Bukan mudah sebenarnya mengemudi sesebuah perniagaan tanapa adanya sistem sokongan yang kuat. Datin Ayu Roslan dan Aniza Shahadan dua rakan usahawan yang telah membawa jenama Bokitta ke tahap membanggakan apabila ia mudah diterima ramai sekaligus tercetusnya fenomena ‘Bokitta lovers’ di Malaysia. Bokittalover.com dimiliki oleh syarikat A&A Empire Sdn Bhd yang dikemudi oleh dua wanita cantik ini sejak tahun 2016.
Berkat sokongan pelanggan dan team dari Lebanon mereka seterusnya berjaya membuka flagship store
pertama di Nu Sentral Shopping Centre pada March 2018. Dalam tahun yang sama mereka bekerjasama pula dengan Parkson. Tumpuan utama juga di Lembah Klang apabila butik turut dibuka di Setia City Mall, MyTown Shopping Centre dan Suria KLCC. Ini termasuk di Alamanda Shopping Centre dan AEON Mall Shah Alam. Pencapaian ini diperolehi hanya dalam tempoh kurang daripada empat tahun.“Selain menjadi rakan usahawan saya, Aniza sebenarnya adik ipar saya. Mungkin sebab itulah kami mudah serasi. Pada permulaannya kami cuba menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing memandangkan kami memiliki karakter yang berbeza. Tahun pertama, jualan kurang bagus. Namun setelah kami bertemu dan berbincang dengan pengasas Bokitta yang ‘turun’ dari Labenon, jualan kami terus meningkat setelah mengetahui hala tuju perniagaan.
CABARAN & PENERIMAAN
Antara cabarannya ialah kesan pendemik COVID-19. Syukur kami mampu bertahan hingga kini. Kami susun strategi baru yang lebih agresif untuk tahun berikutnya. More aggressive especially in online business. Andai kata PKP lagi kami sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dibuat. Kami banyak belajar daripada pengalaman lalu. Memandangkan Bokitta bukan produk lokal, ini juga salah satu cabaran kami.
Inovasi tudung Bokitta adalah yang pertama di dunia dipatenkan. Rekaan tudungnya juga berbeza daripada tudung-tudung instant yang lain. Simple cater yet elegant. Maka, apabila menjadi yang pertama dipatenkan maka tiada persaingan. Matlamat utama Bokitta untuk bersaing secara sihat bagi memeriahkan lagi perniagaan hijab di Malaysia.
“Kami bangga hari ini ramai wanita di Malaysia yang sukses malah ada yang bergelar jutawan. Selayaknya mereka menjadi inspirasi buat wanita-wanita lain termasuklah saya. Wanita adalah multitask, kita mampu lakukan apa jua perkara. Tidak kira apa jua status pun kita mampu lakukan jika ada motivasi diri untuk berjaya. Secara tidak langsung dapat membantu ekonomi keluarga serta saling membantu dan menginspirasikan sesama wanita. Semoga kita semua terus sukses dan bahagia,” akhiri mereka.
Kredit Foto: Instagram @allureayu @bokitta
This website uses cookies.