Ekoran peningkatan kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia yang mencecah sehingga ratusan ribu orang, beberapa ketua pegawai eksekutif (CEO) jenama fesyen mewah antarabangsa tampil menghulurkan bantuan. Bernard Arnault iaitu pengerusi yang juga CEO Louis Vuitton Moet Hennessy (LVMH), sebuah syarikat rangkaian barangan mewah di dunia ini yang berpangkalan di Perancis ini dilaporkan sudah memulakan usaha memerangi wabak Covid-19 di negara tersebut bermula semalam.
Menerusi laporan yang disiarkan The Hollywood Reporter semalam, syarikat fesyen konglomerat berkenaan yang memiliki label fesyen mewah Dior, Givenchy dan Louis Vuitton menyatakan hasrat untuk membantu pasukan perubatan di Perancis bagi membendung penularan coronavirus. Difahamkan semua fasiliti pembuatan minyak wangi dan kosmetik milik LVMH telah secara aktif mengeluarkan hand sanitizer sejak Isnin (16 Mac 2020) dan menangguhkan sementara penghasilan minyak wangi mewah keluaran mereka.
CEO LVMH, Bernard Arnault
Kesemua bekalan sanitizer ini akan diberikan kepada perbadanan kesihatan Perancis dan Assistance Publique-Hospitaux de Paris iaitu sistem hospital terbesar di Eropah secara percuma. Ia juga adalah sebagai agihan bekalan sanitizer kepada 39 buah hospital terlibat. Sehingga kini, Perancis mencatatkan lebih 5,000 kes jangkitan coronavirus berbanding kira-kira 3,500 kes di Amerika Syarikat.
Ads
Selain mahu membekalkan keperluan gel sanitizer yang semakin berkurangan di Perancis, usaha LVMH ini juga dibuat sebagai langkah untuk mengelak orang ramai khususnya pasukan perubatan daripada dijangkiti virus berbahaya berkenaan. Ahad lalu, kerajaan Perancis telah mengarahkan semua tempat awam termasuk pusat perniagaan, restoran dan pawagam ditutup. Menurut LVMH lagi, sebanyak 12 tan sanitizer akan dihasilkan menjelang minggu ini.
CEO Versace, Donatella Versace
Sementara itu di Itali yang merupakan negara kedua jangkitan Covid-19 tertinggi di dunia pula, CEO Versace iaitu Donatella Versace bersama anak perempuannya, Allegra menyumbang sebanyak USD222,000 kepada Milan’s San Raffaele Hospital untuk mengekang coronavirus.
Ads
Kongsi Donatella di Instagram, “In times like this, it is important to be united and support however we can to help all those who are in the front lines, fighting every day to save hundreds of lives.”
Patrizio Bertelli & Miuccia Prada
Ads
Usaha yang sama turut diambil CEO Prada, Patrizio Bertelli dan Miuccia Prada serta pengerusinya Carlo Mazzi yang dilaporkan telah menyumbang dua unit penjagaan rapi dan pemulihan masing-masing hospital Milan Vittore Buzzi, Sacco dan San Raffaele.
Sumber: The Hollywood Reporter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang masih belum ‘move on’ dengan persembahan Naim Daniel yang menyanyi secara terbalik ketika di Anugerah Juara Lagu 37 yang berlangsung bulan lalu. Mendendangkan karya Mainan secara tergantung nyata mengundang pelbagai reaksi.
Walaupun tidak membawa pulang sebarang anugerah, namun rezeki Naim Daniel tetap ada apabila persembahan luar kotaknya itu mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records.
Persembahan memukau itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton malah diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai artis pertama yang membuat persembahan secara terbalik.
Naim yang juga pelakon drama bersiri, Projek: High Council berkata, pengiktirafan itu merupakan satu pembukaan yang baik buat dirinya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.
“Hilang dalam kegembiraan sekarang sebenarnya. Satu pembukaan yang baik buat saya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini. Terima kasih di atas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal sehingga ke hari ini.
“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni dan ia takkan berhenti di sini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan,” katanya menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya pada Rabu.
Pada masa sama, Naim turut menyeru kepada semua anak seni untuk terus berani mencuba apa saja untuk kekal relevan dalam industri.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi kegembiraan meraikan hari lahir anak perempuannya Areesya Malaykha genap berusia 3 tahun pada 15 September lalu.
Sstiap tahun, Azrinaz dah suami, Fairos Khan Abdul Hamid akan mengadakan sambutan hari lahir untuk kedua-dua puteri kesayangan mereka bagi meraikan birthday mereka.
Malah, setiap tahun pelbagai tema sambutan hari lahir menjadi pilihan Azrinaz untuk anak-anak tersayang. Malah setiap tema yang dipilih sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak!
Tahun ini, sambutan hari lahir Areesya Malaykha mengetengahkan konsep Moana, karektor kartun Disney. Moana tampil sebagai filem Disney pertama yang mengangkat mitologi Polynesia dengan latar kawasan Samudra Pasifik.
Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid berkongsi beberapa keping gambar kemeriahan sekitar sambutan hari lahir Areesya Malaykha yang disambut pada 15 Spetember lalu di laman Instagram miliknya.
15th September. Happy Birthday Malaykha my little Moana. 3 years flies so fast and it went just like that
Love seeing you have grown to such a beautiful girl and developed a good character to your lil sister. You the of our eyes. The light of our soul.The entertainer of the house. Mommy love your dearly and endlessly.
Ramai pengikut di laman sosial Azrinaz mendoakan semoga cahaya mata kesayangan Azrinaz dan suami ini membesar dengan sempurna dan menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa buat keluarga tersayang.
Jelas tergambar kebahagiaan di wajah Azrinaz dan suami meraikan puteri kecilnya yang ternyata menggemari karektor Moana yang comel dan lincah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli melawat pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Jalan Batang Kali – Gohtong di sini, hari ini. Seri Paduka tiba di lokasi pada jam 4.30 petang, dengan diiringi anakanda Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.
Ketibaan Baginda disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani Al-Sultan Abdullah. Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Hamdan Wahid.
Baginda kemudian diberikan taklimat berkenaan operasi SAR yang berlangsung kira-kira 30 minit di khemah pusat operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi.
Sebaik selesai, Baginda bertitah kepada petugas media bahawa pasukan petugas mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang berusaha sebaiknya untuk mencari baki mangsa yang belum ditemui. “Diharap semua bersabar. Mereka sedang melakukan yang terbaik,” titahnya.
Baginda kemudian dibawa meninjau khemah pusat operasipasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya.
Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden itu dan saripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan masih hilang.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.