Suri hati YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ini sering menjadi tumpuan semenjak berita perkahwinan pasangan diraja ini. Sentiasa tampil manis dalam persalinan baju kurung dan bertambah cantik dengan lilitan selendang di atas kepala menjadi pujian setiap mata yang memandang.
Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata sebaliknya, beliau juga seorang wanita yang tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, pandai menjahit dan gemar berbasikal.
Namun, baru-baru ini Che Puan Sofie telah mengalami kecederaan akibat jatuh basikal kerana mahu membeli minuman untuk suaminya, seperti yang telah dikongsinya melalui laman media sosialnya.
“The other day while cycling to buy Starbucks for hubby and me. Unfortunately, fell of the bike. Would like to say a big thank you to the doctors, paramedic, and staff at RPZ hospital, and also the palace staff for their good care and support. Fractured my shoulder but feeling grateful to be wearing a helmet.
Alhamdulillah,” coret Che Puan Sofie yang mempunyai 106 ribu pengikut di laman Instagram. Semoga Che Puan Sofie cepat sembuh seperti sediakala.Sikap lemah lembut dan sopan-santun Che Puan Sofie juga benar-benar memikat. Malah, Che Puan Sofie bijak menyesuaikan diri dengan budaya tempatan. Dalam perkongsian Che Puan Sofie yang terdahulu, wanita kelahiran Sweeden ini telah mengambil keputusan mendalami ilmu agama dan mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Che Puan Sofie telah mengambil kursus Bahasa Melayu dan Agama Islam di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra merupakan Canselor di universiti tersebut.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden ini khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi. Cik Puan Sofie dilahirkan pada 6 Jun 1986 dan membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.
Tengku Mahkota Kelantan pula diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Petra II sebelum meneruskan pengajian di Oakham School, London di peringkat sekolah menengah.
This website uses cookies.