Fesyen

Checklist Gaya WANITA Berkerjaya Yang Anda PERLU Tahu. PENAMPILAN Biar Kemas Dan CANTIK

Penampilan memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang wanita. Tidak kira dalam apa jua sektor pekerjaan anda, jangan pernah ambil mudah perkara ini. Cuba selaraskan gaya seiring dengan keazaman anda untuk berjaya.

Bukannya anda harus bergaya bagaikan watak-watak siri Sex & The City, cuma sedikit sentuhan stail mampu mengubah mood harian anda! Percayalah jika anda kelihatan rapi dan punya stail, nescaya ia akan memberikan aura yang positif. Berikut adalah lima senarai check list dalam dunia fesyen yang harus anda tahu.

  1. Pemilihan sut yang sempurna

Sut adalah satu item wajib ada di dalam gerobok anda sebagai wanita berkerjaya. Pemilihan sut haruslah tepat dengan ukuran bentuk badan dan terletak cantik. Seeloknya sepasang sut anda tempah khas secara peribadi. Sut ini pula seeloknya dipilih dalam rona serius seperti hitam, kelabu atau rona tanah. Rona ini lebih sesuai untuk majlis-majlis rasmi yang bakal anda hadiri.

  1. Gaun Pendek Hitam

Item ini adalah satu esen penting buat anda. Dres hitam pendek amat mudah untuk digayakan malahan sesuai untuk dibawa masuk ke persidangan mahupun ke majlis makan malam. Pengolahan aksesori dan stail mampu mengubah penampilan yang dibawa. Untuk mengubah gaun menjadi gaya formal sarungkan bersama kot mahupun kardigan.

  1. Pilihan Sepatu

Sepatu yang elok dan cantik akan menjadikan hari anda lebih bermakna. Biasanya gaya buat wanita berkerjaya tidak terhad kepada sepatu-sepatu yang terlihat formal. Kebiasaannya wanita di Malaysia suka memilih rona hitam mahupun rona tanah sebagai pilihan warna sepatu kerja mereka. Tukarkan cita rasa anda kepada sepatu yang lebih menyerlah dengan rona-rona terang mahupun pastel. Rona nude bagi sepatu paling sesuai untuk digandingkan dengan apa jua stail.

  1. Solekan Ringkas

Solekan juga termasuk dalam kepentingan berfesyen untuk wanita berkerjaya. Jangan fikir bahawa anda hanya ke pejabat dan tidak perlu bersolek. Siapa kata begitu? Jangan pernah ikutkan kata sebegini. Bukankah penampilan anda menjadi salah satu nilai pandang orang sekeliling mahupun bos dan juga klien? Jadi mulai detik ini jangan pernah untuk lupa mengoleskan sedikit solekan agar wajah tampil lebih berseri dan segar. Namun jangan pula bersolek seperti mahu menjadi pelakon opera cina! Less is more.  

  1. Kekal Segar

Sebagai wanita yang punya pendapatan tetap, tidak salah untuk anda peruntukkan sedikit daripadanya untuk membeli baju kerja anda. Mungkin ini kedengaran membazir, bukannya penulis menyuruh anda membeli pakaian daripada jenama yang mahal. Cukup dengan jenama mampu milik, dengan ini pasti tidak tampil statik sahaja lantas mewujudkan gaya fesyen yang segar. Pemilihan pembelian juga harus dilakukan dengan teliti, beli apa yang perlu dan masih belum ada di dalam gerobok anda.

Share
Published by
Fiezreen