Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik dan tersohor di Sabah. Ia diadakan setiap tahun secara berperingkat bermula dari daerah sampailah ke negeri. Setiap peserta pertandingan akan tampil dengan busana tradisional mewakili daerah atau zon masing-masing. Unduk Ngadau menjadi acara utama bagi setiap kali perayaan Kaamatan.
Tahun ini, gelaran Unduk Ngadau yang menjadi rebutan para sumandak Sabah menjadi milik seorang guru sekolah rendah iaitu Frenerietta Sobitun.
Sumandak berusia 25 tahun yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temanggung Ibrahim, Johor Bahru ini berasal dari Tambunan dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai-Sungai, Beluran.
Dalam pertandingan kali ke-16 itu, Frenerietta mewakili daerah Sandakan. Dia berjaya menewaskan 43 peserta di peringkat akhir Unduk Ngadau Kaamatan 2022.
Kejayaan Frenerietta ini juga menjadi kesinambungan kepada kejayaan wakil dari Sandakan yang pernah memenangi gelaran itu pada tahun 1996.
Selain kecantikan, penampilan, sikap serta kebijaksanaan, kriteria penting untuk menjadi peserta Unduk Ngadau ialah boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing seperti Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus. Peserta juga perlu ada ilmu mendalam tentang budaya masing-masing serta aspek berkaitan dengan Unduk Ngadau.
Acara diadakan di Dewan Hongkod Kooisan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dalam suasana sangat meriah. Frenerietta merangkul hadiah keseluruhan bernilai RM120 ribu termasuk wang tunai bernilai RM12 ribu. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Esther Marius wakil daerah Papar, dan tempat ketiga menjadi milik Deedee Cassandra Dallius mewakili daerah Ranau.
Pertandingan ini pernah dibatalkan pada tahun 2020 kerana pandemik COVID-19 namun ia disambung semula pada tahun 2021 di mana Maya Hejnowska dimahkotakan sebagai ratu Unduk Ngadau peringkat negeri.
Pernah Hidup Susah & Bapa Kerja Buruh, Bakat PANDELELA RINONG Ubah Nasib Keluarga!
Nama Pandelela Rinong Anak Pamg bukan lagi asing dalam industri sukan renang tanah air. Sepanjang pembabitannya sebagai atlet terjun negara, pelbagai kejayaan diraih gadis Bidayuh ini sekaligus mengharumkan nama negara di persada dunia. Dia yang mula menceburi arena sukan ini seawal usia 14 tahun mampu tersenyum puas kerana impiannya sudah menjadi nyata. Namun apa yang lebih bermakna, kejayaan Pandelela hari ini umpama memberi ‘nafas baru’ dan mengubah nasib keluarganya ke arah yang lebih baik.
Menelusuri latar belakang bekas Olahragawati Kebangsaan 2012 ini, Pandelela tanpa berselindung mengakui pernah berdepan keadaan hidup yang agak miskin suatu ketika dahulu. Apatah lagi Pandelela menghabiskan kebanyakan masa kanak-kanaknya dengan mengikut bapa tersayang bekerja sebagai buruh dari satu tapak pembinaan ke tapak yang lain dan dibayar gaji harian. Biarpun menjalani hidup susah, bapa Pandelela sedaya-upaya memberikan yang terbaik buat semua empat anak tersayang.
Kongsi Pandelela, “I didn’t have many things that I always wanted. When I was 5, I saw this miniature kitchen toy outside of this shop, so I pulled my dad’s hand and ask him to buy it for me. He declined, making me upset and throwing tantrum. “Kalau daddy beli untuk kamu nanti sekejap saja kamu main, esok lusa daddy yang kemas” that’s what he said. The little me still persistent and crying, so my dad just buy it, and I play chef that night happily.
The next day, it became just like any other toys that my dad helped to put away while the little me forget our promise. Since then every time I want to have something unnecessary, he will remind me above story, and when I grew older, he will say “Lebih baik beli makanan, lagi kenyang, perut pun happy”. And that’s one of the many life stories that I have with my dad, which also taught me to value needs rather than wants, and a food lover.”
Jelas anak kepada Hartini Lamin dan Pamg Joheng ini lagi, “At the age of 14, I left home to pursue my career as a national diver to achieve my goals in making my family proud and bringing honour to my country, Malaysia. It is not an easy journey to be honest. With a tight schedule everyday and far from home, I need to learn to be independent myself.
As I gradually improve in diving, I surprised myself when I qualified for my first Olympic Games in Beijing at the age of 15. Since then, I forced myself to think wiser than my age and set long term goals to compete in more Olympics. Fast forward to 2012 London Olympic Games, my physical and mental were tested, but in the end I won my first ever Olympic medal. 4 years later in Rio Olympics, the expectations were definitely higher this time but I came back home with a silver.”
Lebih manis, berkat kerja keras… Pandelela berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemenang pingat Olimpik dan wanita pertama yang menyumbang pingat Olimpik untuk negara. Begitu juga dalam temasya Olimpik Rio 2016 yang menyaksikan atlet berusia 27 tahun ini membawa pulang pingat perak.
Atas kejayaan membanggakan tersebut, Pandalela dihadiahkan sebuah unit apartment di P’ Residence, Batu Kawah, Kuching daripada Tenaga Stabil Sdn Bhd sebagai pengiktirafan di atas kejayaan atlet kelahiran Sarawak tersebut.
Tidak cukup itu, ratu terjun negara ini juga diberikan penghargaan istimewa apabila namanya turut digunakan untuk blok khas pangsapuri berkenaan selain dilantik sebagai duta P’ Residence.
Harapan Nona semoga segala kejayaan Pandelela dapat mencetus inspirasi dan semangat buat seluruh rakyat Malaysia dan kaum wanita khususnya untuk terus berjaya!
Jadi Guru Vokal Ramai Artis, SARAH ISMAIL Syukur 8 Tahun Buat Kelas Vokal Kini Ada Studio Sendiri & Diiktiraf!
Tumpang bangga dengan pencapaian guru vokal yang makin dikenali ramai, Sarah Ismail. Walau mengambil masa agak lama untuk dikenali namun berkat kesungguhan selama lapan tahun dia akhirnya mampu memiliki studio sendiri.
Lebih manis, Sarah bukan hanya menerima pertambahan pelajar. Malah turut diundang menjadi juri dalam bidang seni suara. Tahniah!
Makin popular di channel YouTube dengan himpunan video reaksi mengenai nyanyian artis tempatan, Sarah atau nama sebenarnya Maisarah Ismail bersyukur kemampuannya sebagai guru vokal kian mendapat tempat di hati peminat seni.
“Alhamdulillah sebenarnya ia menjadi satu tapak untuk saya kongsi ilmu kerana bagi saya karier ini juga adalah sebahagian daripada sedekah. Saya turut bersyukur, saya baru habis master dalam bidang muzik di ASWARA.
Tak dinafikan masyarakat suka ambil tahu pembelajaran vokal. Makanya saya ambil peluang itu. Macam dulu saya fikir takut juga. Iyalah, siapalah aku ni yang nak kongsi pandangan tentang nyanyian kepada umum. Tapi bila fikir, kita dah berusaha belajar sesuatu… why not kita kongsikan.
Lagi-lagi bila ada certificate, kita rasa yakin untuk berkongsi something. Memang saya pecahkan ‘dinding’ itu walaupun saya takut dan just go for it. Alhamdulillah ada peluang orang nak collaborate dengan saya. It works.
Alhamdulillah setiap hari saya berdoa agar orang kenal saya supaya ia bagi impak kepada bisnes saya dan Tuhan bagi. Mungkin kerana niat kita nak sedekah dari segi ilmu, ia menjadi.”
Mengulas perjalanan karier hingga ke saat ini Sarah secara eksklusif mendedahkan, “Sebelum ini saya menjalankan perniagaan kelas vokal dengan sewa bilik je. Tapi tahun ini saya akan berpindah ke studio sendiri.
Tak ada sewa bilik dah, memang whole kedai saya punya kerana saya melihat kepada pendaftaran pelajar yang makin banyak sekarang. Saya juga dah hire beberapa vocal coach untuk handle pelajar.
Buat masa ini, semua masih dalam proses mengecat, membersih dan renovation. InshaAllah akan mula beroperasi lepas Raya. Kalau dulu, cuma ada studio kecil dan pelajar pun tak ramai sebab masa tu perniagaan kelas vokal saya belum dikenali betul-betul walaupun dah lapan tahun.
Saya akui ada silap di bahagian marketing jugalah kan sebab orang tak tahu tentang Vocal Class by Sarah Ismail ini. Sekarang, pelajar pun dah bertambah sampai saya tak boleh handle sendiri. Sebab itu, kena ambil 4 ke 5 orang cikgu. Biasanya satu guru akan handle 20 pelajar.
Difahamkan studio Sarah ini terletak di Tasik Permaisuri Cheras. Sepanjang lapan tahun menceburi bidang pembelajaran vokal, Sarah menjadi rujukan ramai rakan artis. Antara penyanyi yang pernah mendapatkan khidmat Sarah termasuk Diana Danielle, Noh Hujan, Sufian Suhaimi, Nabila Razali dan DeFam.
“Is a part of my marketing juga bila dapat peluang ajar penyanyi ini. Dalam masa sama dapat kepercayaan bisnes. Ini adalah satu tempat ilmu. Walaupun satu bentuk nyanyian tapi nyanyian itu salah satu ilmu juga dalam akademik.
Bila bercerita kelas vokal, memang orang akan nampak ini adalah kelas nyanyian. Tapi sebenarnya ia terbuka kepada masyarakat. Dalam skop yang lebih besar, pertuturan itu adalah benda nombor satu dalam hidup untuk memajukan diri.
Pandai macam mana pun, ada certificate dan kelayakan, tetapi kalau diri sendiri tak boleh bertutur untuk presenting yourself, anda akan gagal. Belajar vokal ini sebenarnya will helps you dari segi pernafasan, lontaran suara dan keyakinan diri. Kita pandai bertutur dan yakinkan orang, kita akan berjaya,” jelas graduan ASWARA ini.
Bersandarkan popularitinya hari ini sebagai guru vokal, Sarah sama sekali tidak menyangka keupayaannya mengulas persembahan dan nyanyian penyanyi tanah air mendapat perhatian ramai. Hingga dia dijemput menjadi salah seorang panel juri dalam sebuah program televisyen.
“Bagi saya, ilmu yang saya curahkan tak banyak pun tapi yang saya dapat berlipat kali ganda. Sampai saya rasa nak nangis. Bayangkan lapan tahun saya berniaga, orang tak tahu kewujudan kelas vokal saya. Saya juga dijemput jadi juri dalam program TV baru-baru ini.
Dapat pula sebaris dengan Datin Marlia Musa dan Datuk Ramli MS untuk sama-sama beri pandangan untuk program berkenaan. Bila dapat duduk sama-sama dengan mereka, saya rasa tak sangka. Selain itu, saya juga dapat tawaran untuk beri talk di universiti mengenai tip pemasaran, keyakinan diri.
Memang apa yang saya dapat sekarang adalah di luar jangkaan. Hingga saya selalu tanya kat diri sendiri siapa saya sampai Tuhan beri saya rezeki sebanyak ini. Saya pun bukan ada nama sangat dalam industri. Tapi mungkin berkat usaha keras untuk naik taraf hidup dengan ilmu, semuanya dipermudahkan.”
Sarah Ismail merupakan peserta program realiti Pencarian Nona Superwoman 2021 yang diperkasa USANITA.
“4 Tahun Cuba IVF Baru Berjaya” – YM Tengku Puan Bendahara Perlis
Ternyata tidak sukar untuk mengatur pertemuan dengan YM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry kerana sifat ramah-tamah yang dimiliki oleh wanita tinggi lampai ini. Hanya melalui protokol yang ringkas pertemuan kami berlangsung di kediamannya yang terletak di pinggir ibu kota.
Naluri keibuan terbit secara semula jadi saat berbicara tentang permata hatinya. Memiliki anak kembar tiga melalui kaedah IVF merupakan cabaran luar biasa buat ibu muda ini. “Biasanya jika ada masa yang terluang saya untuk bermain dan berborak dengan anak-anak saya. Saya selalu ambil tahu apa sahaja aktiviti yang mereka jalankan sepanjang hari di sekolah. Anak-anak zaman sekarang begitu berbeza dengan anak-anak zaman dahulu.
Apabila mereka melihat kita ambil tahu tentang aktiviti yang lakukan secara tidak langsung mereka menghargai dan tahu bahawa kita sayangkan mereka. Ini lebih baik daripada membenarkan mereka bermain gajet setiap hari selepas pulang dari sekolah, makan dan tidur. Anak-anak saya tidak boleh menonton televisyen dan hanya boleh menontonnya pada hujung minggu sahaja. Komunikasi dua hala sangat penting dalam membesarkan anak-anak zaman era teknologi ini,” ungkap Tengku Puan yang melalui proses IVF.
Mencungkil cara pendidikan yang diterapkan oleh pemilik bersama Najwa Aesthetic Sdn. Bhd ini, ternyata menyuntik inspirasi kepada wanita lain. “Saya juga seperti ibu lain yang ada masanya akan marah jika mereka melakukan kesilapan. Jika tidak menegur, mereka tidak akan tahu apa kesilapan yang telah dilakukan. Namun, setiap hari saya masih belajar dengan ilmu keibubapaan dan menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak.
Tidak lengkap rasanya perbualan bersama Tengku Puan andai tidak bertanya tentang rejim penjagaan kecantikannya. “Amalan penjagaan kecantikan saya sama seperti wanita lain juga. Saya banyak mengamalkan minum air putih dan tidak mengambil minuman yang bergula. Saya suka makan nasi dan fanatik dengan masakan Melayu. Masakan Melayu kaya dengan khasiat ulam-ulaman dan saya suka segala jenis ulam-ulaman yang terdapat di negara kita.
Kunci kepada kecantikan saya adalah dengan mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Kalau saya tidak mendapat tidur yang cukup pasti esok paginya akan sakit kepala dan tak ada mood. Paling lewat saya akan tidur pada pukul 11.00 malam. Rutin penjagaan wajah saya seperti biasa seperti menggunakan cecair pembersih wajah, menyapu penyegar dan memakai pelembap. Tetapi sejak mempunyai spa, saya memanjakan diri di spa sambil merawat kulit.
Bagi saya kecantikan sebenar seorang wanita adalah bermula daripada dalam. Apabila kita sentiasa ikhlas dalam pergaulan, hati bersih dan tingkah laku baik secara tidak langsung kecantikan luaran akan jelas terpancar. Kalau peribadi kita dibuat-buat orang nak datang dekat pun jadi takut-takut. Keperibadian yang baik adalah cermin sebenar setiap insan,” tutur wanita yang berusia 34 tahun ini yang gemar dengan penampilan smart casual.