Cinderella Versi Berhijab, NURIDA SURAYA Jaga Tidur & Minum Air Kosong Demi Cantik!

Isteri kepada pereka fesyen ternama, Rizman Nordin ini sememangnya seorang wanita yang miliki pesona tersendiri. Sejak diperkenal kepada umum yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri kira-kira tiga tahun lalu, ramai yang mengagumi kejelitaan Nurida Suraya.

Sampaikan ada yang berpandangan wanita ini seperti ratu cantik!

Nurida Suraya atau mesra disapa Suraya sebelum ini pernah bekerja sebagai model sambilan. Kecantikan Suraya nyata menambat hati Rizman yang mula melihatnya di media sosial menerusi satu sesi fotografi yang disertai Suraya.

Credit Instagram @nuridasuraya
Credit Instagram @nuridasuraya

Kenal dalam tempoh singkat, mereka akhirnya memutuskan untuk berkahwin. Kini, Suraya turut terlibat membantu perniagaan suami tercinta dan merupakan pengasas Rizman Ruzaini Beauty.

Disifatkan seorang wanita yang mesra, Suraya ketika ditemui Nona dalam sebuah majlis di ibu negara sudi berkongsi perkembangan diri. Mengulas aktiviti terbaharu, Suraya berkata rutin hariannya kian padat dengan urusan bisnes dan anak tersayang, Rizqaa.

“Since

anak pun, Rizqaa dah masuk dua tahun dan Suraya dah terlibat dengan bisnes Rizman Ruzaini, bolehlah bahagikan masa. So far tak ada masalah.
Credit Instagram @nuridasuraya
Credit Instagram @nuridasuraya
Credit Instagram @nuridasuraya

Lagipun Rizqaa ada orang jaga. Jadinya, bolehlah saya bahagikan masa di antara bisnes dan famili. Alhamdulillah.”

Menyentuh regim kecantikan pula, lady boss ini berkata dia seorang yang tidak terlalu rumit dalam menjaga kecantikan diri. “As you know, kita memang ada produk sendiri dan saya consume produk saya everyday. Dalam masa sama, penting juga jaga tidur dan minum air.

Siapa yang kenal Suraya, mereka akan tahu yang saya memang suka sangat minum air kosong. Tak minum air manis. Jadi itulah tip dia.”

Rizman mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020.

Share
Published by
Suzi