CHIARA BORDI Hilang Kaki Kiri Ketika Berusia 13 Tahun, Finalis Pertandingan Akhir Ratu Cantik Itali 2018!

Tiada apa yang dapat menghalang seorang remaja perempuan yang baru sahaja berusia 18 tahun, Chiara Bordi untuk meneruskan kehidupannya dan mengejar impian walaupun beliau kehilangan kaki kirinya dalam kemalangan basikal ketika berusia 13 tahun. Bahkan, kekurangannya itu turut memberi tuah buat dirinya apabila berjaya ke pertandingan akhir Miss Italy 2018

baru-baru ini.

Ya, pertandingan ratu cantik cukup sinonim dengan penampilan wanita yang cantik dan bijak. Namun bagi wanita kelahiran Itali ini, kekurangan pada dirinya bukanlah penghalang untuk dia menyertai pertandingan ratu cantik tersebut dan membuktikan dirinya mampu bersaing dengan wanita-wanita sempurna di luar sana.

Akibat kemalangan itu, Bordi yang berasal daripada Wilayah Tarquinia meneruskan hidup dengan status OKU dengan hanya mempunyai satu kaki.

Selain itu, kejayaan Bordi ini juga membuktikan walaupun terdiri dalam golongan OKU, orang seperti mereka tidak seharusnya dipandang rendah dan berhak mendapat layanan seperti insan biasa yang lain.

Walau bagaimanapun, sesetengah netizen menganggap ia sebagai satu pencapaian membanggakan dan memecahkan rekod dalam pertandingan berprestij itu namun ada sesetengah tidak berpuas hati dengan perkara ini. Beberapa hari  sebelum pusingan akhir, penyokong dan penentang Bordi saling berbalah.

Menurut Bordi, dia tidak berminat dengan kemenangan tetapi menunjukkan kepada dunia, kehidupan masih indah apabila dilahirkan semula selepas kejadian dramatik.

Kredit foto: Instagram Chiara Bordi

Share
Published by
Fadhli Ismail