Sebut saja nama Dian Sastro pasti peminat mengingati lakonan menarik pelakon kelahiran Indonesia ini dalam filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’. Meskipun sudah lebih dua dekad filem box office tersebut sudah berlalu namun impaknya masih dikenang peminat filem hingga kini. Pesona Dian Sastrowardoyo dan wajah cantiknya pernah menjadi kegilaan ramai jejaka di Malaysia.

IKLAN

Dian dilahirkan di Jakarta pada 16 Mac 1982 dan kini berusia 42 tahun. Walau sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, namun Dian Sastro masih bergiat aktif sebagai anak seni. Yang pasti, pemilik nama Dian Paramita Sastrowardoyo ini bukan calang-calang wanita.

Dia bukan sekadar meraih kejayaan sebagai pelakon bahkan turut cemerlang dalam bidang akademik!

Artikel https://www.nona.my/rapat-dengan-anak-tiri-ashanty-suri-hati-anang-hermansyah-berasal-dari-keluarga-kaya-tapi-humble/

11 Jun lepas, Dian dilantik sebagai Duta Festival Film Indonesia (FFI) 2024 di samping empat lagi pelakon hebat Indonesia.

Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri! Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri! Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri!

Pada tahun 2007 ketika kerjaya seni sedang berada di puncak, jelitawan ini dilaporkan berjaya menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Falsafah dari Universiti Indonesia.

Biarpun waktu itu dia sudah pun mempunyai nama besar dalam industri seni Indonesia namun Dian tetap belum puas dengan pencapaian tersebut.

IKLAN

Lantas pada tahun 2014, dia meneruskan pengajian dalam bidang ekonomi dan menggenggam Master dalam lulusan berkenaan di universiti sama.

Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri! Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri! Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri! Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri!

Isteri kepada usahawan berjaya Indonesia ini juga prihatin terhadap nasib pelajar perempuan yang ketinggalan dalam Pendidikan disebabkan kesempitan hidup.

IKLAN

Memetik laporan Antara News, Dian berkata dia terinspirasi untuk menjayakan usaha memberi pendidikan kepada pelajar perempuan daripada tokoh pejuang hak wanita Indonesia iaitu Raden Adjeng Kartini atau lebih dikenali sebagai Ibu Kartini.

“Saya percaya saat banyak perempuan menginginkan pendidikan tinggi, maka akan lahir generasi berikutnya yang jauh lebih cerdas. Kerana dengan mendidik perempuan maka sebenarnya secara tidak langsung sedang mendidik anak-anak dan cucu-cucu iaitu generasi berikutnya.”

Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri! Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri! Cecah Usia 42 Tahun, Dian Sastro Pelakon Indonesia Lulusan Ekonomi & Ada Yayasan Sendiri!

Dian mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Maulana Indraguna Sutowo pada tanggal 18 Mei 2010.

Hasil perkongsian hidup selama 14 tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Syailendra Naryama Sastraguna Sutowo berusia 13 tahun dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo, 11 tahun.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI