Cecah Usia 2 Bulan, MIRA FILZAH Belajar Sesuaikan Diri Jadi Ibu Akui Cepat Panik Bila Anak Nangis!

Diam tak diam dah dua bulan usia Wan Khair Amir, anak kesayangan Mira Filzah dan suami! Sejak bergelar ibu, selebriti ini gemar berkongsi perkembangan Amir dengan peminat. Pun begitu, dia dan suami masih belum bersedia berkongsi wajah anak mereka sepenuhnya kepada umum.

Di sebalik keterujaan menjadi ibu, isteri Wan Emir Astar ini mengaku agak gementar menjaga Amir. Lebih-lebih lagi bila si kecil menangis. Kongsi Mira, dia masih belajar menyesuaikan diri dengan situasi tersebut dan memahami ragam si anak.

Malah dalam posting terbaharu Mira, dia turut mendedahkan pengalaman berada berdua dengan suami untuk menjaga anak tersayang ketika Aidiladha baru-baru ini.

Credit Instagram @mfmirafilzah
Credit Instagram @mfmirafilzah
Credit Instagram @mfmirafilzah

First time bawa Amir keluar berdua sahaja dengan suami, Wan Emir Astar. So Mira duduk belakang dengan Amir. Tak tahu kenapa nervous. Nervous dia lain macam padahal bukan Amir first time duduk dalam car seat. Tapi first time berdua sahaja dengan Emir.

Mira cepat panic kalau Amir nangis. Selalu terdetik dalam hati, boleh ke handle Amir sendiri, boleh ke itu boleh ke ini. First time mom kan, banyak sangat ‘what if’ dalam kepala. But

alhamdulillah, Amir baik sangat.

Maybe he likes to be in the car. Tidur je sepanjang jalan. Atau sebab dia tidur jam 5 pagi malam semalam, so pagi tu tidur jelah dalam kereta. Time nak balik, dia berjaga tapi diam je sambil pegang tangan Mira.”

Pastinya mana-mana wanita yang pertama kali jadi ibu pun mesti alami pengalaman serupa macam Mira Filzah.

Credit Instagram @mfmirafilzah
Credit Instagram @mfmirafilzah
Credit Instagram @mfmirafilzah

“Okaylah keluar tiga jam sahaja. Lama-lama mama tak beranilah. Nak keluar berdua dengan Amir lagilah tak berani. Tunggu Amir besar sedikit okay.”

Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei 2022 dan ditahnik dan dicukur oleh Ustaz Don Daniyal.

Credit Instagram @mfmirafilzah
Credit Instagram @mfmirafilzah
Credit Instagram @mfmirafilzah

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sah menjadi isteri Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Emir merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid.

IKLAN
Share