DATUK NORA ARIFFIN

Datuk Nora Ariffin sememangnya lambang wanita cekal. Sejak pemergian suami tercinta pada Mac 2017, beliau tabah menjalani hidup sebagai ibu tunggal dan membesarkan empat cahaya mata.

IKLAN

Baru bangkit dan mengumpul kekuatan demi anak-anak, beliau sekali lagi diuji apabila anak lelakinya iaitu Mohamad Syakir Alif Johan pergi menghadap ilahi, dua tahun selepas Datuk Nora kehilangan Allahyarham Johan Nawawi.

Mengambil kekuatan tiga lagi anaknya, figura yang pernah popular dengan lagu Hanya Satu ini tenang meniti liku hidup. Berkat kesabaran dan sumbangannya dalam industri seni tanah air selama 3 dekad, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin menerima pengurniaan pingat, darjah dan kebesaran daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lalu.

Cekal Jalani Hidup Tanpa Suami, DATUK NORA Luah Rasa Rindu Sempena Anniversary Ke-29! Cekal Jalani Hidup Tanpa Suami, DATUK NORA Luah Rasa Rindu Sempena Anniversary Ke-29!

Cekal Jalani Hidup Tanpa Suami, DATUK NORA Luah Rasa Rindu Sempena Anniversary Ke-29!

Biarpun sibuk dengan urusan perniagaan dan karier seni, Datuk Nora tetap mengingati kenangan manis di samping arwah suami yang merupakan komposer muzik terkenal. Apatah lagi tanggal 9 April lepas menyimpan 1001 kisah dan memori Datuk Nora bersama suami tercinta.

“9 April 2021. Abang… happy 29th anniversary to us. Love you, miss you. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah anak-anak baik-baik belaka. We miss you so much Pa.
Our cucu Ayden Johan dah 8 bulan. InshaAllah we meet again ye. Moga abang tenang-tenang di sana. Al-fatihah.”

Cekal Jalani Hidup Tanpa Suami, DATUK NORA Luah Rasa Rindu Sempena Anniversary Ke-29! Cekal Jalani Hidup Tanpa Suami, DATUK NORA Luah Rasa Rindu Sempena Anniversary Ke-29! Cekal Jalani Hidup Tanpa Suami, DATUK NORA Luah Rasa Rindu Sempena Anniversary Ke-29! Cekal Jalani Hidup Tanpa Suami, DATUK NORA Luah Rasa Rindu Sempena Anniversary Ke-29!

IKLAN

Hasil perkongsian hidup selama lebih 20 tahun, Datuk Nora dan Allahyarham Johan Nawawi dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Mohamad Syakir Iman Johan, Allahyarham Mohamad Syakir Alif Johan, Puteri Nur Dahlia dan Puteri Nur Fatehah.

Cekal Jalani Hidup Tanpa Suami, DATUK NORA Luah Rasa Rindu Sempena Anniversary Ke-29! Cekal Jalani Hidup Tanpa Suami, DATUK NORA Luah Rasa Rindu Sempena Anniversary Ke-29!

Reda menerima ketentuan takdir Yang Maha Esa, sempena ketibaan bulan mulia Ramadan… Datuk Nora turut menitipkan pesanan ini kepada seluruh umat Islam khususnya peminat setia.

IKLAN

“Selamat menyambut Ramadan Kareem, bulan yang penuh barakah. Bulan yang bukan sekadar menahan lapar. Malah masa untuk meningkatkan iman kita. Moga Ramadan ini lebih menjadikan kita insan yang lebih baik, lebih bersih hati, mulia akhlak dan benar-benar mendidik jiwa kita. InshaAllah.”

 

 

Kredit: Instagram Datuk Nora Ariffin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI