Gaya Hidup

Cegah Penularan Wabak COVID-19, Pastikan 6 Barang Ini Ada Di Rumah

World Health Organization (WHO) mengesahkan bahawa Virus Corona COVID-19 sebagai pandemik yang menular ke seluruh dunia.

Ekoran daripada itu maka pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung dan memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini.

Tidak keluar rumah tanpa sebarang sebab dan mengamalkan sosial distancing. Anda juga tidak digalakkan membeli secara berlebihan sehingga berlakunya panic buying ketika membeli keperluan asas contohnya di pasar raya.

Berbelanjalah mengikut keperluan dan fikirkan juga orang lain yang turut memerlukan demi kelangsungan hidup. Pastikan anda membeli keperluan yang pentimg sahaja untuk tempoh seminggu kemudian keluar semula setelah stok berkurangan.

Selama dalam tempoh PKP pastikan juga 6 barang ini ada di rumah anda iaitu:

MADU

Bersifat antioksidan yang membantu melindungi badan daripada serangan radikel bebas. Madu boleh dicampur bersama teh. Selain itu, madu juga mampu memberi ketenangan dan meningkatkan daya ketahanan badan.

MAKANAN & MINUMAN PENINGKAT DAYA TAHAN BADAN

Ambil makanan dan minuman yang tinggi kandugan vitamin C serta zat besi. Ia membantu meningkatkan sistem ketahanan badan. Ketika ini ia sangat penting bagi mencegah jangkitan. Buah-buahan juga bagus diamalkan seperti oren, lemon, betik dan strawberi. Begitu juga sayur-sayuran hijau, yogurt, kekacang sebagai sumber zat besi.

PRIBIOTIK

Bermanfaat untuk membantu melawan jangkitan dan berfungsi untuk membantu sistem ketahanan badan bagi melawan kuman. Rutin secara teratur dapat membantu sistem imun badan menjadi lebih sihat. Antara sumber pribiotik ialah yogurt, kobis dan keju.

OMEGA 3

Sumber omega 3 seperti tuna, ikan sardin dan salmon yang membantu menjaga sistem imun badan serta mengatasi jangkitan dalam badan. Seterusnya, membantu meningkatkan sel darah putih bagi membunuh bakteria.

SABUN

Sabun sememangnya salah satu keperluan utama di rumah untuk membersihkan badan daripada kekotoran, kuman serta bakteria. Selain sabun mandi, pastikan di rumah anda tersedia juga sabun mencuci tangan. Pastikan ianya mencukupi selama 14 hari.

KOPI & TEH

Kedua-duanya merupakan bahan makanan yang tidak mudah rosak atau busuk ketika disimpan dalam tempoh yang lama. Bergantung kepada selera masing-masing, nikmatilah sepanjang tempoh kuarantin ini.

Sumber: World Health Organization (WHO)

IKLAN
Share