CHEESE-SANG CHEESY BITES, Menu Baharu Pizza Hut Sempena Tahun Baru Cina Tahun Ini!

Pizza Hut Malaysia, rangkaian piza nombor 1 Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan Cheese-Sang Cheesy Bites, hidangan penuh keriangan untuk dinikmati pada musim Tahun Baru Cina ini. Sempena pelancaran piza terbaru ini, Pizza Hut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang.

Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara pada bulan Januari dan Februari 2018 melalui servis dine-in, penghantaran ataupun take-away. Piza Cheese-Sang Cheesy Bites dilengkapi dengan lapan belas kerak piza penuh dengan keju cedar dan mozarela, diikuti udang tempura yang rangup dan nanas yang dihidangkan di atas sos telur masin keemasan.

Pada Tahun Baru Cina ini, Pizza Hut menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk meluangkan masa dan bergembira dengan orang tersayang di mana sahaja mereka berada. Rakyat Malaysia hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa di mana setiap individu boleh bersuka-ria bersama-sama tanpa mengira kaum mahupun agama.

Sama ada pembelian dibuat secara ala carte pada harga RM38.00 untuk saiz biasa mahupun kombo, Cheese-Sang Cheesy Bites merupakan hidangan sempurna dengan sentuhan unik dan menarik terhadap Tradisi ‘Yee Sang’

untuk rakyat Malaysia bagi merayakan Tahun Baru Cina ini.

Pizza Hut menawarkan 3 set kombo yang hebat: ‘Golden Prosperity Meal’, ‘Double Happiness Meal’ dan ‘Double Fortune Meal’ dengan harga yang berpatutan pada RM78.80, RM45.80 dan RM42.80 setiap satu. Hidangan ‘Golden Prosperity Meal’ untuk empat atau lima orang mengandungi satu piza Cheese-Sang Cheesy Bites saiz biasa, dengan tambahan satu piza pan/hand-stretched Favourite saiz biasa, satu pinggan udang tempura dilengkapi dengan telur masin keemasan, hidangan pembuka selera, empat minuman dan empat aiskrim.

Hidangan ‘Double Happiness Meal’ untuk dua atau tiga orang mengandungi pilihan antara satu piza saiz biasa Cheese-Sang Cheesy Bites, ataupun satu piza pan/hand-stretched Supreme atau Favourite, satu hidangan pembuka selera dan dua minuman, manakala hidangan ‘Double Fortune Meal’ untuk dua atau tiga orang mengandungi satu piza Cheese-Sang Cheesy Bites bersaiz biasa, dua sup krim cendawan, satu hidangan pembuka selera dan dua minuman. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Share
Published by
Suzi