Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra selamat melahirkan anakanda yang pertama.
Berita gembira itu dikongsikan laman sosial rasmi Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.
“CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAKANDA PUTERA YANG PERTAMA PADA PADA 17 JULAI 2023, ISNIN, BERSAMAAN 28 ZULHIJJAH 1444H,” TITAH BAGINDA.
Che Puan Sofie Louise Johansson melahirkan anakanda puteranya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Kedua-dua bonda dan anakanda dilaporkan dalam keadaan sihat dan selamat.
JUGA BACA: https://www.nona.my/bersalin-bulan-depan-che-puan-sofie-tampil-glowing-anggun-sambut-hari-lahir/
18 Mac lalu, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai ini. Baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 37 pada tanggal 6 Jun lalu, wajah bakal ibu ini kelihatan berseri-seri meskipun sedang sarat hamil.
Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dan suami, Tengku Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra turut menjalani latihan Resusitasi kardiopulmonari atau Cardiopulmonary resuscitation
sebagai persiapan awal sebelum bergelar ayahanda dan bonda baru-baru ini.
This website uses cookies.