Bukan senang nak dengar Chef Wan puji orang! Datuk Dr Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ini seorang bapa yang baik. Hatinya mudah rapuh setiap kali mendengar atau bercerita mengenai kesusahan hidup seseorang.
Walau terkenal sebagai cef selebriti namun sebagai bapa, Chef Wan seorang yang tegas. Semuanya demi kebaikan anak-anak tersayang.
Terbaharu, posting bapa kepada dua anak ini di media sosial miliknya menarik perhatian apabila Chef Wan berkongsi rasa gembira melihat hubungan baik anak sulung iaitu Chef Riz dengan bekas isteri, Shikin Maembong.
Kedua-duanya bersikap professional ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka, Arianna Natasha.
Kakak kepada pelakon Emma Maembong ini kelihatan ceria meraikan hari lahir anak mereka di samping suami, Cat Farish dan bekas suami, Chef Riz serta ahli keluarga. Turut kelihatan adik-beradik Shikin termasuklah Emma Maembong dan suami, ibu tersayang dan beberapa rakan artis.
View this post on Instagram
Biarpun Chef Riz dan Shikin sudah pun menjalani kehidupan bahagia masing-masing sekarang namun mereka sepakat untuk berbaik demi puteri kesayangan. Selain melupakan sengketa yang pernah timbul di antara mereka.
Ujar Datuk Chef Wan, “Cincang air tak akan putus! In the end as families we must come together. Any issues can be solve at the table.
Nasihat orang-orang tua yang jauh makan garam dan berpengalaman jangan terlepas pandang. Susah atau senang masa sakit atau kegembiraan we must rai and be together for one another.
Saya orang luar pun saya bantu. Cina mati pun saya belikan keranda dua kali and contribute to the funeral expenses.
Apa lagi ahli keluarga sendiri. A lot of mouth to feed pun but the rezeki is always there. As grandparent I want everyone to be happy and comfortable.
We gain nothing but hatred and vengeance baik pun ke court dan turun court. Yang kaya itu all the lawyers. We also waste people time and public tax payer money.
Family feud ni biasa di mana-mana pun especially kita jadi manusia yang tidak bertanggungjawab. Itu saja.”
Tindakan Chef Wan puji kelakuan anak lelakinya di media sosial dapat perhatian warga maya.
Sementara itu, Shikin menerusi Instagram turut meluahkan rasa syukur kerana seluruh ahli keluarga dan bapa kepada Arianna hadir meraikan hari lahir.
“Arianna turns 9, happy dia semua datang to celebrate her birthday and we had fun picnic kat Taman Titiwangsa. New experience. Mama, daddy Cat Farish, papa Chef Riz, mami loves you so much.”
Semoga kebaikan yang terjalin di antara mereka menjadi contoh kepada pasangan yang sudah pun berpisah namun tetap berhubungan baik demi anak-anak.