Suasana bahagia yang tercipta menjadi saksi lafaz ijab kabul yang termeterai. Hiduplah dua jiwa, subur dalam ikatan penuh harmoni.

Kegembiraan menyelubungi suasana majlis ijab kabul di Masjid Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Hanya dengan sekali lafaz, An-Nuura Nasuha Rasnatrazia akhirnya sah menjadi isteri kepada YM Muhammad Faez Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Ads

Cinta Sempurna YM Muhammad Faez Tan Sri Muhammad Muhammad Taib & An-Nuura Nasuha Rasnatrazia

Pastinya ikatan suci yang terbina ini menguntumkan senyuman gembira buat ibu Faez, YAM Datuk Seri Tengku Puteri Zahariah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj atau lebih dikenali dengan panggilan mesranya Ku Yah serta ayahanda tercinta Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Majlis eksklusif ini berlangsung dengan sempurna, dihadiri keluarga, sanak-saudara dan rakan terdekat. Sebanyak tujuh dulang dan satu sirih junjung hantaran diserahkan oleh pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan.

Cinta Sempurna YM Muhammad Faez Tan Sri Muhammad Muhammad Taib & An-Nuura Nasuha Rasnatrazia

Cinta Sempurna YM Muhammad Faez Tan Sri Muhammad Muhammad Taib & An-Nuura Nasuha Rasnatrazia

Ads

Cinta Sempurna YM Muhammad Faez Tan Sri Muhammad Muhammad Taib & An-Nuura Nasuha Rasnatrazia

Bagi Tengku Puteri Ku Yah, “Ini merupakan majlis perkahwinan terakhir anak saya. Jadi saya sangat gembira sehingga tidak boleh dibayangkan kegembiraan itu. Sebagai seorang ibu, pastinya saya doakan semoga Faez dan An-Nuura kekal bahagia hingga ke akhir hayat.”

Mengimbas kembali kenangan lalu, pada tahun 1991, Ku Yah pernah menulis sendiri sebuah lirik lagu khas buat anaknya FAEZ. Sebuah lagu liriknya yang menyentuh hati dan amat bermakna dalam kehidupan yang dilalui sebelum ini.

Ads

“Oh! Masih ingat dengan lagu lama itu… Semua kenangan manis itu tinggal sebagai sebuah kenangan manis. Semua mimpi itu tinggal mimpi. Yang penting saya amat bersyukur alhamdulillah, saya masih sihat dan dipanjangkan usia diberi peluang melihat anak kelima saya ini ke jenjang pelamin jua akhirnya.

Saya sangat gembira menerima seorang menantu yang baik, solehah dan pandai ambik hati Faez,” jelas Ku Yah yang tampil anggun dan jelita. Kecantikannya daripada dulu hingga sekarang tidak perlu dipertikaikan lagi. Puteri Raja yang sangat merendah diri, baik hati dan mesra.

Majalah NONA turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan Faez dan An-Nuura, doa kami semoga jodoh kalian berkekalan dan dikurniakan ramai zuriat yang soleh dan solehah, insyaAllah. KR

Cinta Sempurna YM Muhammad Faez Tan Sri Muhammad Muhammad Taib & An-Nuura Nasuha Rasnatrazia

Cinta Sempurna YM Muhammad Faez Tan Sri Muhammad Muhammad Taib & An-Nuura Nasuha Rasnatrazia

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI