“Carilah Ilmu Setinggi Yang Boleh” Doa & Harapan ARNI NAZIRA Buat Dua Puteri Kesayangannya

Tahun lalu, anak sulung kepada penyanyi dan pelakon Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha tamat pengajian dengan cemerlang serta telah meraih Anugerah Akademik.

Arni Nazira di hari graduasi anak sulungnya, Putri Aleeya Antasha pada tahun lalu.

Baru-baru ini, anak keduanya pula Putri Aleefa Antasha berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Diploma in Creative Visual dari salah sebuah universiti swasta.

Arni memuat naik satu hantaran video pendek memaparkan detik-detik manis ketika meraikan kejayaan Putri Aleefa di hari graduasinya tempoh hari.

Arni Nazira bersama anak keduanya, Putri Aleefa Antasha.

“Alhamdulillah & tahniah Adik Aleefa atas Konvokesyen tempohari.

 “Syukur pada Yang Esa berkat usaha & ketekunan, Adik Aleefa berjaya beroleh Diploma, alhamdulillah. Good luck untuk degree yang adik jalani sekarang…

 “Mummy & daddy doakan moga Adik Aleefa & semua kakak-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi…

 “Mudah-mudahan Aleefa & semua kakak-adik terus cemerlang di dunia & akhirat… Insya Allah, Allah sentiasa pelihara & limpahi rahmatNYA buat Adik Aleefa & semua anak-anak mummy… Syukur Ya-Allah di atas segala kurnia.”

Menurut Arni, Putri Aleefa kini sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah pula (Degree in Creative Photography & Video).

Kongsi Arni kepada Majalah Nona: –

“Sebagai ibu saya sangat bersyukur dan gembira dengan kejayaan Aleefa. Segala usaha dan penat lelahnya sepanjang pengajian akhirnya terbalas apabila berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh diploma.

 “Alhamdulillah semangat dan minat Aleefa untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya masih membara.

“Saya akan sentiasa memberi sokongan kepadanya agar dia dapat menimba ilmu ke peringkat tertinggi,” ungkap Arni penuh harapan.

 Tak dilupakan, Arni turut menitipkan doa dan harapan buat anak-anaknya demi masa depan.

 “Doa dan harapan saya buat anak-anak, carilah ilmu setinggi yang boleh. Jadilah insan yang berilmu demi masa depan yang lebih baik. Semoga anak-anak sentiasa terang hatinya dalam mencari ilmu.

 “Tak dinafikan cabaran mencari ilmu sekarang tak sama macam dulu, dengan pengaruh media sosial lagi. Semoga mereka tabah dan sentiasa berpegang teguh kepada agama,” tutur Arni.

Arni Nazira kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar.

Semoga anak-anak Arni berjaya dalam bidang yang diminati seterusnya dapat membanggakan dan membahagiakan ibu ayah.

Untuk info, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama bersama penyanyi rock tanahair, Dato’ Awie namun mereka bercerai pada tahun 2006.

Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 13, Wan Ayesha Maserra, 11, dan Wan Muhammad Mushrief, 8.

Kredit Foto: IG Arni Nazira, Putri Aleeya, Putri Aleefa

BACA JUGA: Anak Sulung ARNI NAZIRA Raih Anugerah Akademik, Wajah & Imej Bertudung Curi Tumpuan

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona

 

 

 

Share
Published by
Amy Mohd