Tanggal 8 Jun 1957 merupakan ulang tahun kelahiran bintang tersohor Bollywood, Dimple Kapadia. Melewati tarikh tersebut hari ini, Dimple secara rasminya genap berusia 65 tahun. Meskipun mencecah umur 60an, kecantikan aktres filem blockbuster Bobby ini masih berbisa. Lebih-lebih lagi dagu lekuknya yang sering menjadi tarikan!
Ads
Menelusuri latar belakang Dimple, dia dilahirkan di Mumbai, India dan anak kepada keluarga berada Gujarati di sana. Dimple merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Simple Kapadia yang juga pelakon. Namun Simple meninggal dunia pada tahun 2009.
Ketika baru berusia 16 tahun, Dimple Kapadia sudah bergelar bintang Bollywood. Namanya melonjak dan terus menjadi perhatian menerusi filem Bobby bergandingan bersama pelakon handalan, Rishi Kapoor pada tahun 1973.
Sewaktu menjalani penggambaran filem Bobby, Dimple dilapor menjalin hubungan dengan teraju utama filem berkenaan dan Rishi berhasrat melamarnya. Tetapi dihalang untuk berjumpa dengan wanita cantik itu lagi oleh bapa Rishi yang juga pengarah tersohor, Raj Kapoor.
Dimple Kapadia menjadi tumpuan ramai bukan hanya kerana bakat lakonannya bahkan kerana wajah cantik aktres ini. Enam bulan sebelum filem Bobby disiarkan di layar perak, Dimple telah mengikat tali perkahwinan bersama superstar Bollywood, Rajesh Khanna yang 15 tahun lebih berusia daripadanya.
Sebaik bergelar isteri, anak kepada pasangan Betty Kapadia dan Chunnibhai Kapadia tersebut memutuskan untuk berhenti berlakon. Bagaimana pun, pasangan ini dikatakan berpisah pada tahun 1982. Hasil perkongsian hidup, Dimple dan Rajesh dikurniakan dua anak perempuan yang juga pelakon, Twinkle Khanna dan Rinke Khanna.
Pada tahun 1984 Dimple kembali mewarnai industri filem Bollywood dengan niat mahu bekerja selepas dua tahun berpisah dengan Rajesh Khanna. Berdasarkan rekod cemerlang dan reputasi baik dalam karier lakonan, Dimple berjaya meletakkan dirinya sebagai antara pelakon wanita terbaik Bollywood. Sepanjang pembabitan dalam kerjaya seni, Dimple mendapat pengiktirafan daripada National Award dan meraih lima FilmFare Award di India.
Ads
Tidak hanya dikagumi kerana kecantikan, keperibadian Dimple Kapadia turut menarik perhatian peminat seni di India. Mana tidaknya walau sudah berpisah dengan Rajesh Khanna dan tidak membuat kenyataan rasmi mengenai penceraian mereka, Dimple dilaporkan tidak pernah mengeluarkan kata-kata sindiran atau bercerita buruk tentang bekas suami.
Memetik kenyataan Dimple menerusi temu bualnya dengan media India pada tahun 2017, “Ramai salah faham terhadap Kaka (Rajesh Khanna). Dia ialah seorang lelaki yang hebat.
Ads
Saya sangat muda dan terburu-buru ketika kami berkahwin. Memang kami berpisah tapi kenangan dan cinta saya terhadapnya masih terasa. Jadi, jangan sesekali cuba mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas mengenainya.”
Seawal pembabitan bergelar anak seni, Dimple dilihat enggan terlalu mengejar populariti dan komited dengan minat lakonan yang diceburi. Meniti usia 65 tahun, kini Dimple bahagia menjalani hidup normal di samping anak-anak tersayang dan hanya menerima tawaran berlakon yang dirasakan sesuai dengan dirinya.
Sumber: Pink Villa & Hindustan Times
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat drama dari Filipina pasti mengenali figura cantik manis ini. Memiliki 16 juta pengikut di laman Instagram, Liza Soberano atau nama sebenarnya Hope Elizabeth Soberano yang kini berusia 23 tahun dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia untuk tahun 2019.
Pemilihan aktres Filipina ini sebagai wanita tercantik dunia dibuat oleh blog hiburan iaitu Starmometer. Liza Soberano telah mengalahkan Selena Gomez dan Deepika Padukone.
Kenali Liza Soberano dan 10 Fakta tentang wanita cantik ini;
1. Gadis ini lahir di Santa Clara, California, Amerika Syarikat pada 4 Januari 1998. Memiliki kerakyatan Amerika dan Filipina. Mempunyai darah kacukan Filipina di sebelah bapanya, John Castillo Soberano dan Amerika di sebelah ibunya, Jacqulyn Elizabeth Hanley. Membesar di California sebelum berpindah ke Manila di usia 10 tahun, mengikut bapanya yang sudah berpisah dengan ibunya.
2. Liza Soberano memulakan kariernya sebagai model ketika berusia 12 tahun. Ketika itu Liza telah ditawarkan untuk menjadi model iklan percetakan. Sejak itu, Liza mula mendapat tawaran berlakon walaupun tidak begitu fasih berbahasa Tagalog.
3. Wajahnya mula muncul di layar kaca membintangi drama berseiri yang berjudul Mac pada tahun 2011. Karier Liza meningkat naik setelah membintangi drama berjudul Forevermore pada tahun 2014.
4. Di Filipina, Liza Soberano juga telah mendapat jolokan wanita paling cantik dan sering menjadi pilihan produser drama dan filem juga produk kecantikan sebagai duta mereka.
5. Tidak bergantung kepada rupa paras semata-mata, Liza pernah meraih penghargaan Most Influential Film Actress dan Push Female Movie Performance of the Year.
6. Mempunyai ketinggian 1.69 meter dan berat 51 kilogram, Liza juga aktif dalam misi kemanusiaan dan sering menyokong kempen Save the Children Philippines serta menjadi duta kempen tersebut.
7. Gadis cantik ini juga bergelar seorang penyanyi apabila melancarkan album runut bunyi bertajuk Choose Amore, Choose Love berduet bersama kekasih hati Enrique Gil.
8. Hobi di masa lapang, Liza gemar menonton filem, membaca buku, mengambil video dan main monopoli.
9. Liza Soberano tamat persekolahan di sekolah tinggi St. Patrick’s School of Quezon City pada tahun 2015. Liza merupakan seorang pelajar yang aktif di sekolahnya.
10. Liza bercita-cita mahu menjadi peguam dan mempunyai mata berwarna coklat. Wanita yang menjadi inspirasi kepada gadis tercantik di dunia ini ialah Kendall Jenner.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari kelahiran ke-38 buat Yang Berbahagia, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra. Beliau meninjak usia 38 tahun pada tanggal 6 Jun lalu.
Meniti usia lewat 30an, keanggunan dan kejelitaan isteri Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra ini tetap menyerlah.
Che Puan Sofie bergelar isteri kepada Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019 dan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Pasangan diraja ini menimang cahaya mata sulung mereka yang juga bayi lelaki pada 17 Julai 2023. Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di Instagram, anakanda kesayangan yang diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra ini kian membesar sihat dan comel.
Tengku Muhammad Johan Petra juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Malah bakal meniti usia setahun tidak lama lagi. Kehadiran Tengku Muhammad Johan Petra pastinya menambah seri rumah tangga Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden menarik perhatian ramai kerana raut wajahnya yang cantik dan peribadi lemah-lembut. Bahkan beliau dilihat selesa menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu dan pandai memasak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang cantik suri hati Zahiril Adzim, Shera Aiyob. Diam tak diam, perkahwinan mereka bakal memasuki usia ke-13 tahun. Sudah lebih sedekad melayari alam rumah tangga, jarang dengar cerita kurang enak mengenai pasangan ini.
Ternyata Zahiril dan Shera bijak menjaga privasi kehidupan mereka meskipun berstatus public figure.
Shera atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob kini meniti usia 38 tahun. Wanita kelahiran Perak ini merupakan seorang pelakon dan pengacara televisyen. Namun sejak mendirikan rumah tangga bersama aktor berbakat besar tersebut, Shera memperlahan karier seni.
Pastinya keutamaan dan tumpuan ibu ini lebih fokus kepada suami dan anak. Mengimbas kembali pembabitan Shera dalam industri seni, dia mula aktif berlakon sekitar tahun 2007.
Antara karya yang pernah dibintangi Shera termasuklah filem Karak, Juvana, Perempuan Paling Bahagia dan Duri.
Shera sah bergelar suri hati Zahiril Adzim pada tanggal 20 November 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 19 Jun 2013 yang diberi nama Nadi Anaqi.
Pasangan ini pernah diberi kepercayaan mengemudi program Masam Masam Manis musim ketiga di saluran TV AlHijrah.
Penampilan Shera sebagai selebriti dan isteri kepada pelakon popular meraih perhatian ramai selepas dia memutuskan untuk berhijab sepenuhnya pada tahun 2014.
Shera juga merupakan pengasas jenama hijab miliknya iaitu Moraqi Scarves. Sementara pelakon drama Aku Bukan Ustazah tersebut pula pengusaha label pakaian Bobby San Supply.
12 Mac lalu, Shera dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut dan didiagnosis mempunyai cyst. Dia kemudian perlu menjalani pembedahan setelah doktor mendapati cyst berkenaan memudaratkan kesihatannya.
“Terpaksa serah diri ke klinik sebab sakit perut sangat. Lepas scan, dapat detect ada cyst yang tak berapa comel menumpang dalam badan sisi yang comel. Saiz masa tu dalam 5cm lebih macam tu. So, Dr minta pergi hospital untuk rawatan lanjut.
Alhamdulillah terima kasih kepada semua Dr dan nurse yang merawat serta menjaga aku sepanjang di hospital. Terima kasih juga buat semua yang Whatsapp, DM dan mendoakan. Aku hargai sangat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...