Bukan mudah untuk memastikan akar budaya terus tersemai indah di hati dan sanubari setiap warganya. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti jemu.
Penyanyi popular, Noraniza Idris mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia yang berlangsung di Dataran Merdeka hujung minggu lalu.
Melalui hantarannya di Instagram, persembahan Noraniza yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia disertai 565 penari terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Noraniza, 54, berkata, dia lega dan usahanya itu diharapkan dapat menjadi panduan buat generasi pelapis baharu dalam tarian tradisional.
Ads
“Syukur, saya sangat teruja dan terkesima, seronok sangat. Ia tak sama kita menang anugerah, kita dapat pengiktirafan MBOR seolah-olah kita melahirkan sesuatu yang baharu buat generasi pelapis. Jadi, bila mereka hadir untuk mengikuti program ini kita berjaya dan satu kepuasan buat saya.
“Acara ini menjadi hari bersejarah juga buat saya terutama bila dapat membawakan lagu Irama Malaysia dalam sebuah persembahan tradisional asas yang terdiri daripada peserta yang ‘zero’, tak tahu apa-apa dalam seni dan budaya.
Ads
“Kita ajar dalam tempoh lapan hari. Kalau nak ikutkan, memang tak menjadi tapi saat akhir dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) dan sekolah antarabangsa memberi kerjasama tinggi untuk menjayakan program ini,” katanya.
Tambah Noraniza lagi, dia hampir putus asa apabila berdepan pelbagai cabaran menjelang hari acara diadakan.
“Memang kalau ikutkan hampir nak gugur jantung, sedih, macam-macam cabaran dan dugaan. Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran kita berjaya selesaikan pengiktirafan kali ini,” katanya.
Pada acara itu, peserta menari asas tradisional mengiringi persembahan Noraniza menerusi lagu baharunya Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua lagu lain iaitu Intan Payung dan Dikir Puteri selama tujuh minit.
Ads
Acara itu dianjurkan bersama Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) dan Persatuan Tatihseni Malaysia bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.
Semoga usaha yang berterusan oleh selebriti yang amat mengagumi budaya ini dapat diteruskan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Kredit: Hmetro.com.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Bruce Jenner sememangnya popular dalam arena sukan dan juga hiburan di Amerika Syarikat. Sebelum terlibat dalam siri ‘Keeping Up With The Kardashian’ yang melibatkan beliau, bekas isteri, dua anak kandung dan juga empat anak tirinya, Bruce merupakan seorang yang dihormati di dalam area sukan di Amerika Syarikat. Beliau yang memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik bagi acara decathlon pada tahun 1976 dianggap sebagai ‘All-American Hero’ kerana bagi memenangi pingat ini beliau perlu melalui beberapa cabaran sukan. Ekoran kemenangannya dia menjadi selebriti terkenal lantas terlibat dengan program-program televisyen yang mengangkat lagi namanya.
Bruce Ketika Muda
Pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan kesemuanya berakhir dengan penceraian. Isterinya yang terakhir adalah Kris Jenner yang merupakan ibu kepada selebriti terkenal Kim Kardashian yang juga merupakan anak tirinya. Melalui perkahwinan ini mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Kendall Jenner dan Kylie Jenner. Melalui dua perkahwinannya yang terdahulu Bruce memiliki empat lagi anak kandung iaitu Cassandra Marino, Burton Jenner, Brandon Jenner dan Brody Jenner.
Bruce Bersama Anak Lelakinya Dari Dua Perkahwinan Pertama. Dari Kiri, Burton, Bruce, Brody & BrandonBersama Isteri Dan Anak Tiri Serta Anak kandungnya
Perubahan kepada Bruce mula dilihat di dalam siri ‘Keeping Up With The Kardashian’ lagi menerusi perubahan muka dan juga pembedahan plastik yang dilakukannya. Akhirnya pada bulan April 2015, lelaki yang dilahirkan pada tahun 1949 ini mengumumkan proses penukaran jantinanya dan sekaligus menukar nama secara rasmi kepada Caitlyn Marie Jenner. Jom kita lihat gambar-gambarnya selepas menjalani transformasi dan juga pembedahan jantina.
Gayanya Di Pertunjukan Fesyen Victoria Secret
Perubahan yang dilakukan olehnya sangat mengejutkan dunia apatah lagi beliau sebelum ini memang terkenal dikalangan wanita ketika zaman kegemilangannya. Namun menurutnya, konflik yang berada di dalam dirinya ini telah lama di pendam dan sudah tiba masanya dia menjadi diri sendiri. Kini dia merupakan seorang aktivis transgender terkenal. Terkejut bukan? -Fiezreen Ahmad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Montigo, jenama alat minuman termoregulasi pertama di Malaysia baru-baru ini mengumumkan kerjasama yang menarik dengan jenama penjagaan mulut antarabangsa yang terkenal, Colgate. Dengan kerjasama ini, pencinta kopi bertuah boleh membawa pulang sekotak ubat gigi Optic White Colgate apabila mereka membeli mana-mana produk Montigo, khususnya Knight’s Tumbler atau Sense Sense Coffee Cup.
Jenama Montigo dicipta khas bagi menawarkan botol minuman yang dibuat menemani setiap langkah – semasa aktiviti harian anda. Berempena Hari Kopi Antarabangsa, Montigo, bersama-sama Colgate, berhasrat membantu mereka yang sering berhadapan masalah gigi bernoda dengan menawarkan ubat gigi Colgate Optic White secara percuma kepada pelanggan yang bertuah.
“Kami berhasrat menyediakan alat minuman agar anda terhidrat sepanjang hari sambil memenuhi keperluan seharian anda. Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Noda Kopi Dengan Montigo x Colgate Montigo dalam meraikan Hari Kopi Antarabangsa dengan kerjasama istimewa dengan Colgate bagi memenuhi gaya hidup anda.
Kopi adalah minuman paling popular di dunia selepas air masak, namun ramai penggemar kopi terkejut apabila menemui cawan pagi kegemaran mereka mudah mengotorkan gigi mereka. Terima kasih kepada Colgate, kini kami dapat memberikan nilai tambah kepada pelanggan kami supaya mereka tidak perlu mengelak merasai kopi kegemaran semata-mata untuk untuk melindungi gigi mereka”, jelas Marcus Lim, Pengurus Jenama Montigo.
Mulai 15 Oktober, Montigo akan menawarkan tawaran eksklusif untuk mereka koleksi kopi termasuk:
Beli mana-mana dua Sense Cup dan terima DISKAUN 15%.
Beli mana-mana dua Knight’s Tumbler dan terima DISKAUN 15%.
Beli Knight’s Tumbler dan Sense Cup bersama-sama dan terima DISKAUN 15%.
Ketahui lebih lanjut tentang kempen Bulan Kopi Montigo di shopmontigo.com atau lawati gerai pop timbul luar talian mereka di seberang pusat membeli-belah di Lembah Klang ini: Starling Mall, Paradigm Mall, KL East Mall, Central i-City.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali superstar Beyonce bukan? Selepas hampir 4 tahun tidak melangsungkan sebarang konsert mahupun persembahan, sebuah hotel mewah di Dubai yang baru dilancarkan sanggup berhabis RM111 juta untuk Beyonce ‘perform’ selama sejam!
Kredit foto: Billboard
Hotel yang diberi nama Atlantis The Royal telah menjemput bintang pop antarabangsa terkenal itu untuk membuat persembahan. Menjadi persembahan pertama selepas empat tahun ‘berehat’, bayaran untuk Beyonce menjadi perbualan hangat dan topik utama tabloid dan surat khabar.
Sewaktu konsert tersebut, Beyonce menghidangkan 19 buah lagu termasuk menjemput anaknya, Blue Ivy yang berumur 11 tahun ke atas pentas.
Beyonce didakwa menerima bayaran melebihi RM111 juta (20 juta pound) untuk tampil selama satu jam! Penampilan eksklusif isteri kepada penerbit dan penyanyi rap Jay-Z juga menjadi buah mulut apabila kelihatan sangat memukau dengan dua persalinan, gaun kuning serta merah apatah lagi persembahan penuh bertenaga dan dramatik memukan para penonton pada majlis eksklusif tersebut.
Sementara itu Dailymail turut melaporkan Beyonce bersama keluarganya menginap di salah sebuah bilik paling mahal iaitu The flagship Royal Mansion dianggarkan mencecah RM374,000 semalam.
Menurut sumber Gempak, bilik tersebut terletak di tingkat 22 memiliki empat bilik tidur, panggung wayang, kolam renang peribadi dan ‘bilik keselamatan’. Atlantis The Royal memiliki 795 bilik dengan 44 daripadanya memiliki kolam renang infiniti. Harga biasa sebuah bilik bermula dari RM4,700 satu malam.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!