Bulan Oktober ini adalah bulan kesedaran kanser payudara. Kanser payudara merupakan pembunuh utama wanita di seluruh dunia. Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang kaya dengan antioksidan untuk sama-sama mencegah kanser payudara ini.

Kanser bermula apabila sel-sel sihat bermutasi akibat diracuni oleh racun yang masuk ke dalam badan kita. Kanser juga boleh berlaku akibat kegagalan manusia yang kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ads

Sayur-sayuran, lebih-lebih lagi yang berwarna hijau perlu diambil dalam setiap hidangan. Pakar nutrisi menyarankan agar kita mengambil sayur-sayuran separuh pinggan berbanding dengan suku pinggan untuk nasi dan ikan.

Sayur-sayuran mempunyai manfaat yang pelbagai demi memenuhi keperluan dan kesihatan tubuh. Vitamin A, D, E, K, C, B adalah di antara jenis vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran.

Warna yang terdapat pada sayur-sayuran juga memainkan peranan yang tersendiri. Sayur-sayuran hijau mengandungi fitokimia berupa lutein dan zeaxanthin yang berfungsi untuk menghalang pertumbuhan sel kanser. Sayur-sayuran berwarna hijau juga berfungsi untuk membantu produksi sel darah merah, menguatkan sel otak dan meningkatkan imuniti tubuh.

Kacang buncis

Cegah Kanser Tanpa Suplemen, Kaum Wanita Mesti BANYAKKAN SAYURAN Ini Dalam Diet Harian

Kacang buncis mempunyai kadar protein yang cukup tinggi. Protein yang terdapat di dalam kacang buncis lebih kurang dengan protein pada telur. Apabila kacang buncis dimasak dengan sempurna, ia dapat mengawal kadar gula di dalam darah.

Kacang botor

Cegah Kanser Tanpa Suplemen, Kaum Wanita Mesti BANYAKKAN SAYURAN Ini Dalam Diet Harian

Ads

Kacang botor mengandungi kalsium, zat besi dan vitamin A. Kandungan asid amino yang terdapat dalam kacang botor lebih kurang sama dengan kacang soya. Kacang botor boleh membantu mengubati serangan demam campak dan akarnya boleh mengubati penyakit vertigo.

Kacang panjang

Manfaat kacang panjang yang paling utama adalah sumber antioksidan. Selain itu kacang panjang mengandungi beta karotena, vitamin C dan mineral yang sangat penting untuk tubuh. Makan kacang panjang boleh membantu menghalang racun masuk ke dalam tubuh akibat pencemaran.

Ads

Kacang pis

Cegah Kanser Tanpa Suplemen, Kaum Wanita Mesti BANYAKKAN SAYURAN Ini Dalam Diet Harian

Kacang pis kaya dengan vitamin B2 (riboflavin) yang membantu proses penyerapan protein di dalam tubuh. Ia juga merupakan sumber tenaga apabila sumber vitamin B1 yang melakukan proses pertukaran karbohidrat kepada tenaga. Tanpa vitamin B1 tubuh sukar memecahkan karbohidrat di dalamnya.

Asparagus

Asparagus yang biasanya direbus kaya dengan vitamin C, vitamin E, vitamin B6, kalsium, magnesium, protein, vitamin A, vitamin K, tiamin, riboflavin, rutin, niasin, zat besi, fosfat, potasium, tembaga, mangan, dan selenium. Sumber terpenting ini dapat melancarkan sistem pencernaan. Asparagus juga memiliki kandungan kalori yang rendah, tidak mengandungi lemak atau kolesterol, dan memiliki kandungan sodium yang sedikit. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI