Wajahnya memang unik dan cantik! Thylane Lena-Rose Loubry Blondeau ini dilahirkan pada 5 April 2001 dan kini berusia 20 tahun. Model kelahiran Perancis ini juga mula menceburi bidang peragaan ketika baru berusia empat tahun.
Thylane merupakan anak perempuan kepada pemain bola sepak Perancis iaitu Patrick Blondeau dan pereka fesyen Perancis, Veronika Loubry. Patutlah Thylane tak kekok mendalami peragaan fesyen, rupanya warisi minat ibunda tersayang.
Pada tahun 2007, jelitawan ini pernah mendapat gelaran Most Beautiful Girl in the World. Selepas bakat dan raut wajahnya menjadi perhatian ramai, Thylane seterusnya dilamar sebagai duta dan menghiasi beberapa jenama mewah antarabangsa antaranya Dolce & Gabbana, L’Oreal dan Versace.
Tidak sekadar menjadi bintang catwalk, Thylane juga berjaya mengeluarkan jenama pakaian miliknya, Heaven May pada tahun 2018. Pada tahun yang sama juga dia meraih julukan The Most Beautiful Faces of 2018 ketika Thylane berusia 17 tahun.
Raut wajah unik Thylane terumatanya di bahagian bibir menyerlahkan aura seksi wanita ini dan sudah tentu ia salah satu tarikan yang membuatkan ramai terpegun. Keputusan TC Candler yang menampilkan 100 Most Beautiful Faces of 2018 itu juga menyaksikan Thylane berada di kedudukan teratas mengalahkan 99 calon wanita cantik di seluruh dunia.
Termasuk bintang terkenal seperti Liza Soberano, Lisa, Jennie, Priyanka Chopra dan Emma Watson.
Acara yang mula diadakan sejak tahun 1990 ini turut pernah menampilkan wajah aktres, pelakon dan penyanyi terkemuka seperti Nicole Kidman, Lindsay Lohan, Keira Knightly dan Natalie Portman sebagai pemenang hasil undian pengguna Internet.
Kredit: Instagram Thylane Blondeau
This website uses cookies.