Gaya Hidup

Cetus Fenomena Tudung Fareeda, Usia 34 Mawar Karim Kental & Matang Jadi Usahawan!

Suatu ketika dulu jenama tudung Fareeda cukup eksklusif dan terkenal. Ramai dalam kalangan hijabi berebut-rebut mendapatkan koleksi tudung berkenaan walaupun harganya pernah mencecah ratusan ringgit untuk satu helai.

Bahkan setiap kali koleksi terkini dilancarkan peminat jenama tersebut sanggup ‘berkampung’ dan berbaris panjang di hadapan butik demi menjadi pemilik terawal tudung Fareeda.

Memang luar biasa penangan bisnes usahawan kelahiran Pulau Pinang, Faridah Zakaria!

Empayar niaga yang diasaskan pada tahun 2006 oleh Faridah Zakaria ini nyata mencetus fenomena dalam sejarah fesyen muslimah tanah air.

Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim

Pada tahun 2016 jenama Fareeda viral apabila dipercayai ribuan orang menyerbu dan berhimpit-himpit memasuki butik Fareeda sampai mencetuskan ketegangan.

Waktu itu, anak perempuan pengasasnya iaitu Mawar Abdul Karim yang menjadi wajah rasmi Fareeda menjadi perhatian ramai dan popular. Tambahan pula, rupa paras cantik Mawar dan berita perkahwinannya dengan pelakon kacak, Fizo Omar pada tahun 2013.

Namun kini sambutan terhadap tudung itu tidak lagi semeriah dulu. Pun begitu, Mawar setia menggayakan koleksi Fareeda Group.

Walau bisnes yang diusahakan ibu tersayang terjejas akibat Covid-19 namun Mawar selaku ahli perniagaan enggan mengalah dan terus melangkah dengan membuka cabang bisnes baharu antaranya barangan kemas.

Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim

Dia yang genap berusia 34 tahun pada 5 Jun lepas dilihat makin matang dan tenang mengemudi perniagaan. Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata tunggal iaitu Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Biarpun perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun sebagai ibu tunggal, Mawar kental mendepani cabaran hidup dan berdikari membesarkan anak tersayang.

Malah, dia turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London demi menambah pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim

Bersandarkan pengaruh dan pengikut mencecah jutaan orang di media sosial, tidak hairanlah apa saja produk diusahawan Mawar mendapat sambutan peminat.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/anak-kampung-tuaran-kini-usahawan-berjaya-vie-shantie-jalin-mou-3-syarikat-gergasi-china/

Share
Published by
Suzi