Dulu bekas atlet boling negara kini Zandra Aziela Ibrahim Hakimi bahagia menggalas tanggungjawab isteri dan ibu. Karakter mesra dan ‘humble’ isteri kepada pemain bola sepak popular, Safiq Rahim ini membuatkan sesiapa saja rasa senang bekerjasama dengannya.
Ditemui Nona baru-baru ini, Zandra yang kini berusia 38 tahun kian matang melayari kehidupan. Apatah lagi usia perkahwinannya dengan Safiq Rahim mencecah 10 tahun.
Ditanya mengenai perkembangan terkini kongsi wanita berjiwa penyayang ini, “Kehidupan sekarang alhamdulillah semua ok, anak pun dah empat. Kita dah jadi full time mummy dah.”
Mengakui tidak terlepas tempias dunia glamor apabila bersuamikan bintang bola sepak, Zandra dalam nada rendah diri memberitahu, “Memang orang nampak semuanya ok tapi realitinya kita yang kena jaga di depan (khalayak). Maksudnya di depan suami, kita yang di belakang kena jaga segalanya.
Tapi saya ok. I’m all for it. Saya memang dah all out untuk jaga anak-anak, ada empat orang, saya ada dua orang anak istimewa.
Alhamdulillah, Allah kulli haal. Semua itu membuatkan saya jadi better mummy dan also both of us jadi better parents. Kita juga nak share dekat orang di luar sana it’s not all what you think it is, bukan semuanya indah tapi kita buat the best untuknya.”
Mengulas lanjut mengenai dua cahaya mata lelaki yang didiagnosis autism, Zandra dengan tenang berkata dia dan suami sudah mula menghantar anak mereka menjalani terapi sejak kecil.
“Anak saya dua orang, first two boys dorang ada the spectrum of autism dalam kategori dua. Both dah belajar terapi sejak mereka kecil lagi. Sejak usia 2 tahun kami dah diagnosed mereka. Mereka dah jalani terapi selama 4 -5 tahun dah dan achievement mereka alhamdulillah dah boleh bercakap, urus diri sendiri dan independent.
Sekarang ni saya nak terapkan more to islamic. Saya terapkan mereka untuk lebih hafazan, mengaji dan sebagainya. Sebab saya rasa ia adalah yang terbaik untuk perkembangan otak mereka.”
Tambahnya lagi, “Memang sangat mencabar dan tak menafikan. Allah won’t test you more than you capable of. Mungkin kita dapat lebih (rezeki), sebab tu kita dapat beri kepada anak tu. Kita dapat lebih tang rezeki, rezeki tu pergi ke anak dan saya percaya tu.
Itu membuatkan saya lebih matang menjalani hidup sebagai ibu. Saya juga harap dapat hadapi dan jaga amanah ini sebaiknya.”
Menyentuh personaliti suami di matanya, Zandra bersyukur Safiq Rahim seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
“Suami di padang sangat strict sebab dia kapten dan sebagai ketua. Tapi di rumah dia sangat sweet dan penyayang. Karakter dia yang garang tu hanya di tempat kerja je. Dia sangat generous. Alhamdulillah.
Dengan saya dia tak tegas, dia very understanding dan saya tahu limit saya di mana sebab tu juga kami ok. Sebab kita tahu masing-masing punya karakter.”
Seiring pertambahan usia, Zandra Aziela kini berubah menjadi insan lebih baik dan tampil dengan imej Muslimah sejati.
“Kita berhijrah accordingly sebab kita pun belajar. Disebabkan kita belajar, kita pun jadi a better person. Apa yang berubah ni adalah apa yang kita perlu yang memang dah disyariatkan this is not something yang nak dibanggakan, ia adalah apa yang kita sepatutnya buat. Saya cuba yang terbaik semoga Allah permudah dan istiqamah. Aamiin.”
This website uses cookies.