaha & ketekunan, Adik Aleefa berjaya beroleh Diploma, alhamdulillah. Good luck untuk degree yang adik jalani sekarang…
“Mummy & daddy doakan moga Adik Aleefa & semua kakak-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi…
“Mudah-mudahan Aleefa & semua kakak-adik terus cemerlang di dunia & akhirat… Insya Allah, Allah sentiasa pelihara & limpahi rahmatNYA buat Adik Aleefa & semua anak-anak mummy… Syukur Ya-Allah di atas segala kurnia.”
Menurut Arni, Putri Aleefa kini sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah pula (Degree in Creative Photography & Video).
Kongsi Arni kepada Majalah Nona: –
“Sebagai ibu saya sangat bersyukur dan gembira dengan kejayaan Aleefa. Segala usaha dan penat lelahnya sepanjang pengajian akhirnya terbalas apabila berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh diploma.
“Alhamdulillah semangat dan minat Aleefa untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya masih membara.
Ads
“Saya akan sentiasa memberi sokongan kepadanya agar dia dapat menimba ilmu ke peringkat tertinggi,” ungkap Arni penuh harapan.
Tak dilupakan, Arni turut menitipkan doa dan harapan buat anak-anaknya demi masa depan.
“Doa dan harapan saya buat anak-anak, carilah ilmu setinggi yang boleh. Jadilah insan yang berilmu demi masa depan yang lebih baik. Semoga anak-anak sentiasa terang hatinya dalam mencari ilmu.
“Tak dinafikan cabaran mencari ilmu sekarang tak sama macam dulu, dengan pengaruh media sosial lagi. Semoga mereka tabah dan sentiasa berpegang teguh kepada agama,” tutur Arni.
Semoga anak-anak Arni berjaya dalam bidang yang diminati seterusnya dapat membanggakan dan membahagiakan ibu ayah.
Untuk info, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama bersama penyanyi rock tanahair, Dato’ Awie namun mereka bercerai pada tahun 2006.
Ads
Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 13, Wan Ayesha Maserra, 11, dan Wan Muhammad Mushrief, 8.
Kredit Foto: IG Arni Nazira, Putri Aleeya, Putri Aleefa
Bertuah Angeline Tan, adik ipar sendiri ajar masakan Kelantan, eksklusif kongsi resipi keluarga Sabri Yunus, Nasi Kerabu Tumis.
Dapat mak mertua, ahli keluarga dan ipar duai yang baik pun satu rezeki. Bukan semua orang merasa dapat keluarga pasangan yang penyayang macam mualaf yang juga selebriti popular, Ardini Angeline Tan ni.
Genap enam bulan berumah tangga selepas lebih 30 tahun bersahabat, perkahwinan Angeline Tan dengan Sabri Yunus terus diperkatakan. Pada usia Angeline mencecah 57 tahun, wanita yang baru pertama kali menyambut Hari Raya sebagai saudara baru itu teruja berkongsi pengalaman.
Keluarga Sabri Yunus
Selain suami, Angeline Tan bertuah kerana ibu mertua dan adik-beradik iparnya banyak membantu sepanjang beliau mengadaptasi kehidupan baru sebagai Muslim.
Penghijrahannya ke agama Islam diterima baik. Angeline Tan juga banyak belajar memasak dan menyelami tradisi puasa dari keluarga suaminya di sebelah Kelantan.
Sebagai seorang wanita yang rajin memasak, Angeline Tan banyak dibantu oleh Kak Sabariah, adik kepada Sabri Yunus tentang ilmu kulineri Kelantan.
Bukan calang-calang orang! Nak tengok kehandalan Angeline di dapur? Jom tengok temu bual eksklusif Riuh Ramadan ni…
Antara masakan Kelantan yang baru dipelajari adalah Nasi Kerabu Tumis. Berikut resipi yang dikongsikan secara eksklusif untuk peminat Majalah Nona.
Resipi Nasi Kerabu Tumis
Kuah sambal tumis:
Cili kering – dikisar
Bawang merah – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar
Serai
Daun limau purut
Gula Melaka
Santan
Asam keping
Garam & gula secukup rasa
Air
Bahan kerabu:
Bunga kantan – dihiris
Kacang panjang – dihiris
Kacang botor – dihiris
Tauge
Kobis
Timun – dihiris
Serai
Kangkung
Isi ikan
Kerisik – digoreng
Beras – dimasak dengan bunga telang
Dimakan bersama:
Ayam/daging bakar
Solok lada
Telur masin
Sambal belacan
Cara membuat:
1. Untuk membuat kuah sambal tumis, masak semua bahan yang dikisar dan tuangkan santan. Apabila kuah mendidih, masukkan daun limau purut, asam keping dan perasa secukupnya. Tambah air mengikut kepekatan yang disukai. Ketepikan.
2. Untuk membuat nasi kerabu, gaulkan nasi bunga telang yang dimasak dengan semua bahan kerabu yang dihiris.
3. Hidangkan bersama lauk-pauk kesukaan seperti ayam bakar, daging bakar, solok lada, telur masin dan sambal belacan.
Nona tertarik berkongsi foto terkini Angeline Tan bertelekung serba putih baru-baru ini. Dalam perkongsian beliau di dalam kereta tersebut, beliau menulis…
“Pengalaman yang sangat baik dan indah. Pagi 1 Syawal ke masjid solat sunat Aidilfitri.”
Syukur alhamdulilah. Mudah-mudahan aktres jelita dan disayangi ramai ini terus konsisten menyelami agama Islam dan mencari hidayah yang diredhai-Nya. Semoga istiqamah!
Tumpang gembira tengok perniagaan muslimah isteri pelakon popular, Dato’ Aaron Aziz yang semakin maju. Apa sahaja koleksi terkini yang dikeluarkan label fesyen muslimah Diyana Halik, pasti laris di pasaran. Dalam kebanyakan perniagaan terpaksa ‘gulung tikar’ kerana terjejas akibat Covid-19 tetapi Datin Diyana Halik bijak merencana strategi untuk memastikan produk jualannya kekal relevan dan menepati kehendak pelanggan. Tahniah!
Bermula dengan hanya menjual tudung jenis selendang, square dan instant hijab, empayar Diyana Halik yang diasaskan pada tahun 2014 ini nyata memberi pulangan memberangsangkan buat isteri tercinta Dato’ Aaron. Walau sibuk menguruskan kerjaya seni suami dan tiga anaknya, ibu muda ini tetap komited mahu bergelar usahawan berjaya.
Melihat usaha gigihnya membuktikan anak kelahiran Singapura tersebut seorang wanita berjiwa besar. Biarpun kerjaya suami mampu menyara mereka sekeluarga tapi Datin Diyana selesa berdikari.
Kini setelah hampir enam tahun mengemudi perniagaan, Datin Diyana Halik mampu tersenyum puas apabila satu persatu produk jualannya mendapat sambutan hangat daripada peminat. Tidak hanya tertumpu kepada pengeluaran hijab, beliau turut mempelbagaikan jualan dengan menghasilkan seleksi tudung kanak-kanak, hijabcap dan face mask. Tidak cukup dengan itu, pada penghujung Julai lepas… satu lagi koleksi eksklusif Diyana Halik diperkenalkan iaitu Telekung Dress.
Apa yang mengagumkan adalah koleksi ini belum lagi dilancarakan secara rasmi namun kebanyakan daripadanya sudah pun sold out! Luar biasa betul penangan jenama Diyana Halik. Mesti produk yang dihasilkan berkualiti tinggi, selesa dan dijual dengan harga berpatutan sebab itu ramai yang berebut membeli.
https://www.instagram.com/p/CDVsZagjt-i/
Belum pun reda dengan ‘bahang’ Telekung Dress yang diperbuat daripada material lycra dan cotton serta pratikal digayakan dalam gaya harian mahupun untuk beribadah, Datin Diyana Halik ligat melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Singapura. Ia adalah sebagai tanda dedikasi kepada negara kelahirannya selain mengimbau kembali zaman kanak-kanak beliau di sana.
Malah, salah satu daripada koleksi hijab ini memaparkan lakaran sebuah pangsapuri apartment yang terdapat di Kota Singa tersebut.
Ujar Datin Diyana, “Aku budak flat”. Yeap I grew up in Singapore, spending my toddler and teenage years in apartment flats around Singapore. This humble home brought me a lot of fond memories living among my multicultural neighbours. I would always have ready friends outside our corridor ready to play games like catching and hide & seek when I was little. Ahh missing those moments!”
Kagum dengan semangat berniaga ibu berusia 39 tahun ini. Pada 3 Ogos lalu, Datin Diyana dan Dato’ Aaron menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila sebut saja nama pelakon terkenal Bollywood ini, sudah pasti terbayangkan lakonan mantapnya dalam filem Mann bergandingan dengan pelakon, Amir Khan. Filem ini juga terkenal apabila Manisha Koirala tampil berani berlakon dengan gaya solekan yang minimalis membawa watak Priya Verma.
Manisha Koirala mula terkenal selepas bergandingan dengan pelakon hebat Bollywood Dato’ Shah Rukh Khan dalam filem Dil Se pada tahun 1998. Seterusnya namanya meniti di bibir peminat filem Bollywood seperti Akele Hum Akele Tum.
Namun siapa sangka, sekitar tahun 2012 wanita cantik ini telah diduga apabila disahkan mengidap kanser ovari. Kisah hidup wanita yang berusia 50 tahun ini tidak terhenti begitu saja apabila terus positif menjalani rawatan kansernya.
Pelakon wanita yang berasal dari Nepal ini telah mendapatkan rawatan untuk membunuh sel kanser dalam tubuhnya di Memorial Sloan Kettering Cancer Centre di Amerika Syarikat.
Pada bulan Mei 2013, Manisha telah mengumumkan bahawa doktor telah mengesahkan dirinya bebas kanser dan bergelar cancer survivor. Manisha juga telah mencatatkan perjalanan hidupnya sepanjang mendapatkan rawatan kanser dalam sebuah buku yang bertajuk, Healed: How Cancer Gave Me A New Life.
Salah satu perkongsian Manisha dalam bukunya ini, “…the cancer had spread like a bowl of Rice Krispies all over the organs,”. Namun kini Manisha lebih positif menjalani kehidupan dengan menghindarkan diri dengan stres dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat. “Jika saya rasa terlalu penat, saya akan tidur sekejap atau ambil makanan yang sihat. Paling tidak pun saya akan memanjakan diri di spa.
Pada tahun lalu Manisha telah kembali ke dunia seni menerusi filem Sanju. Wanita cantik ini juga kelihatan sering berkongsi pengalaman hidupnya sebagai penceramah atau cancer survivor.
Baru-baru ini pelakon cantik ini telah muncul dalam filem terbitan netflix yang bertajuk Maska. Tampil dengan lakonan mantap dan tetap cantik macam dulu-dulu.
Sumber: thehindu.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...