Sebagai penghidap kanser limfoma dan masih menjalani rawatan radioterapi di pusat perubatan, keadaan kesihatan Elyana sering menjadi tumpuan peminat.
Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 33 tahun, baru saja menyelesaikan sesi radioterapi kelima pada 31 Julai lalu dan perlu banyak berehat bagi memulihkan kesihatannya.
Kesempatan berehat itu turut diambil untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak-anaknya, Cinta Sumayyah, 10 tahun dan Cahaya Ramadhani, 2 tahun yang kebetulan jatuh pada bulan yang sama.
Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, kasih sayang Elyana terhadap puteri-puterinya diabadikan melalui penulisan. Penyanyi Kalis Rindu yang juga isteri kepada Khairul Anuar Husin itu juga turut mengadakan parti kecil-kecilan buat menggembirakan si kecil di rumah.
Terasa betapa keakraban inilah yang menjadi kekuatan Elyana sepanjang dia berjuang melawan penyakit kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu. Support system Elyana mungkin antara kekuatan yang dipegangnya agar terus bertahan untuk sembuh.
Paling suka tengok wajah anak gadis Elyana ni, cantik betul macam ibunya!
View this post on Instagram
“Please jaga kesihatan ok… Makan supplement yang boleh kuatkan immune system. Kalau kita sakit, duit berjuta pun tak boleh beli kesihatan yang baik” Elyana
Dua minggu lepas, Elyana turut berkongsi bahawa ibu dan adik lelakinya disahkan positif COVID-19. Situasi ini pasti membuatkan hatinya luluh dan tidak berhenti-henti mendoakan kesembuhan buat ahli keluarga tercinta.
Dalam masa yang sama, Elyana tidak melupakan jasa peminat yang sentiasa mendoakan kesembuhannya sewaktu dalam rawatan.
“Terima kasih kerana sudi mendoakan saya dan tak henti memberi kata-kata semangat. Semoga segala kebaikan ini, berbalik kepada awak semua…”
Semoga semuanya baik-baik sahaja dan Elyana terus kuat semangat mengharungi ujian yang menimpa diri serta ahli keluarganya.
Sumber: @elyanaofficial